MFI 📌 MFI ORIGINALS — Sementara nama tak boleh tukar, follow untuk konten asal seram & disturbing.
(2)

jika ingin membuat bayaran boleh bank in ke cimb bank kmi....dan kmi mnjanjikn hnye yg terbaik untuk customer... hnye full payment boleh dilyan dan klu booked cume dlm 3 hri dgn 50% deposit... jika bminat sila wassap/wechat/ ke 0138722460... kmi hnye pniaga yg mhu mula bertapak.... semua slah silap hrap d maafkn...

Tajuk : Mesin Layan Diri“Aku turun bawah kejap.”Mira bangun dari katil sambil capai hoodie.Farah yang tengah scroll TikT...
26/05/2026

Tajuk : Mesin Layan Diri

“Aku turun bawah kejap.”

Mira bangun dari katil sambil capai hoodie.

Farah yang tengah scroll TikTok atas katil sebelah pandang malas.

“Pukul 2 pagi kot.”

“Aku lapar.”

“Grab.”

“Delivery fee dia lagi mahal daripada makanan.”

Farah gelak kecil.

Mereka baru dua bulan pindah apartment sewa dekat bandar.

Kerja office.
Shift tak menentu.
Penat.
Dekat dengan tempat kerja.

Cuma ada satu masalah.

Sunyi.

Terlalu sunyi.

Especially waktu malam.

Mira turun lif ke tingkat bawah.
Lobi kosong.
Lampu malap.
Guard tengah tengok telefon.

Dekat luar blok ada satu mesin layan diri lama.
Air tin.
Biskut.
Mi cawan.

Mira selalu beli situ.

Dia masukkan duit.

Tekan nombor.

B12 - Mi Kari Cup.

Mesin berbunyi.

Krkkk.

Mi jatuh.
Sekali dengan benda lain.
Satu kertas kecil.
Mira berkerut.

Dia ambil.

Kertas resit.
Lama.
Berkedut.
Ada tulisan pen biru.

JANGAN BELI B12 MALAM-MALAM.

Mira terus tergelak.

“Siapa p**a prank ni…”

Dia campak kertas dalam tong sampah.

Naik semula.

Dalam bilik…

Farah tengah makan chips.

“Dapat?”

“Dapat.”

Mira buka mi.
Air panas.
Duduk depan laptop.
Nak sambung drama.

Baru dua suap…
telefon dia berbunyi.

Notification WhatsApp.

•Unknown Number.

Dia buka.

Satu mesej.

“Aku dah cakap jangan beli B12.”

Sudu terus berhenti dekat mulut.
Mira pandang nombor.
Tak kenal.

Dia reply.

“Siapa ni?”

Seen.

Tak balas.

“Farah.”

“Hmm?”

“Kau prank aku?”

Farah pandang blur.

“Hah?”

Mira tunjuk telefon.

Farah baca.

“Eh seram lah.”

“Aku tanya serius.”

“Aku mana ada nombor pelik.”

Mira cuba gelakkan benda tu.
Mungkin member office.
Mungkin scammer.
Mungkin budak bod0h.

Dia sambung makan.

Lima minit kemudian…

Telefon berbunyi lagi.

•Unknown Number.

“Jangan habiskan.”

Perut Mira terus rasa tak sedap.
Dia pandang mi cup depan dia.
Separuh habis.

“Farah…”

“Ha?”

“Aku rasa aku nak buang je.”

“Buanglah.”

“Aku lapar.”

“Then makan.”

“…”

“Decision making kau teruk.”

Mira ketawa kecil.
Cuba normal.
Cuba.
Dia bangun.
Bawa mi ke sinki pantry kecil apartment.

Masa dia nak buang…
dia terpandang sesuatu dalam kuah.
Gelap.
Kecil.

Macam…
rambut.

Dia berhenti.

“Eii…”

Mira ambil garfu.
Kait perlahan.
Bukan satu.
Banyak.
Gumpalan rambut panjang hitam.
Terendam dalam kuah.

Dia terus muntah dekat sinki.

“WEH!”

Farah terus bangun.

“Apa?!”

Mira tunjuk cup dengan tangan menggigil.
Farah datang dekat.
Terus berubah muka.

“Eh…”

“AKU BARU MAKAN!”

“Buang! Buang cepat!”

Mira campak semua dalam tong sampah.

Tangan dia menggigil.

“Apa benda ni…”

Farah ambil telefon.

“Complain je.”

“Pukul 2 pagi nak complain siapa?”

Mereka cuba tenangkan keadaan.
Minum air.
Buka lawak kat YouTube.
Nak hilangkan rasa geli.

3 pagi.

Lampu bilik masih buka.
Mira tak boleh tidur.
Perut dia mula rasa pelik.
Bukan sakit.
Macam… penuh.

Tak sedap.

Telefon dia menyala lagi.

Unknown Number.

“Masih okay?”

Mira terus block.
Selesai.

Nak sambung tidur.

TING.

Notification masuk lagi.
Nombor lain.

“Block banyak kali pun tak guna.”

Darah dia terus sejuk.

“Farah…”

Takde jawapan.

“Farah?”

Sunyi.

Mira bangun sikit.
Farah punya katil…
kosong.
Selimut terbuka.
Telefon Farah atas bantal.

