SDKCity.

SDKCity. THE NATURE CITY.

017 834 7484

AZIMAT PENDINDING ADALAH HARAM.JAUHI PERAWAT YANG MEMBERIKAN AZIMAT.Semalam saya bertemu dengan seorang kenalan yang men...
26/08/2026

AZIMAT PENDINDING ADALAH HARAM.
JAUHI PERAWAT YANG MEMBERIKAN AZIMAT.

Semalam saya bertemu dengan seorang kenalan yang menunjukkan kepada saya beberapa “barang pesakit” yang telah dirampas daripadanya. Barang tersebut merupakan azimat pendinding yang diberikan oleh seorang perawat kepada pesakit berkenaan.

Antara yang ditemui ialah gelang azimat, minyak wangi yang didakwa mempunyai kuasa perlindungan, serta patung kecil menyerupai jembalang yang disimpan di dalam kotak khas kononnya sebagai pelindung diri.

Perkara seperti ini bukan sahaja menyimpang daripada prinsip tauhid, bahkan membuka ruang kepada unsur syirik dan pergantungan kepada selain Allah SWT.

📚 Huraian Dalil Pengharaman Azimat

1. Larangan Umum Daripada Syirik

Allah SWT berfirman:

وَإِن يَمْسَسْكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُۥٓ إِلَّا هُوَ
“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada siapa yang dapat menghilangkannya melainkan Dia.”
(Surah al-An‘am: 17)

Ayat ini menegaskan bahawa segala manfaat dan mudarat hanya berada dalam kekuasaan Allah SWT. Menggantungkan perlindungan kepada objek seperti gelang, patung atau minyak tertentu adalah satu bentuk penyimpangan daripada hakikat tawakkal.

2. Hadis Larangan Memakai Tamimah (Azimat)

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
“Sesiapa yang menggantungkan tamimah (azimat), maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik.”
(Riwayat Ahmad)

Dalam riwayat lain:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
“Sesungguhnya jampi (yang syirik), azimat dan ilmu pengasih adalah syirik.”
(Riwayat Abu Dawud)

Para ulama menjelaskan bahawa tamimah ialah sesuatu yang digantung atau dipakai dengan tujuan menolak bala atau mendapatkan perlindungan. Jika diyakini ia memberi kesan dengan sendirinya, maka ia syirik besar. Jika diyakini sebagai sebab tanpa sandaran syarak, maka ia termasuk syirik kecil dan tetap haram.

Perawat yang membekalkan azimat sebenarnya sedang menjerumuskan pesakit kepada bahaya akidah. Bahkan dalam banyak kes, azimat tersebut menjadi medium gangguan yang lebih berat.

Kesimpulan

Azimat pendinding seperti gelang, minyak, patung atau apa jua objek yang diyakini mempunyai kuasa perlindungan adalah haram dan termasuk dalam kategori syirik.

Wallahualam

Azimat tersebut saya
ambil gambar sahaja

Asdainal sazmi II
Daie YADIM Sandakan
----------------------
Muallij Terapi Islam
An Nusrah Sandakan

🇲🇾 PESTA MERDEKA 2026 IS HERE! 🎉Anak skena, anak kalcer, kaki thrift, coffee hunters & collectors ini port kamu bah! 🔥Jo...
25/08/2026

🇲🇾 PESTA MERDEKA 2026 IS HERE! 🎉

Anak skena, anak kalcer, kaki thrift, coffee hunters & collectors ini port kamu bah! 🔥

Jom datang meriahkan lagi, support local dan raikan Pesta Merdeka 2026 sempena Ulang tahun MYDIN Sejati Ujana yang ke-7✨

🛍️ Local brands & thrift
☕ Street coffee
🎨 Creative handmade & accessories
🎮 E-Sports Cup
🧸 Hobbies, toys & collectibles
💃 Zumba & banyak lagi!

