03/10/2022
4 Tips Pemilihan Tudung
1.Jenis Tekstur
Sebelum membeli, pastikan anda pilih jenis tekstur yang bagus bagi memastikan keselesaan. Chiffon mempunyai tekstur yang ringan, lembut, dan beralun. Ramai yang meminati tekstur ini kerana sesuai untuk gaya tradisional dan moden. Kain satin p**a menjadi pilihan sesetengah pengguna yang menggayakan tudung bercorak licin. Kasa sesuai untuk pengguna yang meminati penggayaan mudah dan ringkas. Selain itu tekstur sutera dan lycra (bergetah) juga digalakkan.
2. Warna yang Sesuai
Elakkan pemilihan warna tudung yang gelap dan suram jika anda hendak nampak muda. Corak sebegini sesuai jika hendak nampak lebih matang. Selain itu, jangan pakai tudung dan baju yang warnanya sama. Pilih tudung yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru, digandingkan dengan warna baju yang pudar, supaya dapat tonjolkan penampilan yang ceria dan Muslimah yang berkeyakinan tinggi.
3. Corak tudung
Tudung yang coraknya kabur sedikit dan tidak tertumpu susunanya, mendekati sekeliling wajah pemakai, adalah pilihan yang baik. Jika hendak memakai tudung yang mempunyai kaki (border), pastikan ia dijahit, mengelilingi bahagian hujung tudung supaya nampak kemas. Pastikan tudung di bahagian kepala nampak luas dan tidak berselerak kedudukan corak.
4. Kesesuaian tudung
Tudung dan baju yang coraknya sama, misalnya, corak bunga-bunga yang besar, tidak patut dikenakan kerana badan pemakai akan nampak besar dan comot. Jika baju anda berbunga, pilih tudung yang coraknya tak seberapa. Contohnya, pemakaian corak batik, cantik dipadankan dengan baju atau blaus yang tidak bercorak. Perbezaan corak dan warna amat mempengaruhi pemilihan rona pastel yang memukau, membuatkan gaya anda anggun,elegan dan eksklusif.