“Farah?”

Bilik air kosong.
Pantry kosong.
Pintu apartment…
tertutup rapat.

Perut Mira mula memulas.

Kuat.

Terlalu kuat.

Dia jalan membongkok ke tandas.

Sakit.

Macam ada benda bergerak dalam perut.
Dia duduk depan mangkuk tandas sambil menangis tahan sakit.

Kemudian…
dia muntah.
Air.
Kuah.

Dan…
rambut.

Panjang.
Keluar tanpa henti.
Mira terus menjerit.
Dia tarik rambut tu dari mulut.
Masih ada.
Masih keluar.
Macam tak habis.

Telefon dekat sinki berbunyi.

Screen menyala.

Unknown Number.

“Jangan tarik.”

Mira dah menangis teresak-esak.

Dia call Farah.
Tak angkat.
Call lagi.
Tak angkat.
Perut dia bergerak lagi.
Macam ada benda berpusing dalam.

Dia menekan perut sendiri sambil menangis.

Kemudian…
ada ketukan dekat pintu apartment.

Tuk.

Tuk.

Tuk.

“Farah?!”

Sunyi.

Tuk.

“Tolonglah!”

Mira lari ke pintu.
Buka.
Koridor kosong.
Sunyi.
Lampu putih malap.
Tiada orang.

Cuma…
dekat depan pintu…
ada satu mi cup.

Sama macam tadi.

B12.

Masih panas.

Steam masih keluar.

Atas penutup…

ditulis dengan marker hitam.

“HABISKAN.”

Mira terus undur.
Pintu apartment perlahan-lahan tertutup sendiri.

Klik.

Lock.

Telefon berbunyi sekali lagi.

Video call.

Unknown Number.
Dengan tangan menggigil…

dia jawab.

Screen gelap.

Kabur.

Perlahan-lahan gambar clear.

Mesin layan diri bawah apartment.

Live.

Sudut kamera menghadap mesin.

Kemudian…
Farah masuk frame.
Berdiri depan mesin.
Diam.
Tak bergerak.

“FARAH!”

Farah perlahan-lahan angkat kepala.
Muka dia pucat.
Mulut penuh rambut hitam.

Kemudian line terus mati.

Polis jumpa Mira pagi esok.
Pengsan dalam apartment.
Seorang diri.
Tiada kesan pecah masuk.
Tiada Farah.

Farah hilang.

Sampai hari ni tak jumpa.

Management apartment akhirnya buka CCTV.

Rakaman pukul 2:11 pagi tunjuk Mira beli makanan dekat mesin.

Seorang diri.
Tiada Farah turun sekali.
Tiada sesiapa dekat sekitar mesin.

Cuma satu benda buat semua orang tak dapat jelaskan.

Masa Mira tunduk ambil mi cup…
screen mesin layan diri tu bertukar hitam.

Dan pada pantulan kaca mesin…
jelas ada seorang perempuan berdiri rapat belakang Mira.

Rambut panjang.
Kepala tunduk.
Sedangkan…
rakaman CCTV tunjuk belakang Mira kosong sepanjang masa.

Tamat đź‘€

Description :
Seorang wanita turun membeli mi cawan dari mesin layan diri apartment pada lewat malam seperti biasa. Tapi selepas memilih satu kod tertentu, mesej daripada nombor misteri mula masuk… memberi amaran yang sudah terlambat untuk dia dengar. Ada benda yang sepatutnya tidak dibawa naik bersama makanan itu.

Disclaimer :
Cerita ini hanyalah karya fiksyen semata-mata.
Tiada kaitan dengan mana-mana mesin layan diri, mi cawan, apartment atau individu yang pernah lapar pukul 2 pagi sampai sanggup makan apa sahaja yang jumpa. Tapi kalau korang beli makanan tengah malam… lepas tu dapat pesanan pelik daripada nombor tak dikenali… mungkin jangan terus tekan block.

Hak Cipta © 2026 MFI.
Semua hak terpelihara.
Dilarang menyalin, mengubah, merakam suara, atau menyiarkan semula tanpa kebenaran.



Jangan lupa follow page aku untun cerita seterusnya.

Sebarang cadangan atau pendapat boleh komen dekat wall aku, tapi sebelum komen sila pastikan anda faham ini adalah cerita rekaan.

Terima kasih baca sampai habis. 🫡

Tajuk : Tiket Penerbangan“Awak confirm dah check tarikh?”Aisyah pandang screen telefon.“Confirm.”“Flight pukul 2:15 pagi...
25/05/2026

Tajuk : Tiket Penerbangan

“Awak confirm dah check tarikh?”

Aisyah pandang screen telefon.

“Confirm.”

“Flight pukul 2:15 pagi?”

“Murah.”

“Murah sebab manusia normal tidur waktu tu.”

Aisyah jeling suami dia, Hafiz.

“Kalau nak jimat, tak boleh banyak komen.”

Mereka gelak kecil.

Dah tiga tahun kahwin.
Ini pertama kali mereka ambil cuti berdua lepas Aisyah bertukar kerja.

Burnout.
Penat.
Asyik OT.
Trip ni sepatutnya jadi reset button.

Malam penerbangan…
airport penuh macam biasa.
Orang beratur.
Anak kecil menangis.
Announcement tak berhenti berbunyi.

