08/07/2026
Alhamdulillah... 🤲🌸
Di sebalik kesibukan menjaga ibu-ibu berpantang setiap hari, memberi urutan, rawatan dan memastikan setiap pelanggan mendapat penjagaan terbaik, akhirnya Allah SWT mengurniakan satu lagi rezeki buat saya.
Alhamdulillah, saya telah berjaya menamatkan dan memperoleh Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam Penjagaan Ibu Selepas Bersalin. 🎓
Perjalanan ini bukan mudah, tetapi setiap pengorbanan masa, tenaga dan doa akhirnya membuahkan hasil. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, selamat dan terbaik kepada semua pelanggan.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mempercayai khidmat saya. ❤️
Bagi ibu-ibu yang sedang mencari pakej berpantang, urutan selepas bersalin atau rawatan pemulihan ibu, bolehlah hubungi saya. Insya-Allah saya sedia membantu dengan penuh kasih sayang dan pengalaman.
📞 Boleh terus PM atau WhatsApp untuk pertanyaan dan tempahan.
019-500 2716
Mie Massage Therapy & Confinement Care
Sentuhan yang membantu ibu kembali sihat dan bertenaga. 🌸