Minyak Herba Asmak by www.normariyah.com

Minyak Herba Asmak by www.normariyah.com Agen sah Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn. Bhd. Memastikan anda menerima produk yang original. Memberi

Ada sorang makcik tu. (Makcik la. Sebab tua dari Saya 20 tahun lebih)Dia tegur.Ish ish..... kesiannya, makan dalam bekal...
10/10/2021

Ada sorang makcik tu.
(Makcik la. Sebab tua dari Saya 20 tahun lebih)
Dia tegur.

Ish ish..... kesiannya, makan dalam bekal ja.. 2 petak plak tu!

Cara dia cakap tu seolah mcm bekal tu menjengkelkan.

Adudu..... Mcm tu pun ada.
Bawa bekal maksudnya masak di rumah. Kan sihat tu.

Kalau dah terbiasa bawa bekal dari kecik. Xkisah org nak cakap Apapun

Benda baik belum tentu org Terima kan?

Jom bermadu

Madu halia sentiasa menjadi rebutan. Kalau yg badan berangin tu. Sesuai sgt.

Pastu lawas kentut. Alhamdulillah. Kalau angin xkeluar pun. Sakit badan uuuuui

Parenting p**ak yukkkk........
07/10/2021

Parenting p**ak yukkkk........

Mendengar perkataan yang kurang enak yang dilontarkan ibu bapa kepada anak-anak kecilnya,
Belum lagi campur dengan nada tinggi, berbaur ancaman, jeritan pekikan,
tidak dapat dibayangkan bagaimana anak-anak ini
membesar, bertumbuh.....secara sihat dalamannya....

Fizikal mereka tumbuh membesar,
dalaman, mungkin emosi tertentu semakin membesar (marah, keliru, marah, takut, rasa bersalah)
dan pastinya keyakinan diri sebenarnya semakin mengecil,
dan itulah yang menjadikan mereka seorang yang semakin keras dalamannya (atau luarannya), dan kurang empatinya mereka.

Aduh, marilah kita berusaha menutup mulut dan urus emosi kita ya.

🌈Sabar dan kuatkan kesabaran,
πŸ’Hamburkan rasa-rasa tak enak itu kepada saluran lain yang lebih selamat seperti membasuh, mencuci, bersenam dsb....
πŸ’ Bajai lah mereka dengan secukupnya layanan baik, menyantuni mereka sebaiknya (VIP dipinjamkan oleh Allah kepada kita), kata-kata doa yang yakin kepada kemampuan mereka bertingkahlaku baik seperti kita dambakan....

Moga anak kita tumbuh di taman syurga rumah kita yang baik persekitarannya, insyaAllah.

Care,
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan

Https://ebook.hypnoscript.cc

Pagi pagi ni apakata cuba turbocharge otak. Masukkan 3 sudu greek yogurt, satu sudu madu dan 10 biji blueberry. Tambah p...
29/09/2021

Pagi pagi ni apakata cuba turbocharge otak. Masukkan 3 sudu greek yogurt, satu sudu madu dan 10 biji blueberry.

Tambah p**a dengan sebiji pisang untuk tingkatkan hormon serotonin.

Kalau nak naikkan metabolisme tubuh bolehlah cuba greek yogurt plain. Dalam GY ni ada probiotik. Penting untuk otak kedua manusia iaitu usus.

Selain probiotik GY kaya dengan kalsium, protein, iodine dan Vitamin B12.

Yang ramai akan s**a ialah bab kenyang. Kajian sebut ambil GY sebabkan kita rasa kenyang lebih lama. Kurangkah sikit tendency nak makan dan berkudap.

Kajian tahun 2016 dalam jurnal Nutritional Neuroscience oun menarik. Kajian sebut mereka yang ambil 100g GY yang ada probiotik sehari dapat:

1. Redakan stres
2. Kurang depression
3. Turunkan anxiety

Madu p**a kaya dengan anti oksida seperti flavonoids. Dalam jurnal Agricultural & Food Chemistry tahun 2003 p**a sebut nilai anti oksida akan naik dalam darah.

Anti oksida ini p**a dikaitkan dengan turunnya risiko serangan jantung, strok dan beberapa jenis kanser.

Yang ada tekanan darah tinggi mesti s**a ambil madu. Sebab dikaitkan dengan turunnya tekanan darah tinggi.

Ini kajian dari USM tahun 2012 yang ada dalam jurnal Oxidative Medicine and Cellular Longevity.

Bolehlah cuba.

credit to Dr Rizal Abu Bakar.


