Sew Cute By Einaz Shamz

  • Home
  • Sew Cute By Einaz Shamz

Sew Cute By Einaz Shamz 📌SSM Reg. No. : 003221061-M

🪡Tailoring area Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Menerima tempahan jahitan & alterations pakaian secara online & offline.

Prefer DEAL By ✅ WHATSAPP 019-3388121📲

Mini Kurung Kolar Mandarin & Kain Kipas Belakang. Di hadapan baju & hujung tangan ada lace bermanik dan sequin. Semuanya...
13/03/2026

Mini Kurung Kolar Mandarin &
Kain Kipas Belakang.

Di hadapan baju & hujung tangan ada lace bermanik dan sequin. Semuanya Mama sembat tangan. Proses menjahit ambil masa cuma 2 hari untuk baju nie.

Assalamu'alaikum & Salam Ramadhan hari ke-24. Ramadhan tahun nie agak sibuk buat Mama selepas 5 tahun berehat tanpa buka...
13/03/2026

Assalamu'alaikum & Salam Ramadhan hari ke-24.

Ramadhan tahun nie agak sibuk buat Mama selepas 5 tahun berehat tanpa buka tempahan Raya, ini kali pertama Mama buat comeback semula. Alhamdulillah.

Mama upload gambar tempahan yang Mama sempat snap gambar ye. Selalunya Mama terus update di IG / Wasep tapi tak sempat link terus ke page.

Antara tempahan yang Mama sempat buat dan terima untuk tahun nie.

Alterations yang sepatutnya boleh siap dalam masa beberapa jam dah drag masa Mama jadi sehari gara-gara lining luar tak ...
28/01/2026

Alterations yang sepatutnya boleh siap dalam masa beberapa jam dah drag masa Mama jadi sehari gara-gara lining luar tak sama labuh dengan lengan sebelah lagi. 😂 Jadi operations untuk membetulkan semula keadaan baju nie jadi agak renyah.

Kes baju nie, customer minta Mama kurangkan kelabuhan lengan juga kembang lengan bahagian pleated.

Lepas Mama siapkan sebelah tangan Mama dah rasa pelik sebab kain pleated tue terus tenggelam ke dasar kain lace tue. 😂 Harap faham lah apa yang Mama cuba nak sampaikan nie. Tak faham boleh refer pada gambar nanti. Dari sekadar nak jahit kurangkan labuh, rupenye operations kena buka semula keruk lengan dan buang lebihan pada kain lace tue. Tue je option yang Mama nampak dan diilhamkan oleh Allah. Bukan apa, sebab bahagian hujung lace dah ade kerawang juga batu-batu.

Mujur customer kata tak kisah Mama nak alter camne pon, asalkan nampak cantik dan tak labuh. Fuhh! Tapi proses nak alter tue memang makan masa panjang juga ye. Sebab nak kena tetas dan repair balik bahagian lace dan lining semula.

Ape2 pon, operation dah pon selamat. Semoga baju nie dalam keadaan elok terletak dipakai oleh pemiliknya nanti. InsyaaAllah. Bab alter nie memang perlukan idea-idea kritis. Tak boleh sebarang-sebarang je. Nie pon bercinta juga nak menyiapkan. Semoga semuanya lancar hendaknya. 🤲🏻

Untuk sebarang tempahan boleh wasep Mama ye.

゚viralシfypシ゚

Assalamu'alaikum & Selamat Pagi. Pagi nie menyiapkan alterations untuk seluar kanak-kanak. Seluar asal agak senteng, ibu...
26/01/2026

Assalamu'alaikum & Selamat Pagi.

Pagi nie menyiapkan alterations untuk seluar kanak-kanak. Seluar asal agak senteng, ibunya minta ditambah kelabuhan 1" biar seluar boleh pakai lama sikit.

Mama buka semula jahitan getah pinggang dan tukar getah pinggang yang lebih kecil. Agar dapat "curi labuh" kain nie.

Nak buka bahagian hujung kaki pon, basi lipatan tak banyak. Dengan cara nie harap pelanggan berpuas hati hendaknya. InsyaaAllah.