📅 25–31 Ogos 2026
⏰ 2PM–9PM
📍 MYDIN Sejati Ujana

Datang ramai-ramai bah, kita shopping, support local dan raikan semangat Merdeka! 🇲🇾✨


DUNIA BERGOLAK: APA KENA MENGENA DENGAN KITA?Dunia sedang berubah dengan pantas. Perang, krisis ekonomi, konflik kuasa b...
29/07/2026

DUNIA BERGOLAK: APA KENA MENGENA DENGAN KITA?

Dunia sedang berubah dengan pantas. Perang, krisis ekonomi, konflik kuasa besar, perubahan politik dan teknologi bukan lagi isu yang jauh. Cepat atau lambat, tempiasnya akan sampai kepada kita di Sabah.

Kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku dan bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan seharian kita, jangan lepaskan peluang mengikuti sesi perkongsian bersama Saudara Nasaie Ismail, penganalisis dan penulis buku.

1 Ogos 2026 (Sabtu)
7.00 malam – 9.00 malam
K'noffee, Skate Park Sandakan
Terbuka kepada semua & masuk percuma (cuma perlu beli minuman di K'noffee).

Jom hadir, dengar, bertanya dan berdiskusi. Bawa kawan, keluarga dan sesiapa yang mahu memahami dunia hari ini dengan lebih jelas. Sandakan perlukan lebih ramai orang yang s**a berfikir, bukan sekadar percaya apa yang lalu di media sosial.

Assalamualaikum semua. 🤲Kami memohon doa dan sedikit perhatian daripada sahabat-sahabat semua buat anak kami, Nur Aisyah...
22/07/2026

Assalamualaikum semua. 🤲

Kami memohon doa dan sedikit perhatian daripada sahabat-sahabat semua buat anak kami, Nur Aisyah Farhana yang baru berusia 18 hari.

Anak kami telah disahkan menghidap jantung berlubang dan kini memerlukan pembedahan segera di Institut Jantung Negara (IJN). Kos pembedahan dianggarkan melebihi RM60,000, satu jumlah yang amat besar buat keluarga kami.

Jika Allah menggerakkan hati anda untuk membantu, walaupun RM1, ia amat bermakna dalam usaha menyelamatkan nyawa anak kami.

Setiap sumbangan adalah satu sinar harapan buat kami.

Jika belum mampu menyumbang, kami mohon jasa baik anda untuk berkongsi hantaran ini agar lebih ramai dapat melihat dan bersama-sama membantu.

Mungkin dengan satu perkongsian, ia akan sampai kepada insan yang mampu menghulurkan bantuan.
Mohon juga doa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan, mengurniakan kesembuhan buat Nur Aisyah Farhana, serta memberi kekuatan kepada kami sekeluarga.

Semoga setiap kebaikan yang diberikan dibalas dengan rezeki, kesihatan dan keberkatan yang berlipat ganda. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. 🤲💙

MSSD SANDAKAN 2026Wearwithpride MY | LUMOS Production | SDKCity
15/07/2026

MSSD SANDAKAN 2026

Wearwithpride MY | LUMOS Production | SDKCity

🐾🏃 OYEN BORNEO RUN 2026 🏃🐾Jom Lari Bersama Oyen! Sihat, Ceria & Penuh Semangat!"Setiap Langkah Membina Ukhwah, Setiap Ki...
09/07/2026

🐾🏃 OYEN BORNEO RUN 2026 🏃🐾
Jom Lari Bersama Oyen! Sihat, Ceria & Penuh Semangat!
"Setiap Langkah Membina Ukhwah, Setiap Kilometer Mengukir Kenangan."

🔥 Bersedia untuk pengalaman larian yang penuh keseronokan bersama maskot paling comel, OYEN!

📅 Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕖 Masa: 7.00 pagi
📍 Tempat: SMK Tinusa, Sandakan
🏃 Jarak Larian: 5KM
💰 Yuran Penyertaan: RM30.00 sahaja
👥 Terhad kepada 200 peserta pertama!

