19/07/2021
AMALAN RINGAN MEREBUT KELEBIHAN HARI 'ARAFAH.
1. Berpuasa.
Puasa sehari ini in shaa Allah menghapuskan dosa DUA TAHUN, sebagaimana dijelaskan dalam hadith Abu Qatâdah r.h bahawa Nabi saw bersabda:
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ
Maksudnya: Puasa hari Arafah aku harapkan dari Allah swt agar menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya.
[HR. Muslim: 1162]
2. Banyakkan berdoa.
Abdullah bin Amr r.h meriwayatkan dari Nabi saw bersabda :
خَيْرُ الدُّعاءِ دُعاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah,
وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَناَ وَالنَّبِيُّوْنَ مِنْ قَبْلِيْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah "La ilaha illallah wahdahu la syariika lah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syaiin qadir.”
[HR. at-Tirmidzi: 3585]
Moga Allah beri kita taufiq atau kekuatan untuk kita amal dan sampaikan, moga Allah swt ampuni kita dan sempurnakan pahala buat kita. Aamien ya Robb
Wallahu'alam.