08/01/2025
6 tips untuk mengembalikan pakaian yang luntur ๐
Pakaian merupakan keperluan asas manusia yang tidak hanya berfungsi untuk melindungi tubuh, tetapi juga menjadi bahagian penting dalam mengekspresikan identiti dan gaya hidup. Namun dalam pemakaian sehari-hari, salah satu masalah umum yang sering dihadapi adalah pakaian yang luntur. Pelunturan warna pada pakaian terjadi akibat pelbagai faktor seperti kualiti pewarna tekstil, kaedah mencuci yang tidak sesuai, atau paparan sinar matahari yang berlebihan.
Jadi di sini, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk mengembalikan warna pakaian yang luntur ianya senang dan anda boleh cuba sendiri di rumah.๐
1.BAKING SODA๐ซ Rendam pakaian ke dalam campuran detergen dan baking soda selama 15 minit. Setelah selesai, angkat dan cuci baju seperti biasa.
2.MSG ๐ง Cukup campurkan sedikit MSG dengan detergen Ketika mencuci pakaian. Kemudian, cuci seperti biasa.
3. CUKA ๐ถ Campurkan cuka dengan air panas, garam, dan detergen. Rendamkan pakaian ke dalam campuran air tersebut selama 15-30 minit. Setelah itu, kamu boleh cuci seperti biasa.
4. AIR PERAHAN LIMAU NIPIS๐โ๐ฉ Gosokkan potongan limau nipis ke permukaan bahagian luntur selama 5 minit. Diamkan sebentar, kemudian cuci baju seperti biasa. Air perahan limau boleh menghilangkan kekuningan pada baju putih.
5. CAMPURAN LEMON, GARAM DAN DETERGEN ๐ Perah lemon, kemudian gunakan pada campuran air rendaman baju. Untuk lebih berkesan, tambahkan detergen dan garam ke dalam larutan air rendaman tersebut. Bukan saja untuk baju berwarna malah bahan ini juga berkesan untuk menghapuskan kesan luntur pada baju putih.
6. BELIMBING BULUH๐ Potongan belimbing menjadi dua bahagian. Kemudian, gosokkan buahnya pada bahagian pakaian yang luntur dan diamkan selama 30 minit. Setelah itu, kamu boleh mencucinya dengan menggunakan detergen dan air.
Untuk mengetahui lebih banyak tips cepat follow Instagram kami di .kaftan dan like FB kami koulawa.kaftan untuk mengetahui pelbagai tips menarik !!!!๐๐ซถ