Alfiz Vogue - Kopiah Al Azhar Original Mesir

Alfiz Vogue - Kopiah Al Azhar Original Mesir Menyediakan Kopiah Al Azhar Original Mesir yang asli untuk semua.

MAKNA WARNA KOPIAH AL AZHAR Alfiz Vogue - Kopiah Al Azhar Original MesirSegala puji bagi Allah Ta'ala yang menciptakan m...
18/01/2023

MAKNA WARNA KOPIAH AL AZHAR

Alfiz Vogue - Kopiah Al Azhar Original Mesir

Segala puji bagi Allah Ta'ala yang menciptakan mata serta mengurniakannya kemampuan untuk melihat. Dengan mata, kita dapat menikmati keindahan alam ini yang penuh dengan warna. Kita sering melihat warna.

Ada orang s**a warna itu dan warna ini. Ada orang sangat berhati-hati menentukan warna yang dipilihnya. Kesimp**annya, hidup kita dipenuhi dengan warna. Alhamdulillah, kita dapat menikmati dan menghayatinya dengan nikmat anggota yang bernama mata.

Tetapi mungkin tidak ramai yang tahu bahawa warna mengandungi rahsia dan isyarat yang tersendiri. Biasanya, isyarat warna hanya boleh difahami oleh orang yang berjiwa halus serta mempunyai citarasa yang mendalam.

Saya hanya sempat menyebutkan sebahagian warna sahaja yang mengandungi isyarat tersendiri. Ia adalah berdasarkan isyarat warna menurut perspektif kesenian Islam.

Warna emas membawa maksud petunjuk dan kehidupan kerana ia adalah warna cahaya matahari yang menjadi sumber petunjuk dan kehidupan. Pada zaman dahulu, ayat-ayat al-Quran ditulis menggunakan tinta emas sebagai isyarat bahawa al-Quran adalah sumber petunjuk dan kehidupan.

Warna biru p**a menunjukkan kebaikan dan rezeki kerana langit berwarna biru. Begitu juga laut. Kedua-duanya adalah sumber rezeki. Allah Ta'ala berfirman, mafhumnya:

Dia jualah yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda (kekuasaan) Nya serta menurunkan rezeki untuk kamu dari langit.. [Surah Ghofir: 13]

Allah Ta'ala berfirman lagi, mafhumnya:

Dan Dia jualah yang memudahkan laut (untuk dilalui) agar kamu dapat memakan daging segar (ikan) daripadanya serta mengeluarkan perhiasan (berupa mutiara) yang kamu pakai. Engkau juga dapat melihat kapal-kapal berlayar di atasnya.. [Surah an-Nahl: 14]

Warna putih menunjukkan kesucian dan kebersihan. Justeru, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam sentiasa menggalakkan pemakaian berwarna putih di samping memerintahkan supaya kain kafan juga berwarna putih kerana ia adalah lambang kesucian dan kebersihan. Seolah-olah memberi isyarat mayat yang dikafankan itu kembali menuju Allah Ta'ala dalam keadaan fitrah asalnya yang suci bersih.

Warna hijau melambangkan kemuliaan. Kerana itu, golongan Asyraf yang berketurunan Sayyiduna Husain 'alaihissalam memakai serban berwarna hijau sebagai lambang kemuliaan keturunan mereka.

Warna hitam membawa maksud kewibawaan dan kepimpinan. Dalam Bahasa Arab, hitam disebut sebagai aswad (ejaannya alif, sin, wau & dal). Daripada kalimah ini, dipecahkan menjadi kalimah su'dud (ejaannya sin, wau, hamzah, dal & dal) yang bermaksud kepimpinan.

Warna merah p**a menjadi lambang kegembiraan. Sohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma'ah, m***i Kerajaan Mesir pernah ditanya mengenai sebab para ulama' al-Azhar memakai kopiah berwarna merah yang dililit dengan serban putih, maka beliau menjawab,

"Warna merah melambangkan kegembiraan dan warna putih menunjukkan kesucian. Kerana itu para ulama' al-Azhar memakai kopiah merah berlilitkan serban putih bagi menzahirkan kegembiraan dengan ilmu mereka dan kesucian keperibadian mereka."

Setakat ini, itu sahaja yang dapat saya sebutkan di sini tentang isyarat sebahagian warna. Sekadar perkongsian bersama. Wallahu a'lam.

Credit by :

Humair,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr,
KAHERAH.

Anda sudah lama idamkan Kopiah Al-Azhar yang original dari kilang Mesir? Disini kami akan bantu anda untuk memilikinya d...
21/11/2022

Anda sudah lama idamkan Kopiah Al-Azhar yang original dari kilang Mesir?

Disini kami akan bantu anda untuk memilikinya dengan segera!

✅ Kopiah 100% Original dari Mesir.
✅ High Quality Material.
✅ Selesa dipakai serta tidak panas.
✅ Hasil buatan tangan.
✅ 7 warna pilihan menarik.
✅ Diimport terus dari Kilang Kopiah Graduan Universiti Al-Azhar
✅ Penghantaran ke seluruh Malaysia.
✅ Cash-on-Delivery (COD) diterima.

Nak tempah saiz custom untuk anak-anak kecil atau tiada saiz yang sesuai?

Nak tempah untuk guru-guru sekolah, graduan pengajian Islam dan pelajar-pelajar sekolah?

Semestinya boleh! Kami akan menyediakan servis terbaik kepada anda sehingga anda rasa sangat berpuas hati.
Berminat? Jom hubungi seller kami di bawah ini 😀

https://nak.info/KopiahAlAzharAlfizA1
https://nak.info/KopiahAlAzharAlfizA1
https://nak.info/KopiahAlAzharAlfizA1
https://nak.info/KopiahAlAzharAlfizA1
https://nak.info/KopiahAlAzharAlfizA1
https://nak.info/KopiahAlAzharAlfizA1

Mengapa beli Kopiah Al Azhar Original Mesir dengan Alfiz World?

✅ Dijamin berkualiti.
✅ Servis yang terbaik
✅ 100% Original Kilang Mesir.
✅ Sudah banyak menerima tempahan daripada maahad-maahad tersohor di Kelantan.
✅ Packaging berkualiti.

21/11/2022

Selamat pagi semua, semoga semua di bawah rahmatNya

20/11/2022

Selamat pagi semua... Alhamdulillah ramai sudah selesai melakukan tanggungjawab semalam.. Moga ada sinarannya

17/11/2022

Selamat pagi semua.... Semoga kita berada di bawah rahmatNya... Amin..

17/11/2022

Selamat malam semua... Malam ni malam Jumaat.

Penghulu segala hari. Jom perbanyakkan amalan untuk akhirat kelak.

17/11/2022

Selamat pagi semua..

16/11/2022

Selamat petang semua... esok khamis, digalakkan berpuasa sunat bagi mendapatkan ganjaran puasa dan sunnah Nabi SAW....

Address

Lot 8646 (Tingkat Bawah) Bandar Baru Apam Putra Mas, Lubok Jong Mukim Apam
Pasir Mas
17000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alfiz Vogue - Kopiah Al Azhar Original Mesir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alfiz Vogue - Kopiah Al Azhar Original Mesir:

Share