23/07/2019
tips untuk hilangkan selesema untuk baby dan kanak - kanak bawah 2 tahun
1. Garlic Steaming / Steam Bawang Putih
- Ambil sebesen air panas dan masukkan beberapa bawang putih yang telah diketuk ke dalam besen
- setelah di masukkan, air panas yang mengeluarkan wap tu berbau bawang putih
- pastikan baby dibedung /kanak-kanak di balut dengan kain atau selimut untuk memastikan tidak meronta
- telangkupkan baby dan halakan muka baby /kanak- kanak ke wap bawang putih(jangan terlalu direct/tepat sangat. tepi-tepi pun cukup). bahagian ni kena jaga- jaga sebab bahaya air panas ye. pegang anak betul-betul.
- tepuk belakang anak secara perlahan- lahan.
- nanti hingus akan keluar, dan boleh la lapkan hingus dengan tisu atau tuala
- Boleh lakukan selama 15 minit atau sehingga anak rasa selesa dan hingus berkurangan.
Melalui cara ini, nanti kahak dan hingus akan keluar dengan banyak melalui hidung. Jangan panik ok!
Untuk pengetahuan semua, bawang putih mempunyai antibiotik semulajadi yang boleh membunuh bakteria selesema dan batuk
2. Minyak bawang putih
- Minyak bawang putih boleh buat sendiri dengan membakar 2/3 ulas bawang putih sehingga hitam dan kemudian dilenyekkan dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian boleh letakkan sedikit minyak masak/ minyak zaitun minyak kelapa/minyak jenis lain.
- nak beli pun boleh. kalau dekat luar saya beli dekat farmasi yang macam bentuk minyak ikan tu dan saya pecahkan untuk dapatkan minyaknya.
- sapu minyak bawang putih ni dekat dada, kedua-dua tapak kaki, tulang belakang dan batang hidung
- waktu malam, pakaikan stokin selepas sapukan minyak sebelum tidur.
tips: boleh cuba sikit- sikit untuk tengok keserasian takut ada kesan sampingan. kadang sesetengah anak tak tahan
3. Kunyit Hidup
- Kunyit hidup diasah atau disagat sehingga keluar airnya.
-Air kunyit sapukan ke batang hidung dan dahi
-boleh juga disapukan di dada dan tulang belakang
Kunyit juga adalah antibiotik semulajadi yang membantu melawan penyakit selesema.
4.Penyusuan kerap
-Jika anak masih menyusu badan, kerapkan susu anak yang selesema. Khasiat susu ibu memang jelas terbukti dapat membantu bayi/ kanak-kanak untuk melawan penyakit.
-Sifat susu ibu yang bertindak sebagai imunisasi anak untuk melawan penyakit ternyata dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan selesema.
5. Bawang merah
- Tumbuk bawang merah . Letakkan berhampiran tempat tidur bayi/ kanak kanak sewaktu tidur
6. Nasal spray
- Yang ini boleh didapati di mana- mana farmasi dan klinik. Selalunya doktor memang akan suggest untuk guna spray ni untuk anak yang kena selesema bawah 2 tahun.
- Nasal spray ni ialah semburan berasaskan air laut semulajadi yang telah diproses.
- Caranya mudah hanya baringkan anak, masukkan muncung spray ke dalam hidung anak,
-Tekan dan spray ke dalam hidung anak, biarkan dalam 30 sec dan sedut guna penyedut hingus
- sembur ke dalam lubang hidung sebelah lagi.
7. Air garam
-Larutkan garam dalam air
- Sapu air garam ke batang hidung dan dada anak
8. Daun sireh
- Caranya layurkan daun sireh atas api sampai layu.
-Kemudian tunggu daun tu jadi suam dan tekapkan daun sireh tersebut di atas dada anak.
9. Jangan basahkan rambut anak
- setiap kali mandi ketika selesema jangan basahkan rambut.
-Bila basahkan rambut, selalunya selesema akan jadi lagi teruk.
10. Suhu sekeliling
- Ketika anak mengalami selesema, elakkan memasang penghawa dingin terlalu
kuat dan memasang kipas terlalu kuat.
-Kalau suhu terlalu sejuk, ini akan menyebabkan selesema anak bertambah teruk dan hidung anak cepat tersumbat
11. Penggunaan balm CF Rub Tasneem Naturel
- Dengan penggunaan balm CF Rub Tasneem Naturel, ia membantu mengurangkan selesema, batuk. Selain itu, ia dapat membantu mencairkan kahak, melegakan asma dan mengurangkan suhu badan anak bila demam
- Cara penggunaannya hanya sapukan balm tersebut ke dada, tapak kaki, tulang belakang serta hidung.
-Cf Rub Tasneem Naturel ialah bebas paraben, sls, bahan pewarna. Bahan- bahan di dalamnya menggunakan pati essential oil bermutu tinggi.
- Mendapat kelulusan KKM kerana menggunakan bahan semulajadi , balm ini adalah mesra bayi kerana penggunaan balm ini tak panas, tidak melekit malahan wangi.
Satu balm hanya berharga RM 49 sahaja tapi dengan pembelian melebihi satu unit, harga menarik menanti anda!!!
dan boleh bertahan selama 1 tahun selepas dibuka.
Saya adalah agent Tasneem Naturel, oleh itu sesiapa yang berminat nak mencuba Cf Rub ini boleh terus whatsapp di talian 📱
www.wassap.my/60125959434/cfrubthroughblog
⭐️COD available 🚗🚗
⭐️postage seluruh malaysia 📦📦
Diharapkan dengan tips dan petua di atas dapat lah sedikit sebanyak membantu para parents diluar sana!!!