03/03/2025
Bulan puasa ni banyakkan makan sup, sayur sayuran, buah buahan.
Elakkan makan makanan berempah, pedas dan bergoreng.
Ni labu air masak bening versi ummi ya. Bahan mudah je. Lepas masak terus asingkan supaya kite boleh mengelak dari memanaskan lauk berulang kali.
BahanΒ²:
- Labu air sebiji
- Serbuk bilis ik 2 sudu kecik
- Carrot 1 biji potong ikut suke
- Udang sebagai penyedap kuah
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serbuk halia ik (ima letak sikit sahaja)
- Cendawan - ima guna king oyster sbb besar n kenyal
- Stok sayur - memang stenby je kat peti utk masak supΒ² mcm ni
- Garam secukup rasa
- Masukkan suhun kalau suke
CaraΒ²
βΎTumis bawang merah, bawang putih. Dan masukkan serbuk bilis.
βΎMasukkan udang. Ima gune 5-6 ekor je. X ade pon xpe.
βΎMasukkan labu air dah siap potong dadu. Potongan terpulang. Lagi besar kite potong, lagi lambat masak. Tp lagi besar potong, lagi puas nak makan.
βΎMasukkan air menutupi labu tadi dah biar mendidih. Jangan lupe stok sayur. Masukkan juga suhun jika mahu. Biar kembang bersama labu air tadi.
βΎBila nampak labu air dah hampir empuk, boleh masukkan cendawan dan lobak.
βΎTunggu didih, perasakan dengan garam, tutup api dan sedia di hidang.
Kredit resepi: Puan Eima Omar