Sampai masa check-in bagasi.

Staff airline ambil passport mereka.

Klik.

Klik.

Klik.

Kemudian berhenti.

“Encik Hafiz…”

“Ya?”

“Seat encik berubah.”

Hafiz berkerut.

“Kenapa?”

“Operational adjustment.”

“Okay…”

“Seat puan kekal.”

Aisyah tengok boarding pass baru.

Aisyah = 22A

Hafiz = 41C

“Hah? Jauh gila.”

Staff senyum minta maaf.

“Flight penuh.”

Aisyah mengeluh.

“Tak boleh tukar?”

“Maaf puan.”

Nak buat macam mana.

Mereka teruskan.

Boarding pun lancar.

Aisyah duduk seat dia.

Window.

22A.

Sebelah dia…
seorang perempuan tua.
Sunyi.
Tak banyak bercakap.

Flight mula penuh.

Aisyah buka telefon.

Message Hafiz masuk.

“41C sempit gila.”

Dia senyum.

Reply.

“Padan muka.”

Typing bubble muncul.

Hilang.

Muncul balik.

Hilang.

Kemudian mesej baru masuk.

“Orang yang duduk seat sebelah aku peliklah.”

Aisyah ketawa kecil.

“Semua orang pelik dekat flight pukul 2 pagi.”

Tak lama lepas tu…
telefon masuk airplane mode.
Pesawat mula bergerak.
Cabin malap.
Ramai mula tidur.

Aisyah pun lelap sekejap.

Entah berapa lama kemudian…
dia terjaga.
Lampu reading seat sebelah menyala.
Perempuan tua sebelah dia masih duduk tegak.

Tak tidur.
Pandang depan.
Diam.

Aisyah tengok jam.

3:50pagi.

Dia nak minum air.

Masa tunduk ambil botol…
telefon dia bergetar.

Signal masuk sekejap.

Satu mesej pending deliver daripada Hafiz baru muncul.

Timestamp: 2:40pagi

“Sayang… jangan datang belakang.”

Aisyah terus duduk tegak.

Belakang?

Apa benda?

Dia cuba reply.

Tak dapat.

Airplane mode.

No signal.

Dia pandang sekeliling cabin.

Sunyi.

Kebanyakan orang tidur.

Pramugari pun tak nampak.

Perut dia mula rasa tak sedap.

Mungkin Hafiz bergurau.

Mungkin.

Dia cuba sambung tidur.

Tak boleh.

Lima minit.
Sepuluh minit.
Dua puluh minit.
Tak boleh.
Akhirnya dia bangun.

Nak pergi toilet.

Sekali nak check Hafiz.

Cabin gelap.

Dia jalan perlahan.

22…

23…

24…

Semakin ke belakang…
semakin kurang orang.
Ramai tidur.

Ada yang pakai eye mask.

Normal.

Sampai row 41.

Dia berhenti.

41A.

41B.

41C.

Kosong.

Terus kosong.

Blanket berlipat.

Seat tegak.

Tak macam ada orang duduk langsung.

Aisyah terus pandang nombor row sekali lagi.

41.

Betul.

Dia rasa darah mula turun dari muka.

Seorang pramugari muncul belakang dia.

“Ma’am?”

Aisyah terus berpaling.

“Seat 41C mana?”

Pramugari tengok.

“Ya?”

“Suami saya duduk sini.”

Pramugari tengok tablet tangan dia.

Klik beberapa kali.

“Nama?”

“Hafiz.”

Dia tunggu.

Pramugari scroll lagi.

Muka dia neutral.

“Encik Hafiz seat 41C.”

“Ha… mana dia?”

Pramugari pandang seat kosong tu sekejap.

“Maybe lavatory?”

Aisyah terus jalan ke toilet belakang.
Dua-dua kosong.
Takde orang.

“Takde.”

Pramugari mula nampak tak sedap hati.

“Ma’am, mungkin dia bertukar seat.”

“Dengan siapa?”

Sunyi.
Memang betul.
Flight penuh.
Nak tukar seat dengan siapa?

Mereka mula check satu per satu.

Tak jumpa.
Hafiz hilang.
Betul-betul hilang.
Bukan macam drama.
Bukan jeritan.
Bukan turbulence.

Dia cuma…
takde.

Captain dimaklumkan.
Cabin crew check manifest.
Check crew rest area.
Check galley.
Takde.

Aisyah dah mula menangis.

“Dia ada tadi!”

“Ma’am tenang dulu…”

“DIA ADA!”

Penumpang mula pandang.

Seorang lelaki dari row depan tiba-tiba bersuara.

“Excuse me…”

Semua pandang dia.
Lelaki tu nampak serba salah.

“Saya rasa… saya nampak suami puan.”

Aisyah terus pandang.

“Mana?!”

“Lebih kurang sejam lepas…”

“YA?”

“…dia berdiri dekat belakang.”

“Lepas tu?”

Lelaki tu telan air liur.

“Dia macam nak bercakap dengan cabin crew…”

“Lepas tu??”

“Takde.”

“Apa maksud takde?”

Lelaki tu nampak takut nak sambung.

“Lampu cabin masa tu… berkelip sekejap.”

Sunyi.

“Bila lampu stabil balik…”

“…dia dah takde.”