Saya dah pernah buat.tapi xde berry la..😜😜sedap.Best. anak pun s**a.

Sakit kaki boleh letak minyak herba asmak.Sakit di hati nak letak apa?πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…Sesekali. Jom belajar Cara nak attach anak den...
26/09/2021

Sakit kaki boleh letak minyak herba asmak.

Sakit di hati nak letak apa?πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Sesekali. Jom belajar Cara nak attach anak dengan betul. Tukar ayat je.
Xmudah jugak. Tapi kalau selalu buat. Xsusah mana pun.

Kita Bimbang Ayat Kita Akan Menjadi Toksik, Apabila Kita Ter'Banding'kan Anak Kita dengan Adik Beradik Dia:

Tukarlah ya.

Dulu:

"Tengok adik tu, pandai dah dia masuk cawan ke sinki, abang tu selalu sepahkan cawan minuman ...." (bebel dan banding)

(sesuatu yang abang tak buat dengan bagus (kita mahu abang buat) dan adik p**a memang diperhatikan boleh buat dengan baik p**a, sebab ekspektasi kita, bila dah diajar perlulah boleh buat dengan baik, kan.

Kita niat nak gerakkan abang lah, maka sengaja bandingkan atau ter sebut adik sebab itu depan mata.

Maka kita mula berfikir ayat bagaimana sebaiknya? Ini pilihan lebih baik.

Tukar kepada:

"Wah adik terus letak cawan dalam sinki, baguslah macam ni, mudahkan Mama kan"

(puji tingkahlaku anak yang buat betul, di hadapan orang lain, perlu segera bukan tangguh, dan secara tak langsung yang tak buat: si abang, akan terdorong juga nanti).
Boleh?

Situasi 2, dengan kanak-kanak lain bukan adik-beradiknya yang sama usia, seperti anak kawan kita, atau jiran, atau kawan si anak.

"Anak kawan Mama tu umur macam abang juga dah 9 tahun tapi solat dia elok sangat tak main-main macam abang" (Banding tingkahlaku sama dengan kanak-kanak lain sama usia).

Ni memang menghiris hati, sebab anak orang tu kita tak tahu experience dan latihan dia di rumah orang, kan, ibu ayah nya bagaimana,

Taknak nanti secara tak langsung anak juga akan banding mak dia dengan mak lain p**a nanti:

"Mak dia cakap elok-elok aja tak pernah jerit jerit, Mama saya p**a selalu marah-marah (contohnya)".

Maka bagaimana?

Boleh tukar kepada, mungkin:

"Abang, solat aja elok-elok, malaikat catat, Allah nampak, tahun depan dah nak 10 tahun, perlu lebih baik ok".

Kita ingatkan diri, niat yang baik, disusuli perkataan yan gbaik.
Buat ya.

Care,
Maznah Ibrahim.

Join telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak di :

T.mazn.me/chan

Mari dapatkan Ebook hypnoscript untuk perkataan yang lebih baik:

https://hypnoscript.cc

aromatherapy oil sapu di kepala kalau sakit kepala.Sakit kepala dgn karenah anak2. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…Macam tula......
22/09/2021

aromatherapy oil sapu di kepala kalau sakit kepala.

Sakit kepala dgn karenah anak2. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Macam tula......

KITA TAKKAN SABAR SEHINGGA KITA FAHAM KENAPA DAN UNTUK APA KITA SABAR....

Allah As Sobuur Tahu kenapa kita diuji sebegitu,

Bila kita tahu kita diuji dengan emosi tertentu terutama cepat marah, tak boleh menunggu, dan lain-lain,
Ia sebenarnya petanda kita sedang dilatih untuk jadi lebih SABAR,
Dan ia tentulah ntuk kebaikan diri kita sendiri.

Kita takkan jadi ibubapa lebih SABAR sehingga :

🌈 Kita kenal anak, kenapa anak menguji kita sebegitu? atau sebenarnya melalui anaklah kita diuji emosi sekian sekian untuk jadi lebih yakin dan sabar. Bukan sebab anak, tapi lebih kepada untuk kita. Contoh anak sedang fasa autonomi dan ego, maka banyaklah dia tak faham dan buat salah berulang. Ia normal untuk usia itu. Sabar dan tegur berhemah aja usia 3 nanti oklah dia insyaAllah.

