05/07/2026
Lima Ganjaran Melazimi Solat Tahajjud di Dunia.
1. π±πππ π«πππ πΊππππ π·πππππππ
Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;
Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.β
2.π«ππππππππππ π²ππππ π»ππππ π·ππ
π πΎππππ
Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam?
Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang?
Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya.
Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.
3.π«πππππππ πΆπππ πΊππππ π΄ππππππ
Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh Allah SWT.
Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun.
4.π·πππππππππ π«ππ π·πππππππππππ π΄ππππππ
ππππ π―πππππ (π²ππππππππππππ)
Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka.
Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah.
Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
5.π«ππππππππππ π²πππππππ π«ππ πΉπππππ (π―ππππ π
ππ π«ππππππππ)
Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya.
Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT.
Penutup
Menjadikan Solat Sunat Tahajjud sebagai rutin harian adalah langkah terakhir dan utama.
Walaupun solat ini merupakan solat sunnah, tetapi ia penting kerana dapat mendekatkan diri kepada Allah. Solat ini juga akan membuatkan kita mendapat pengampunan dari Allah atas dosa-dosa dan kesilapan setiap hari.
Allah SWT sangat mengasihi orang yang melaksanakan solat-solat sunat secara istiqamah.
Sumber: akuislam.com