Aisyah terus rasa loya.
Itu tak masuk akal.
Tak masuk akal langsung.
Pesawat akhirnya mendarat.

Polis airport masuk.
Soal siasat.
Rakaman.
Manifest.
Semua dibuat.

Aisyah duduk berjam-jam dekat terminal.
Menunggu.
Harap ada penjelasan.

Akhirnya…
seorang pegawai airline datang.

“Puan…”

“Jumpa?”

Pegawai tu diam sekejap.

“Tolong ikut saya.”

Mereka bawa dia ke bilik kecil belakang operasi.

Dekat meja…
ada satu barang.
Passport Hafiz.
Aisyah terus capai.

“Itu passport dia!”

Pegawai tu angguk perlahan.

“Jumpa dekat galley belakang.”

“Mana orangnya?”

Sunyi.

“Mana suami saya?!”

Pegawai tu tarik nafas.

“Puan…”

Dia tolak satu benda lagi ke depan.

Boarding pass.

HAFIZ - 41C

Belakang boarding pass tu…
ada tulisan pen biru.
Tulisan Hafiz.
Aisyah kenal tulisan tu.
Tangannya mula menggigil.

Perlahan-lahan dia baca.

“Saya nampak seorang lelaki duduk seat saya sebelum boarding.”

Baris kedua.

“Dia pakai baju sama macam saya.”

Aisyah terus rasa tekak dia ketat.

Baris terakhir.

“Kalau saya hilang… jangan cari dekat belakang.”

Kes tu tak pernah ada jawapan rasmi.
Airline classify sebagai insiden orang hilang.
Tiada CCTV tunjuk Hafiz keluar pesawat.
Tiada rakaman dia turun.
Tiada mayat.
Tiada penjelasan.

Setahun kemudian…
Aisyah tak pernah naik flight lagi.
Tak mampu.
Tapi setiap kali dia buka laci passport…
dia akan nampak satu benda yang dia dah buang banyak kali.

Boarding pass lama Hafiz.

41C.

Sentiasa ada semula.

Dan dekat bahagian belakang…
akan muncul satu baris baru setiap beberapa bulan.
Tulisan tangan yang sama.

Mula-mula:

“Saya masih dekat sini.”

Kemudian:

“Jangan ambil flight malam.”

Dan kali terakhir…
seminggu lepas…
hanya ada satu ayat.

“Dia dah jumpa seat baru.”

Dalam penerbangan itu, Hafiz percaya ada seseorang yang “mengambil” tempat duduknya sebelum flight berlepas,seseorang yang menyerupai dirinya sendiri. Selepas itu, dia hilang tanpa jejak di tengah penerbangan walaupun namanya masih ada dalam manifest dan tiketnya masih sah.

Mesej terakhir serta boarding pass yang ditinggalkan menjadi petunjuk bahawa kehilangan Hafiz bukan kemalangan biasa… dan ada sesuatu di bahagian belakang pesawat yang sepatutnya tidak dia dekati.

Tamat đź‘€

Description :
Demi tiket murah dan percutian singkat bersama suami, Aisyah sanggup ambil penerbangan lewat malam tanpa fikir panjang. Tapi bila pertukaran tempat duduk berlaku, mesej pelik mula masuk… dan seorang penumpang hilang di tengah penerbangan tanpa jejak. Ada perjalanan yang sepatutnya sampai ke destinasi… dan ada yang berakhir di seat yang salah.

Disclaimer :
Cerita ini hanyalah karya fiksyen semata-mata. Tiada kaitan dengan mana-mana airline,
airport atau mana-mana penumpang yang masih trauma tengok seat number dekat boarding pass. Kalau flight korang tiba-tiba tukar seat last minute… sila bertenang. Dan mungkin… jangan abaikan mesej terakhir yang masuk sebelum airplane mode.

Hak Cipta © 2026 MFI.
Semua hak terpelihara.
Dilarang menyalin, mengubah, merakam suara, atau menyiarkan semula tanpa kebenaran.



Jangan lupa follow page aku untuk cerita seterusnya.

Sebarang cadangan atau pendapat boleh komen dekat wall aku, tapi sebelum komen sila pastikan anda faham ini adalah cerita rekaan.

Terima kasih baca sampai habis. 🫡

Tajuk : Tutor“Mak dah cakap, jangan ambil kelas malam.”Itu ayat terakhir mak sebelum Aina keluar rumah sambil menjeling ...
25/05/2026

Tajuk : Tutor

“Mak dah cakap, jangan ambil kelas malam.”

Itu ayat terakhir mak sebelum Aina keluar rumah sambil menjeling jam telefon.

8:42 malam.

“Ala mak… student ni je waktu free dia.”

“Ramai lagi student lain.”

“Yang ni bayar mahal.”

Mak diam. Tapi muka dia jelas tak s**a.

Aina capai helmet lalu keluar.

Sejak berhenti kerja pejabat enam bulan lepas, dia jadi tutor persendirian sepenuh masa. Mengajar Matematik, Sains, English. Duit lebih kurang sama macam kerja lama… cuma waktu kerja tak menentu.

Student malam tu bernama Haziq.
Tingkatan lima.
Baru dua minggu jadi anak murid dia.