🌈 Kita kenal diri (kenapa kita marah-marah, apa sensitiviti kita, puncanya apa) dan usahalah cegah atau atasi/selesaikannya. Penting kenal diri ini. Kadangkala sekecil-kecil sebab trigger adalah dari minda separa sedar dari pengalaman peribadi serta ekspektasi sendiri yang kita tetapkan. Berubahlah, jadilah lebih relaks, dan fleksibel sedikit jika perkara itu tidak mendatangkan mudarat besar. Contoh kita jenis pengemas, berSOP, kita tak boleh rumah sepah, adakanlah SISTEM untuk kemas cepat oleh tentera kecil (anak-anak) semua.

🌈 Kita faham kenapa perilaku SABAR/ MENAHAN MARAH itu amat penting untuk diri kita sendiri dan apa sumbangannya ke dalam perkembangan dan hidup anak kita. Ia penting untuk hidup kemudian kita juga nanti, tua kita nanti, generasi kita nanti. Kini - Beri kesan kemudian. Contoh kita sedar kita cepat marah sebab mak/ayah atau atok kita stail sama, kita taknak ia berterusan ke anak cucu kita p**a kan. Jadilah pemula. Pasti boleh.

Ha... basically:

5 CARA SEGERA UNTUK TAHAN MARAH KEPADA ANAK:

1️⃣ Ketapkan bibir, tahan jangan bercakap apa-apa (NONVERBAL)
2️⃣ Menunjukkan wajah tak s**a (serius, marah) dengan perilaku anak (tidak bersuara) (NONVERBAL)
3️⃣ Tarik nafas dalam-dalam sekurangnya sekali (FISIOLOGI NONVERBAL)
4️⃣ Pergi dari situ dan buat kerja fizikal (GUNA TANGAN DAN KAKI SECARA SELAMAT)
5️⃣ Pergi dari situ untuk akses air – samada minum air, ambil wudhu’, mandi laju-laju.

*Ini untuk beri anak tidak kena tempias lahar gunung berapi anda.

*Setelah tenang, perlu lah bercakap dengan anak dengan jelas apa yang anda tak s**a tadi.

*Kadangkala biarkan seketika situasi yang buat marah tu, anak dan situasi akan selesai sendiri (contoh gaduh adik beradik).

Hidup ini ada indahnya bukan semua buruk aja... pandang dari sudut kebaikan dan kesyukuran selalu. Ujian pun memang sebahagian dari pembentukan personaliti diri kita, dan untuk tingkatkan darjat kesabaran kita.

Refleksi Diri,

CARE ,
MAZNAH IBRAHIM

* Sharekan dengan rakan anda untuk sama-sama berkongsi tips ini.

* Join telegram channel saya untuk sentiasa dapat input parenting dan psikologi anak di : T.mazn.me/chan

* Siap sedia peserta Webinar EQ Anak Penting, Webinar Lanjutan malam ini, nota tambahan semua sudah di upload ke sistem webinar live kita, jumpa malam nanti ya 😍😍😍. Kita ceria-ceria aja dengan teknik release emosi anak ini, sebab kita juga confirm akan release hehehe.

* Jika ada mahu join, sempat lagi di sini:

https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=fp9

Mop lantai dengan eo citronella.Esoknya.Ada budak kecik kata.Eh! Semut dah xde la.....Yes! Menjadi formula Umi.Serai wan...
07/09/2021

Mop lantai dengan eo citronella.

Esoknya.
Ada budak kecik kata.

Eh! Semut dah xde la.....

Yes! Menjadi formula Umi.
Serai wangi.
Memang wangi

Semalam sebelum tidur. Diffuse eo  asmak. Baru ambik fresh dari ladang.🀭🀭Diffuse *Citronella* aka serai wangi dekat bili...
02/09/2021

Semalam sebelum tidur. Diffuse eo asmak. Baru ambik fresh dari ladang.🀭🀭

Diffuse *Citronella* aka serai wangi dekat bilik anak2.

Sebelum ni ada nyamuk bilik depa.
Tok batin complain bau mcm minyak angin. Hahaha. Dulu2 memang banyak kan minyak angin yg Ada serai wangi, balm la,mcm2.🀣🀣🀣

Lepas tu kakak kata. Umi lipas keluar.
Ha..... Tudia.... Pakat berjerit hampa.πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»

Serai wangi salah 1 Cara nak halau serangga.
Bau pun sedap.
Ala2 bilik org berpantang. Dan Dan rasa bestnya....mcm nak Ada baby lain ehπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Maaf no.merapu ja.sekali sekala....

