18/07/2026
Terima kasih kepada Dato’ Seri Zakaria Abdul Razak kerana sudi meluangkan masa turun padang bersama-sama menyaksikan aksi peringkat kumpulan kategori Senior antara Marang dan Kemaman dalam saingan TAGMY Education League (TEL) 2026. ⚽🏆
Kehadiran beliau pastinya menambah seri dan semangat kepada perjalanan liga pada malam tersebut.
Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran liga ini, Rimba Razia merupakan Penaja Utama TEL 2026. Diasaskan daripada minat dan kecintaan Dato’ Seri Zakaria terhadap haiwan dan alam semula jadi, Rimba Razia kini berkembang sebagai salah satu destinasi petting zoo terkenal di Terengganu yang menghimpunkan lebih 100 spesies haiwan serta menawarkan pengalaman interaktif kepada pengunjung.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Rimba Razia atas sokongan dan kepercayaan dalam menjayakan TEL 2026 serta bersama-sama menyokong pembangunan dan kemeriahan arena bola sepak komuniti pendidikan Terengganu. 🤝⚽
Bersama kita meriahkan TEL 2026!