Jadi anak murid lepas dia dapat panggilan dari satu nombor, tanya dan sanggup bayar 2 kali ganda,bayaran p**a masuk setiap kali lepas kelas.

Rumah besar.
Sunyi.
Jauh sikit dari kawasan bandar.

Ayah kerja offshore.
Mak p**a selalu outstation.

Sepanjang dua minggu ni… memang Haziq selalu sorang.

Tapi budak tu baik.
Pendiam sikit.
Bijak.
Cuma… pelik.

Aina sampai depan rumah pukul 9 malam tepat.

Lampu porch terbuka.
Pintu utama terbuka sikit.
Dia tekan loceng.
Tak sampai lima saat, Haziq muncul.

“Cikgu, jemput masuk.”

“Mak awak ada?”

“Takde.”

“Ayah?”

“Tak balik lagi.”

Aina senyum hambar.

“Okay…”

Rumah tu terlalu senyap.

Takde bunyi TV.
Takde bunyi orang berjalan.
Takde bunyi pinggan mangkuk.
Cuma bunyi penghawa dingin dari ruang tamu.

Mereka mula belajar macam biasa.

Trigonometri.

Bab kegemaran Aina.

“Sin, cos, tan… faham?”

Haziq pandang buku.

Tak jawab.

“Haziq?”

Budak tu lambat angkat muka.

“Cikgu…”

“Hmm?”

“Cikgu pernah rasa macam…
ada orang tengok cikgu masa sorang?”

Aina ketawa kecil.

“Tu soalan maths ke?”

“Tak.”

“Then fokus belajar.”

Haziq diam.

Beberapa minit kemudian…

KREEEKKK

Bunyi kerusi diseret dari tingkat atas.

Aina terus pandang siling.

“Haziq.”

“Ya.”

“Ada orang kat tingkat atas?”

“Takde.”

“Tadi bunyi apa?”

Haziq tunduk sambung tulis.

“Rumah ni memang selalu ada bunyi.”

Jawapan dia terlalu biasa.
Macam dah lali.

Aina cuba abaikan.

Mungkin rumah kayu bahagian atas.
Mungkin paip.
Mungkin jiran.
Walaupun sebenarnya… rumah tu rumah banglo berdinding konkrit.

Kelas habis pukul 11:20 malam.

“Cikgu balik dulu ya.”

“Cikgu.”

“Hmm?”

“Jangan tengok atas masa keluar.”

Aina berhenti.

“Hah?”

“Jangan tengok tingkat atas.”

Dia ketawa.

“Kenapa?”

Haziq tak jawab.
Cuma pandang dia lama.
Pandangan budak tu buat perut Aina rasa tak sedap.

Dia cepat-cepat capai beg dan keluar.

Pintu utama ditutup dari dalam.

Angin malam sejuk.

Aina jalan ke motor.
Kunci dah masuk.
Helmet dah pakai.

Entah kenapa…
Dia teringat balik ayat Haziq.

*Jangan tengok tingkat atas.*

Otak manusia memang pelik.
Lagi dilarang… lagi nak buat.

Perlahan-lahan… dia dongak.

Tingkat atas gelap.
Tingkap besar.
Langsir terbuka separuh.
Kosong.

Aina lepaskan nafas.

“Budak ni…”

Kemudian…
Sesuatu bergerak.

Bukan orang berjalan.
Bukan bayang biasa.
Macam… kepala seseorang sedang berdiri terlalu dekat belakang tingkap.

Tinggi.

Terlalu tinggi.

Muka tak nampak jelas.

Tapi dia nampak bentuk mata.

Sedang memandang tepat ke bawah.

Ke arah dia.

Aina terus hidupkan motor.
Enjin gagal hidup.

Sekali.
Dua kali.
Tiga kali.

Jantung Aina mula laju.

Bila motor akhirnya menyala…
Dia terdengar suara perlahan dari atas.
Bukan kuat.
Macam berbisik dekat telinga.

“Cikgu…”

Aina terus pecut keluar tanpa toleh belakang.

Malam tu dia tak boleh tidur.

Dia cuba logikkan semuanya.

Mungkin orang tua Haziq balik.
Mungkin pekerja rumah.
Mungkin dia penat.
Mungkin halusinasi.

Esok petang…
Telefon dia berbunyi.

Haziq Calling.

“Hello?”

“Cikgu datang ke malam ni?”

Aina terdiam.

“Err… cikgu rasa kita tukar online class la.”

Sunyi beberapa saat.

“Kenapa?”

“Takde apa…”

“Cikgu nampak dia semalam?”

Bulu roma Aina terus naik.

“Apa?”

“Dekat tingkat atas.”

Suara Haziq tenang.

Terlalu tenang.

Aina cuba gelak.

“Haziq… jangan main-main.”

“Dia s**a cikgu.”

“Apa benda awak cakap ni?”

“Dia selalu pilih tutor.”

Darah Aina rasa macam berhenti bergerak.

“Haziq.”

“Tutor sebelum cikgu berhenti lepas dua minggu.”

“…”

“Yang sebelum tu… berhenti sehari.”

“Stop.”

“Yang pertama…”

Talian tiba-tiba senyap.
Bunyi macam gangguan line.

Kemudian…
Suara lain masuk.
Perempuan.
Perlahan.

“Datang malam ni…”

Aina terus tamatkan panggilan.
Tangan dia menggigil.

