23/09/2023
KENAPA ORANG CARI PAKAIAN BUNDLE?? APA ITU BUNDLE??
pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti US, jepun, UK, korea dan negara-negara eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. inilah yang dipanggil BUNDLE. guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai.
kepada mereka yang tak pernah @ tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang s**a dan sanggup pakai pakaian terpakai. tak kurang p**a yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. ini terp**anglah kepada citarasa dan minat masing-masing. tp apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US. kualiti kain dan printing memang bagus. bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. jenama-jenama besar seperti levi's, dockers, polo, harley davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni. kalau display kat kedai tu, memang tak lama la... kejap je ada peminat dia datang beli... seronok tengok.
JANGAN LUPA LIKE PAGE INI JIKA ANDA INGINKAN UPDATE TERBARU 🤞💕