02/03/2021
TIPS PEMILIHAN TAYAR KERETA
1.Pastikan faham code sidewall tayar
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter)
2. Pastikan anda membelek tarikh tayar dikilang
Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh nombor 0811 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 08 tahun 2011 ( 0811 = Bulan Feb, Tahun 2011 tayar tu dikilangkan) dan tarikh expired tayar tersebut jatuh pada 08 tahun 2013...Dalam satu tahun lebih kurang ade 48 minggu -kalau tayar itu tulis 52 minggu jangan beli
3. Jenama tayar yang paling bagus
Jika untuk penggunaan biasa(bukan racing) tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah kira ok. Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre, jika mahukan yang lebih baik boleh cuba Continental,
Bridgestone,Toyo ataupun Michelin, tapi harga dia mahal sikit la.. Orang kata tayar cap briston bagus - smooth driving, tak bising sangat
4. Kenali jenis2 bunga tayar
Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim
5. Alignment & rotation tayar
Selalu jaga aligmentnya setiap 3/6 bulan & rotate tayar. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar
6. Tekanan angin tayar
Tekanan angin tayar untuk kerete 1.3 cc & 1.5 cc tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa ..contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. (Standard Gen.2 r waja)Tayar depan letak 210/3o.Tayar belakang 190/29. kalo kereta kancil rasanya around 180-200 kpa.Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa.
Harap dapat manfaat kepada semua. Jangan lupa like and share guys.