Dia cuba call balik.
Tak angkat.

Whatsapp.
Satu tick.

Petang tu dia nekad.

Dia call nombor emergency contact yang pernah Haziq bagi masa daftar.

Ayah dia jawab.

“Hello?”

“Encik… saya tutor Haziq.”

Sunyi sekejap.

“…Tutor?”

“Ya. Saya ajar anak encik.”

“Maaf… awak salah nombor.”

“Tak… ni nombor ayah Haziq kan?”

Suara lelaki tu berubah perlahan.

“Awak siapa?”

“Saya Aina… tutor dia.”

“Cik…”

Suara hujung sana mula pelik.

“Anak saya dah meninggal enam bulan lepas.”

Aina rasa tangan dia sejuk.

“…Apa?”

“Kemalangan.”

“Tak… tak mungkin.”

“Rumah kami kosong sejak tu.”

Telefon terlepas dari tangan.

Tak mungkin.

Tak mungkin.

Dua minggu.

DUA MINGGU dia pergi rumah tu.

Dia ajar.

Dia bercakap.

Dia bagi homework.

Dia tanda latihan.

Mustahil.

Malam tu…
Telefon berbunyi lagi.

Unknown Number

Dia tak nak jawab.
Telefon berhenti.
Kemudian mesej masuk.

“Cikgu… homework saya belum check lagi.”

Air muka Aina terus hilang.

Satu gambar menyusul.

Gambar buku latihan Matematik.

Atas meja rumah tu.

Dengan tulisan merah.

“Cikgu datanglah. Saya sorang.”

Aina blok nombor.
Tutup telefon.
Menangis.

Esok pagi…
Dia pergi balai.
Dia cerita semua.
Polis cuma tengok dia macam orang kurang tidur.

Akhirnya seorang anggota ikut dia ke alamat rumah tu.

Rumah banglo tu memang wujud.

Tapi…
Pagar berkarat.
Rumput tinggi paras lutut.
Surat bertimbun depan pintu.
Macam bertahun tak berpenghuni.

Polis pandang dia.

“Cik pasti?”

Aina tak mampu jawab.

Dia kenal rumah tu.

Porch sama.

Tingkap sama.

Pokok depan sama.

Tapi…
Rumah itu langsung tak nampak macam tempat yang dia pergi dua minggu ni.

Mereka nak beredar bila polis tiba-tiba berhenti.

“Apa tu?”

Atas lantai porch.
Ada sehelai kertas.
Baru.
Tak berhabuk.

Polis ambil.

Buku latihan Matematik.

Muka surat trigonometri.

Tulisan pen merah.

8/10

Dan di bawah sekali…
Tulisan tangan Aina sendiri.

“Good job. Improve sikit dekat formula.”

Kaki dia terus lemah.
Dia tak ingat bila dia menjerit.
Tak ingat macam mana dia balik rumah.

Malam itu…
Tepat 9 malam…
Telefon dia berbunyi lagi.

Walaupun nombor dah diblok.

Haziq Calling.

Skrin telefon menyala sendiri.

Berulang kali.

Berulang kali.

Berulang kali.

Aina campak telefon ke sofa.

Telefon akhirnya senyap.

Beberapa saat kemudian…
Suara budak lelaki kedengaran dari luar bilik.

Lembut.

Tenang.

Macam selalu.

“Cikgu…”

Tok.

Tok.

Tok.

Bunyi ketukan perlahan pada pintu bilik.

“Homework saya dah check belum?”

Sampai hari ni… Aina dah berhenti jadi tutor persendirian.

Dia tak lagi ambil kelas malam.

Tak lagi pergi rumah student.

Semua kelas online.

Tapi setiap kali pukul 9 malam…

Akan ada satu notification masuk pada telefon barunya.

Tiada nombor.

Tiada profile picture.

Cuma satu mesej.

“Cikgu… malam ni belajar subjek apa ya?”

Tamat đź‘€

Description :
Sebagai tutor persendirian, Aina sanggup ambil kelas malam demi bayaran lumayan. Tapi bila studentnya tinggal bersendirian di rumah sunyi, sering bercakap tentang “sesuatu” di tingkat atas… sesi pembelajaran biasa perlahan-lahan bertukar menjadi mimpi ngeri yang tak mampu dia tinggalkan. Ada homework yang tak pernah habis diperiksa… dan ada student yang tak pernah benar-benar berhenti menunggu tutor dia kembali.

Disclaimer :
Cerita ini hanyalah karya fiksyen semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana individu sama ada yang masih hidup… atau yang masih hantar mesej pukul 9 malam minta check homework. Untuk para tutor, cikgu tuisyen dan student… kalau student korang pesan *“jangan tengok tingkat atas”*… mungkin ada baiknya korang dengar. Demi keselamatan akademik… dan keselamatan diri.

Hak Cipta © 2026 MFI.
Semua hak terpelihara.
Dilarang menyalin, mengubah, merakam suara, atau menyiarkan semula tanpa kebenaran.



Jangan lupa follow page aku untuk cerita seterusnya.

Sebarang cadangan atau pendapat boleh komen dekat wall aku, tapi sebelum komen sila pastikan anda faham ini adalah cerita rekaan.