🎁 Istimewa untuk 30 peserta terawal tiba di PENAMAT (Kategori Lelaki & Perempuan) akan menerima:
🔹Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga : Medal + Hamper + Sijil
🔹 30 orang terawal : Medal + Sijil
🔹 Peserta Lain : Semua peserta lain turut menerima Sijil Penyertaan.

🎉 Ayuh sertai keluarga, rakan-rakan dan komuniti untuk menikmati suasana larian yang menyeronokkan sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

📲 Daftar sekarang! Tempat adalah TERHAD dan pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja kuota 200 peserta dipenuhi.
📌 Pautan Pendaftaran:
🔗 JOM DAFTAR OYEN BORNEO RUN SMKT 2026

📞 Maklumat & Pertanyaan:
📱 Pn. Nor Aqidah – 019-9447974
📱 En. Thien Tze Fen – 016-8272690

💳 Bayaran Penyertaan:
PIBG (SMK TINUSA SANDAKAN)
Bank Simpanan Nasional (BSN)
No. Akaun : 1213829000003893

🐱 Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada OYEN BORNEO RUN 2026!

04/07/2026

Sandakan ada apa?

Jom Day Trip ke Bakungan Kecil & Selingan island.

Next trip 2/8 & 30/8 2026

PM admin 013 838 3916

Mem Umie Jalan Jalan Travel & Tour

27/06/2026

Rumah-Rumah Kuning 🟡
Kepercayaan ataupun adat suatu suku kaum disabah, dipercayai ia dibina atas dasar untuk berhubung dgn roh anak yang telah tiada. akibat keguguran.

Prinsip asas dalam Islam ialah Islam tidak menolak adat secara mutlak, bahkan mengiktiraf adat yang baik dan tidak bercanggah dengan syariat. Kaedah ini dirumuskan oleh para fuqaha melalui kaedah fiqh:

العَادَةُ مُحَكَّمَةٌ

“Adat (kebiasaan yang sah) boleh dijadikan sebagai pertimbangan hukum.”

Namun, pengiktirafan terhadap adat tertakluk kepada syarat bahawa adat tersebut tidak bercanggah dengan nas al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan prinsip-prinsip syariah. Sekiranya sesuatu adat mengandungi unsur syirik, khurafat, tahayul, pemujaan, kepercayaan terhadap kuasa selain Allah, atau membawa kepada perkara yang diharamkan, maka adat tersebut wajib ditinggalkan.

Dalil daripada al-Quran

Allah SWT berfirman:

وَخُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

“Jadilah engkau pemaaf, suruhlah dengan perkara yang makruf (baik menurut syarak), dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil.”

(Surah al-A’raf: 199)

Perkataan al-’urf dalam ayat ini merujuk kepada segala perkara yang diiktiraf baik oleh syarak. Ini menunjukkan Islam menerima adat yang membawa kepada kebaikan dan tidak bercanggah dengan hukum Allah.

syariat datang untuk merealisasikan maslahat dan menolak kerosakan. Oleh itu, adat yang mengandungi maslahat boleh diteruskan, manakala adat yang membawa kepada syirik, kezaliman atau kemungkaran hendaklah dihapuskan.

Sekiranya keluarga anda masih mengamalkan perkara ini maklumkan pada mereka "tidak boleh". Andai Anda tiada kekuatan utk menyampaikan, hubungi saya insha Allah bantu utk jelaskan berhikmah dan uruskan utk lupuskan.

Asdainal sazmi II
Daie YADIM Sandakan
----------------------
Muallij Terapi Islam
An Nusrah Sandakan
---------------------
Timb. Pengerusi
Rehab Hati Sabah

Address

LOT 1, BLOK A, TINGKAT 2, BANDAR PERDANA, BATU 7 Jalan AIRPORT
Sandakan
90000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SDKCity. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share