22/06/2023
Jenis Kain yang Mungkin Korang tak Pernah Dengar atau Jarang Dengar.
1) JACQUARD
- Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain. Jacquard ni berkilat dan licin. Ramai yang s**a kain jenis ni sebab shining and colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit.
2) CREPE
- Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist iaitu benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas.
3) RAYON
Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut.
4) KAIN ORGANZA
Secara mudahnya, kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang s**ar dan nipis. Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti polyester atau nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza. Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin.
Ni antara jenis-jenis yang jarang didengari atau tak pernah tahu pun oleh orang ramai. Kalau nak tahu lagi benda-benda yang menarik macam ni, jom follow Carah.Co