Terima kasih baca sampai habis. 🫡

Tajuk : PengabadianAku kerja sebagai jurufoto kematian. Bukan kerja glamor. Bukan kerja yang orang bangga nak cerita dek...
23/05/2026

Tajuk : Pengabadian

Aku kerja sebagai jurufoto kematian. Bukan kerja glamor. Bukan kerja yang orang bangga nak cerita dekat kenduri. Tapi kerja tetap kerja.

Tugas aku mudah.

Ambil gambar arwah sebelum pengebumian untuk keluarga simpan kenangan terakhir. Ada orang panggil pelik. Ada orang panggil tak berhati perut.

Tapi bila kau dah tengok cukup banyak orang menangis sambil pegang gambar terakhir orang tersayang… kau mula faham.

Sesetengah manusia takut lupa rupa orang yang mereka sayang. Sebab itu mereka perlukan gambar.

Pengabadian.

Aku dah biasa dengan mayat. Budak. Orang tua. Mangsa kemalangan. Mangsa sakit. Aku dah biasa dengan bau formalin, bilik sejuk, wajah yang dah tak bergerak.

Sampai satu malam… aku ambil job yang aku patut tolak dari awal.

Pukul 10 malam. Unknown number call. Suara perempuan. Perlahan. Tenang.

“Saya perlukan gambar untuk suami saya.”

Aku buka laptop.

“Lokasi?”

Dia bagi alamat rumah lama pinggir bandar.

“Hospital dah release body?”

Sunyi sekejap.

“Dia dekat rumah.”

Aku diam. Normal juga. Ada keluarga buat mandi jenazah dekat rumah.

“Esok pagi boleh?”

“Tak.” Cepat dia jawab.

“Malam ni.”

Aku tengok jam. 10:46 malam. Aku hampir tolak.
Tapi bayaran yang dia tawarkan..terlalu banyak.

Dia transfer terus. Tak tawar-menawar.

Silap terbesar hidup aku.

Rumah itu besar. Lama. Sunyi. Lampu kuning malap. Tak ada khemah. Tak ada jiran. Tak ada orang ramai. Pelik. Biasanya rumah kematian tak pernah sesunyi itu.

Perempuan itu buka pintu. Awal 40-an. Cantik. Terlalu tenang untuk seorang balu.

“Mari.”

Tak ada salam. Tak ada senyum.

Aku ikut.

Bau rumah itu pelik. Bukan bau kematian. Bau bunga. Terlalu kuat. Macam bunga dipaksa menutup sesuatu.

Ruang tamu penuh gambar suami dia.
Dalam pelbagai usia.
Pelbagai tempat.
Pelbagai baju.

Terlalu banyak.
Macam obsesi.

Dia bawa aku ke satu bilik hujung rumah.

“Ada dalam sini.”

Aku buka beg kamera. Biasa. Professional mode. Jangan fikir banyak.

Pintu bilik dibuka perlahan. Dan langkah aku terus perlahan sendiri.

Lelaki itu… duduk atas kerusi. Lengkap berbaju kemeja putih. Rambut disisir kemas. Mata tertutup. Macam sedang tidur.

Tapi kulit dia… terlalu pucat. Terlalu keras.

Aku pernah nampak mayat. Aku tahu rupa mayat.

Dia dah lama meninggal.
Lama.
Sangat lama.

Perempuan itu berdiri sebelah aku.

“Boleh mula?”

Aku pandang dia.

“Puan… bila suami puan meninggal?”

“Empat bulan lepas.”

Aku rasa perut terus kosong.

“Empat… bulan?”

Dia angguk kecil.

“Dia tak s**a dikebumikan.”

Aku ketawa kecil sebab ingat dia bergurau.
Dia tak ketawa balik.

Sunyi.

Aku mula rasa nak keluar.

Tapi aku dah ada dekat situ.

Aku setup kamera cepat-cepat. Ambil gambar.
Siap. Balik. Itu plan aku.

Flash pertama menyala.

Klik.

Aku tengok preview gambar.

Dalam preview itu… mata lelaki atas kerusi tadi terbuka. Pandang tepat pada kamera.

Aku terus angkat kepala.
Mata dia masih tertutup.

Aku telan air liur.

Aku ambil lagi satu gambar.

Klik.

Preview kedua.

Kali ini… lelaki itu tersenyum.

Sikit.

Sangat sikit.

Aku terus rasa tangan aku sejuk.

“Puan…”

Perempuan itu diam. Tengah memandang suaminya. Macam bangga.

Aku undur setapak.

“Puan… saya rasa saya kena balik.”

“Belum siap.”

Suara dia berubah.
Lebih keras.

Aku pandang monitor kamera lagi.

Dan aku hampir terlepas kamera dari tangan.

Dalam setiap gambar… lelaki itu berubah posisi sedikit demi sedikit. Sedikit. Tapi cukup jelas.

Bahu berubah. Kepala senget. Mulut terbuka sikit. Macam seseorang sedang bergerak… antara setiap tangkapan gambar.

Aku terus zip beg kamera.

“Maaf. Saya tak boleh..”

“Kau jurufoto kan?” Dia potong.

“Kau faham pengabadian.”

Aku tak jawab.

Suara dia mula pecah sedikit.

“Aku tak nak dia hilang.”

Aku mula faham.