Vaksin dos ke Dua ni. Rasa mcm dalam dunia tipu2. Sehari ok. Esoknya collapse.Sehari ok. Esoknya tido.Masih amalkan haba...
02/09/2021

Vaksin dos ke Dua ni. Rasa mcm dalam dunia tipu2. Sehari ok. Esoknya collapse.
Sehari ok. Esoknya tido.

Masih amalkan habatusaudak Dan madu. At least xseteruk Masa dos 1. Kdg2 ambik. Panadol Dan calcium.

Kelmarin ok.g sekolah setelkan apa yg patut utk vto minggu depan straight.
Hari ni. Bertahan utk setelkan kerja PDPR Dan PDPR anak2.. Pastu tido. Hibernate. 8 jam direct. Pstu padam. Mlm baru bgun. Anak dah nak tidur.

Pastu makan anak2 mcm Mana? So kakak 7 tahun masakan.
P dapur tgk ada Mee kering tu.
Dia masak megi sup.
Nampak la periuk yg dia celur Mee kering. Periuk yg dia masak kuah sup.

Means ada idea untuk memasak complete utk dia dan adik2 mkn. Ada nasi tapi xmakan.

Wajar kalau semua mak2 ajarkan anak2 skill memasak n buat kerja rumah.
At least Bila emergency mcm ni. Mereka masih boleh berdikari.
Xtau la Dua dtg kejut atau x. Tapi memang xterjaga. Padahal suara budak2 tu bila main. Mcm pasar mlm. Tu belum kes nangis atau jerit lagi.😁😁😁

Mak anak 3.
πŸ‘ΆπŸ‘§πŸ‘¦

MHAM ada keluarkan essential oil 8 jenis.Best best ni.🌟Harga berbaloi.🌟Mampu milik🌟Wangi🌟Pelbagai kegunaan.Minyak asmak ...
27/08/2021

MHAM ada keluarkan essential oil 8 jenis.

Best best ni.

🌟Harga berbaloi.
🌟Mampu milik
🌟Wangi
🌟Pelbagai kegunaan.

Minyak asmak pun Ade ni ha....
Anak terjatuh, terluka ke. Penyelamat mak. Insya Allah
Sejak anak solung, memang sentiasa Ada stok di rumah.....

Waktu mcm ni kan. Semua guna pos. POS je Kat mak. Dia bgtau. Dah nak habis dah....
Next Kita POS lagiπŸ₯°πŸ₯°

Jadi mak yg BDR xsemudah yg disangka. Padanlah kalau burn out atau mood down pun.Tapi x pe. Allahhul bari'Minta bantuan ...
26/08/2021

Jadi mak yg BDR xsemudah yg disangka.

Padanlah kalau burn out atau mood down pun.

Tapi x pe. Allahhul bari'
Minta bantuan kepada Allah untuk menguruskan semuanya.

Tips kewanganJom dah boleh mula buat 6 JAR? 1) 55% keperluan+ sewa rumah, makan minum, bil-bil, loan kereta/rumah2) 10% ...
24/08/2021

Tips kewangan

Jom dah boleh mula buat 6 JAR?

1) 55% keperluan
+ sewa rumah, makan minum, bil-bil, loan kereta/rumah

2) 10% perbelanjaan jangka panjang
+ kecemasan
+ percutian
+ perbelanjaan harga tinggi. contoh:
- roadtax
- nak beli iphone
- korban tahun depan
- renovate rumah
+ perubatan (yang tidak dijangka)

3) 10% pendidikan
+ mentoring
+ coaching
+ buku
+ courses

4) 10% fun (reward yourself)
+ manjakan diri & keluarga
(belanja isteri spa, panggil tukang urut datang rumah, makan besar dengan family)

5) 10% pelaburan
+ unit trust
+ stock
+ perkara yang boleh menjana 'passive income'

6) 5% untuk memberi
+ derma/ wakaf

Gambar as cuci Mata.😜😜😜

Selamat berhujung minggu.....Rezeki bukan hanya pada harta, Wang ringgit, rumah besar, kereta mewah.Tapi boleh jadi anak...
21/08/2021

Selamat berhujung minggu.....

Rezeki bukan hanya pada harta, Wang ringgit, rumah besar, kereta mewah.

Tapi boleh jadi anak2 yang mendengar kata.
Jiwa yang tenang.
Pasangan yang s**a membantu.
Rumah yang sentiasa ceria dgn hilai tawa anak2.

Sapa setuju.angkat tangan.πŸ˜†πŸ˜†
πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Address

Sungai Petani
08000

Telephone

+601132128740

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Minyak Herba Asmak by www.normariyah.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Minyak Herba Asmak by www.normariyah.com:

Shortcuts

Share