SaraNina Couture-Muslimah Apparel

SaraNina Couture-Muslimah Apparel Jom tutup aurat penuhi syariat ISLAM.

Assalamulaikum... بسم الله الر حمن الر حيم Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihaniإِنَّ هَٰذِهِۦ تَذ...
31/07/2024

Assalamulaikum...
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

إِنَّ هَٰذِهِۦ تَذۡكِرَةٞ ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلًا
"Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)."

"Indeed, this is a reminder, so he who wills may take to his Lord a way."

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
"Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)."

"And you do not will except that Allah wills. Indeed, Allah is ever Knowing and Wise."
(QS. Al-Insaan 76: Ayat 29 & 30)

Assalamualaikum..selamat pagi Rabu gais!!!🌷🌷
24/07/2024

Assalamualaikum..selamat pagi Rabu gais!!!🌷🌷

14/11/2023

22 AMALAN HARIAN YANG PERLU DIJAGA

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Kredit : Ustazah Fatimah

Makin ditenung ,makin cantek berseri -seri . 😁Berunsur kehijauan . 💚Tenang jer tengok kaler macam gini kan.
27/08/2023

Makin ditenung ,makin cantek berseri -seri . 😁
Berunsur kehijauan . 💚
Tenang jer tengok kaler macam gini kan.


27/08/2023

Manfaatkan umur yang tersisa untuk sesuatu yang boleh kita jadikan bekalan di akhirat sana.

Taraaaaa! Meh meh kenan yang mana ,bagitau Kuza.. 😍 Semua warna lawa-lawa kan? Pstt copper brown tu memangil-manggillah🥰...
11/06/2023

Taraaaaa!

Meh meh kenan yang mana ,bagitau Kuza.. 😍 Semua warna lawa-lawa kan?

Pstt copper brown tu memangil-manggillah🥰



Tudung Moden Wanita Bekerjaya dengan Design yang nampak mewah dan premium ❤️Design baru kalini, sesuai untuk akak pakai ...
09/06/2023

Tudung Moden Wanita Bekerjaya dengan Design yang nampak mewah dan premium ❤️
Design baru kalini, sesuai untuk akak pakai pergi kerja, jalan2, holiday with family, design exclusive wanita Berkerjaya 😍
JANGAN RISAU
HARGA PALING ISTIMEWA JIMMY NAK BAGI
PROMOSI KASIH SAYANG HARINI
1 HELAI : RM 69
2 HELAI : RM 118
Tapi maaf.
Stock Memang SANGAT TERHAD
Order SEKARANG Sebelum Habis
Klik cepat

www.wasap.my/60199154223/roseprintednew

www.wasap.my/60199154223/roseprintednew

www.wasap.my/60199154223/roseprintednew



28/10/2022

❤️❤️❤️ tq sis for feedback

 "HANDSOCK CANTIK DAN SELESA APABILA DIPAKAI, TAK SEPERTI SAYA BELI DI SUPERMARKET, PANAS BILA PAKAI" 😍Sebab itu handsoc...
28/10/2022



"HANDSOCK CANTIK DAN SELESA APABILA DIPAKAI, TAK SEPERTI SAYA BELI DI SUPERMARKET, PANAS BILA PAKAI" 😍

Sebab itu handsock kami banyak kelebihan nya tau, harga setanding dengan kualiti! 😍

Feedback baru untuk hari ni daripada customer baru alhamdulillah semoga terus jadi pilihan hati akak ya 🤲🥰

Jom usha warna yang handsock yang ada, klik je link untuk lebih detail 👇🥰

www.wasap.my/60167223844/handsockplain

NEW MATERIAL , NEW DESIGN RELEASE 😍PLAIN HAURAKelebihan material 'TWILL CREPE':📌 Corak 'Twill' pada permukaan material k...
28/10/2022

NEW MATERIAL , NEW DESIGN RELEASE 😍

PLAIN HAURA

Kelebihan material 'TWILL CREPE':

📌 Corak 'Twill' pada permukaan material kain memberi kesan lebih eksklusif pada handsock

📌 Material yang mencengkam dan grip pada lengan

📌 Tak mudah MELOROT

📌 Lembut pada kulit dan SELESA dipakai seharian

📌 Material yang mudah menyerap peluh

📌 Tahan lasak, tahan lama dan tak mudah terkoyak

📌 Warna yang tak luntur , tak berbulu walau dicuci berulang kali untuk jangka masa yang lama

Nak dapatkan sekarang terus tekan link tau 🥰

www.wasap.my/60166223844/handsockHaura


Assalamualaikum..selamat pagii🌷Jom ubah masa depan kita.Start dgn amalkan solat Dhuha every morning insyaAllah.The only ...
28/10/2022

Assalamualaikum..selamat pagii🌷

Jom ubah masa depan kita.

Start dgn amalkan solat Dhuha every morning insyaAllah.

The only way we have a brighter future is by waking up every morning BEFORE the sun penuh dgn semangat.

Today is going to be a great day!
Today im healthy.
Today im rich.

Bismillah.

Lets go!

Address

Kota Bharu
15200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SaraNina Couture-Muslimah Apparel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SaraNina Couture-Muslimah Apparel:

Share