Selesai tugasan alterations. Sambung tugasan seterusnya. Masih alterations juga, sambil-sambil tue kena susun atur tugas menyiapkan draf pola untuk baju Cikgu. InsyaaAllah. Semoga segala tugasan dapat disiapkan dengan baik. 🤲🏻

Untuk sebarang pertanyaan & tempahan, boleh wasep Mama ye. 🫰🏻

゚viralシfypシ゚

Alhamdulillah. Siap sehelai blouse belahan depan. Kain nie agak tebal dengan sulaman yang timbul. Bila masuk ke laluan m...
25/01/2026

Alhamdulillah. Siap sehelai blouse belahan depan. Kain nie agak tebal dengan sulaman yang timbul. Bila masuk ke laluan mesin jahit overlock memang berbunyi agak kasar sebab benang pada lace tue timbul-timbul. Beberapa kali juga lah Mama kena pasang semula benang sebab benang banyak kali bersimpul.

Di bahagian leher pon Mama gunakan kain yang sama untuk piping leher. Akhirnya siap juga ye. Walaupon pelan-pelan kayuh.

Semoga customer berpuas hati dengan hasil kerja Mama. InsyaaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh wasep ye.

゚viralシfypシ゚

Job minggu nie Mama settlekan baju readymade untuk alterations. Kain nie jenis bersulam di hujung lengan. Kalau kes begi...
24/01/2026

Job minggu nie Mama settlekan baju readymade untuk alterations.

Kain nie jenis bersulam di hujung lengan. Kalau kes begini kena buka semula keruk lengan dan buat draf lengan baru. Kemudian baru pasang semula keruk lengan tersebut.

Kalau baju readymade begini lah. Beza lengan customer jauh sangat bezanya. Harap bahagian biseps lengan tak fit sangat. InsyaaAllah.

゚viralシfypシ゚

19/01/2026

Assalamu'alaikum & Salam Pagi Isnin.

Pagi nie menyiapkan tugasan hakiki sebelum punch card masuk ofis menyiapkan jahitan.

Harini Mama layan kain Sutera Jacquard nie. Biasa ambil alterations je untuk kain jenis nie. Kalini dapat tugasan menyiapkan baju, baru perasan kain nie jenis kain mengeringkuk2. (😂 Tak reti p**a nak explain) Bila di iron jadilah macam dalam video tue. Masa jahit tepi pon dah nampak dah gaya dia tue. Walaupon setakat layangkan aje, tapi tetap curly2 sket jadinya. Makna kata kain nie bukan jenis tegap. Ada efek memeri dia tue.

InsyaaAllah. Lepas siap nanti Mama up dalam album. Semoga cantik lah hendaknya kejadian baju nie nanti. 🤲🏻

゚viralシfypシ゚

Alhamdulillah. Tahun nie Kakak Insyirah dah di Tahun 3 dan 'Ilman Pratahfiz Tahun ke-2. Hasil air tangan Mama, tudung bu...
12/01/2026

Alhamdulillah. Tahun nie Kakak Insyirah dah di Tahun 3 dan 'Ilman Pratahfiz Tahun ke-2.

Hasil air tangan Mama, tudung bulat labuh untuk Kakak Insyirah. Setakat balik sekolah semalam awning tudung masih on point walaupon dah buka helmet.

Dah pandai dah lipat tudung 2 lapis. Lagipon material kain nie best. Senang bentuk. InsyaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh whatsapp Mama dulu ye.

http://www.wasap.my/+60193388121/byeinazshamz

゚viralシfypシ゚

Seluar slack sekolah rendah nie labuh lebih 4 inci. Mama tak lipat biasher2. Sebab taknak potong labuhnya tue. Jadi Mama...
11/01/2026

Seluar slack sekolah rendah nie labuh lebih 4 inci. Mama tak lipat biasher2. Sebab taknak potong labuhnya tue. Jadi Mama guna teknik lipatan macam nie.

Alhamdulillah. Tak nampak tebal dan berat.

Cuma lipatan je nampak sedikit besar. Tapi masih cantik. Teknik nie jika customer taknak potong labuh tue. Ada anak yang jenis cepat meninggi. Jadi to play safe, teknik nie Mama rasa boleh digunakan. InsyaaAllah.

゚viralシfypシ゚

Address

Kampung Datuk Keramat

54000

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 17:00

Telephone

+60193388121

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sew Cute By Einaz Shamz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sew Cute By Einaz Shamz:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Clothing Store?

Share