HiT Barber

HiT Barber Men's Grooming Place.
‘Trend Bermula Disini’
(2)

HIT-BARBER 2017 merupakan program khusus bagi usahawan bumiputera yang dirangka bagi melahirkan usahawan yang berdaya saing dan berpotensi untuk mengembangkan perniagaan keperingkat yang lebih tinggi di dalam Industri.

12/01/2026

Semi Final GV- Hair by HiT Barber

10/01/2026

Gegar Vaganza 12 Minggu Ke-10 (suku akhir) terus menjadi platform pendidikan industri yang signifikan buat pasukan HiT dalam bidang penggayaan rambut profesional.

Pasukan HiT Barber yang hadir:
Aman – Head Educator, HiT KL
Margon – Educator, HiT Kangar, Perlis
Deq Mat – HiT Barber Classic Kangar, Perlis
Hamzi – HiT Barber Classic Changlun, Kedah

Melalui program Penggayaan Rambut Bersama Industri, pasukan HiT didedahkan secara langsung kepada keperluan sebenar dunia media dan penyiaran, termasuk penggunaan produk yang sesuai untuk siaran, teknik penggayaan rambut dalam resolusi HD, serta tatarias yang menepati keperluan kamera dan pencahayaan.

Pendedahan ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran profesional pasukan, malah menjadi nilai tambah kepada perkhidmatan di outlet HiT usahawan. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam operasi harian perniagaan, sekali gus memperkukuh kualiti servis, keyakinan pelanggan dan daya saing jenama HiT.

Selain aspek teknikal, program ini turut membentuk komunikasi profesional, ketrampilan diri, disiplin kerja, pengurusan acara serta jaringan bersama industri hiburan tanah air.

Terima kasih kepada Astro dan Gegar Vaganza kerana terus menyediakan ruang eksklusif ini sebagai medan pembelajaran industri sebenar untuk pasukan HiT.

————————————————
Gegar Vaganza Season 12 – Week 10 (quarter final) continues to serve as a valuable industry education platform for the HiT team in professional hair styling.

HiT Barber team on site:
Aman – Head Educator, HiT KL
Margon – Educator, HiT Kangar, Perlis
Deq Mat – HiT Barber Classic Kangar, Perlis
Hamzi – HiT Barber Classic Changlun, Kedah

Through the Industry Hair Styling Programme, the team gains direct exposure to media and broadcast standards, including product usage, HD hair styling, on-camera grooming, professional communication and event discipline.

This experience enhances professional skills while adding value to HiT outlets, allowing entrepreneurs to elevate service quality and customer confidence through industry-level expertise.

Thank you to Astro and Gegar Vaganza for providing this exclusive learning platform.








08/01/2026

Program Gunting Rambut Percuma Sempena Sesi Persekolahan 2026

Tarikh: 4 Januari 2026
Tempat: Dewan Shariff, Pangkalan TLDM Lumut
Masa: 10.00 pagi – 4.30 petang

HiT Barber Classic Lumut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi atas jemputan untuk turut serta menjayakan program ini yang dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Diraja Dr Zambry bin Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, dan diiringi oleh Tuan Haji Mohd Rafiq bin Mohd, Pegawai Khas Menteri Besar DUN Pangkor.

Program ini menyasarkan khidmat gunting rambut percuma kepada seramai 350 orang pelajar terdiri daripada anak-anak anggota TLDM Lumut sebagai persiapan menyambut sesi persekolahan 2026.

Seramai 30 orang barber telah terlibat, diketuai oleh Saudara Ady Shahputra, pemilik dan pengurus HiT Barber Classic Lumut.

Terima kasih juga kepada penganjur bersama:

• Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan
• Kolej Komuniti Malaysia

Satu pengalaman bermakna buat kami. Semoga anak-anak anggota TLDM melangkah ke sekolah dengan penuh semangat dan keyakinan.





Salam mesra buat semua wanita Temerloh, Pahang.HiT Stylista Temerloh merupakan salun wanita di bawah rangkaian HiT yang ...
07/01/2026

Salam mesra buat semua wanita Temerloh, Pahang.

HiT Stylista Temerloh merupakan salun wanita di bawah rangkaian HiT yang menekankan standard profesional dalam penjagaan dan penggayaan rambut. Setiap perkhidmatan dilaksanakan berdasarkan teknik, pengetahuan dan amalan terbaik industri salun.

Salun ini menyediakan pelbagai perkhidmatan rambut merangkumi potongan, rawatan dan penggayaan mengikut trend semasa, dengan penekanan kepada kesesuaian, kesihatan rambut dan hasil yang kemas. Pendekatan kerja adalah berstruktur, konsisten dan selari dengan identiti rangkaian HiT.