Ini bukan perasaan sedih biasa.
Ini… sesuatu yang dah rosak jauh dalam diri dia.

“Aku dah bagi dia makan…”

Aku terus pandang dia.

“Apa?”

Dia senyum kecil.

“Aku jaga dia elok.”

Aku capai beg. Nak keluar.

Masa aku pusing… aku terdengar bunyi perlahan dari belakang.

Krek.

Macam sendi bergerak.

Aku tak nak berpaling. Aku memang tak nak.

Tapi badan aku berpaling juga.

Lelaki atas kerusi itu… kepalanya dah senget sedikit ke arah aku.

Mata… terbuka.

Aku lari.

Terus lari.

Lorong rumah terasa terlalu panjang.

Aku tarik tombol pintu depan,
tak boleh buka.

Terkunci.

Perempuan itu berdiri belakang aku.
Tenang.

“Jangan takut.”

Aku menjerit suruh dia buka pintu.

Dia cuma pandang aku dengan mata merah tak tidur.

“Aku cuma nak gambar yang buat dia kekal.”

Kemudian… bunyi tapak kaki datang dari lorong belakang.

Perlahan.

Seret.

Aku tak tengok. Aku tak perlu tengok. Aku dah tahu benda apa yang sedang datang.

Perempuan itu mula menangis sambil senyum.

“Dia bangun bila ada kamera.”

Tapak kaki makin dekat.

Aku hempas pasu bunga dekat tingkap.

Kaca pecah.

Aku panjat keluar.

Lari.

Aku tak pandang belakang. Tak sekali pun.

Esok pagi aku pergi balai polis. Aku cerita semuanya. Mereka pergi rumah itu.

Kosong.

Tak ada orang.

Tak ada mayat.

Tak ada perempuan.

Rumah itu dah lama terbiar.

Jiran sebelah akhirnya bersuara. Rumah itu milik pasangan suami isteri. Suami meninggal… empat tahun lalu. Isteri dia p**a bun.u.h diri enam bulan selepas itu.

Aku terus rasa badan kebas.

“Mana gambar rumah semalam?”

Polis tunjuk gambar lokasi.

Rumah reput. Penuh semak. Tak berlampu. Tak berpenghuni.

Mustahil.

Aku masuk rumah itu semalam.

Aku bau bunga itu.

Aku nampak mereka.

Aku tahu apa aku nampak.

Aku balik rumah dengan kepala berserabut.

Malam itu… aku transfer semua gambar dari kamera ke laptop. Aku nak padam semuanya.

Folder terbuka.

Gambar pertama. Lelaki atas kerusi. Mata tertutup.

Gambar kedua. Mata terbuka.

Gambar ketiga. Senyum.

Gambar keempat…

kerusi kosong.

Aku berhenti bernafas.

Sebab aku tahu… aku tak pernah ambil gambar kerusi kosong.

Tangan aku menggigil buka gambar terakhir.

Dan hidup aku tak pernah sama sejak malam itu.

Dalam gambar terakhir… aku sedang berdiri depan pintu rumah. Tengah pegang kamera. Muka aku pucat. Ketakutan.

Dan belakang aku… lelaki berbaju putih itu berdiri terlalu rapat. Memandang kamera. Mata terbuka luas. Senyum penuh.

Di bawah gambar itu ada metadata masa.

2 pagi.

Waktu yang mustahil.

Sebab pukul 2 pagi… aku dah berada seorang diri dalam apartment aku.

Aku padam gambar itu. Padam folder. Format memory card. Tukar kamera. Tukar kerja. Tak ambil lagi job kematian. Tak sentuh kamera selama tiga tahun.

Tapi minggu lepas… aku terima satu sampul surat tanpa nama.

Dalamnya ada sekeping gambar.

Kualiti baru dicetak.

Gambar apartment aku.

Diambil dari dalam rumah.

Aku sedang tidur atas sofa.

Dan belakang kepala aku… ada seorang lelaki berbaju putih sedang duduk diam memandang kamera.

Bahagian belakang gambar itu tertulis satu ayat pendek.

•Terima kasih kerana mengabadikan aku.•

Bukan semua gambar dicipta untuk mengabadikan kenangan. Ada yang… mengabadikan sesuatu yang tak pernah benar-benar pergi.

Tamat đź’€

Description:
Seorang jurufoto kematian menerima tawaran lumayan untuk mengambil gambar terakhir seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Namun semakin banyak gambar diambil, semakin jelas bahawa tugas itu bukan sekadar menyimpan kenangan… tetapi mungkin sedang membantu sesuatu kekal hidup lebih lama daripada yang sepatutnya.

Disclaimer:
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Menghargai kenangan itu normal… cuma ada sesetengah perkara yang mungkin lebih baik dibiarkan pergi.

Hak Cipta © 2026 MFI.
Semua hak terpelihara.
Dilarang menyalin, mengubah, merakam suara, atau menyiarkan semula tanpa kebenaran.



Jangan lupa follow page aku untuk cerita seterusnya.

Sebarang cadangan atau pendapat boleh komen dekat wall aku, tapi sebelum komen sila pastikan anda faham ini adalah cerita rekaan.

Terima kasih baca sampai habis. 🫡

Address

Kuala Lumpur

Telephone

0192759296

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MFI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share