17/12/2023
CARA ELAK STOKING HILANG 🧦
Hai. Kamu semua selalu hilang stoking? Beli hari ini, lepas 2 minggu hanya tinggal sebelah sahaja. Yang sebelah lain dah hilang. Selalu jadi seperti itu? Hari ini Kaki Kusyen nak kongsi cara elakkan stoking hilang.
Asingkan basuhan stoking dengan pakaian yang lain.
Fabrik stoking sebenarnya tidak sama dengan fabrik pakaian lain seperti baju dan seluar. Fabrik stoking lebih nipis jika dibandingkan dengan fabrik lain yang menyebabkannya mudah rosak. Jadi asingkan basuhan stoking dengan basuhan pakaian lain. Bukan sahaja dapat mengelakkan stoking cepat rosak malahan dapat mengelakkan stoking daripada hilang.
Gulung pasangan stoking selepas guna.
Amalkan setiap kali mencabut stoking, gulung kan kedua-dua pasang stoking sebelum meletakkannya di dalam bakul pakaian kotor. Ia bagi memastikan kedua- dua pasang stoking ada di tempat yang sama setiap masa dan mengelakkannya dari hilang.
Lipat stoking dengan baik mengikut pasangannya.
Kadangkala kita selalu mencampurkan kesemua stoking dalam satu bakul atau bekas selepas dikeringkan. Ia boleh menyebabkan stoking bercampur dan hilang jika tidak dijaga dengan betul. Melipat stoking dengan betul dapat memastikan stoking sepasang di dalam almari.
Selain dapat mengelakkan stoking hilang, almari pakaian juga akan nampak lebih teratur.
Mudah bukan? Jadi jangan tunggu lama-lama. Ilmu yang baik perlu dikongsi bersama. Tekan butang s**a dan kongsikan bersama kawan-kawan anda. Jangan hilangkan stoking lagi!!
Follow & like untuk tahu info lebih lanjut dan juga tips 😁
Jihah : https://wa.link/50ihl0
Wani : https://wa.link/y0nlb2