Dikendalikan oleh Nadia bt Ridzuan, HiT Stylista Temerloh dilengkapi dengan fasiliti yang selesa, peralatan lengkap serta pasukan stylist yang berketrampilan, menjadikannya pilihan sesuai untuk wanita yang mementingkan kualiti dan profesionalisme.

Jom ke HiT Stylista Temerloh!

📍 No. B2 Bawah, Arked MARA Temerloh, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh, Pahang

Google maps : https://maps.app.goo.gl/wnMZZVTJ38JLkhX16?g_st=ic

📞 019-640 4616

—————————————————————

HiT Stylista Temerloh is a women’s hair salon under the HiT network, offering professional hair care and styling services.

With a comfortable space, skilled stylists and structured service standards, every treatment is delivered with consistency and quality.












































































31/12/2025

Semoga tahun yang mendatang membawa lebih banyak peluang, kejayaan, dan kecemerlangan buat semua Usahawan HiT Barber dan HiT Stylista.

Tahun 2026: Lebih Prosperity & Lebih Profitability
YBhg. Dato' Zulfikri bin Osman
Ketua Pengarah MARA.




Alhamdullilah, penutup 2025, Billboard Hair in Trend (HiT Barber dan HiT Stylista) di Negeri Perlis.Warga Perlis jom dtg...
29/12/2025

Alhamdullilah, penutup 2025, Billboard Hair in Trend (HiT Barber dan HiT Stylista) di Negeri Perlis.

Warga Perlis jom dtg untuk mendapatkan perkhidmatan potongan dan dandanan rambut dari cawangan-cawangan berhampiran dengan anda:-

1. HiT Barber Kangar
2. HiT Barber Classic Kangar
3. HiT Barber Classic Simpang Ampat
4. HiT Barber Classic Arau
5. HiT Barber Classic Padang Besar
6. HiT Stylista Kangar
7. HiT Stylista Bandar Kangar
8. HiT Stylista Beseri











29/12/2025

Minggu ke 8 - Gegar Vaganza 12,

Pesona Tatarias Rambut oleh team Hair in Trend

Aman - Head Educator/HiT Barber KL
Nash- HiT Barber KL
C**a - HiT Stylista Kangar
Amirah - HiT Stylista Sg Petani





25/12/2025

The hair & styling for GV12 Week 7 was crafted by our HiT Team:

Aman (KL), Margon (Kangar), Erin (Ayer Itam), and Nadia (Temerloh).






Salam warga Selama, Perak.HiT Barber Classic Selama telah beroperasi dan menjadi pilihan bagi pelanggan yang mahukan pot...
23/12/2025

Salam warga Selama, Perak.

HiT Barber Classic Selama telah beroperasi dan menjadi pilihan bagi pelanggan yang mahukan potongan rambut lelaki yang kemas, bersih dan konsisten.

Di sini, fokus diberikan kepada hasil potongan yang teratur, mudah diurus dan sesuai dengan gaya semasa, dilakukan menggunakan teknik barber yang betul serta kemasan yang rapi. Pendekatan kerja yang kemas dan berdisiplin menjadi keutamaan kami.

Di bawah kendalian Muhammad Ammar Azim, HiT Barber Classic Selama mengekalkan standard perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan.

Jom ke barbershop kami!!!

—————————————————————

Greetings to the Selama, Perak community.

HiT Barber Classic Selama has been operating and continues to serve customers who value clean, neat and consistent men’s haircuts.

The focus is on structured cuts that are easy to maintain and suitable for everyday wear, delivered using proper barbering techniques with clean finishing.
Attention to detail and disciplined workmanship remain a priority.

Managed by Muhammad Ammar Azim,
HiT Barber Classic Selama maintains reliable and professional service standards.

Google maps : https://share.google/iSzayf4kpdhORmkeG

📞 011-5958 8027

HiT Barber Classic Selama -
clean cuts, well-executed work.











































































Tahniah Naufal - HiT Barber Bas Ipoh.‘Kasih dan Doa Ibu mengiringi langkah, menjadikan setiap usaha penuh keberkatan’.
22/12/2025

Tahniah Naufal - HiT Barber Bas Ipoh.

‘Kasih dan Doa Ibu mengiringi langkah, menjadikan setiap usaha penuh keberkatan’.

Ibu pendorong Naufal hidupkan Hit Barber Bas Ipoh mengusahakan perkhidmatan gunting rambut dalam bas menerusi Hit Barber Bas Ipoh

Address

No. 1, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HiT Barber posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share