24/02/2026
Bulan puasa ni mesti ramai ibu-ibu nak mula ajar si comel berpuasa kan? Jom TSC kongsikan sikit 𝘁𝗶𝗽𝘀 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 macam mana nak bantu mereka puasa dengan gembira dan tak meragam.
𝟭. 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 ⏰
Mula dengan puasa separuh hari dulu. Lepas tu, pelan-pelan tambah masa bila mereka dah makin biasa dengan rutin puasa.
𝟮. 𝗦𝗮𝗵𝘂𝗿 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗻𝘂𝘁𝗿𝗶𝘀𝗶 🥦🍎
Pastikan si comel makan makanan tinggi serat dan protein masa sahur supaya mereka kekal bertenaga dan kenyang lebih lama.
𝟯. 𝗦𝗶𝗯𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶
Ajak mereka buat aktiviti santai macam mewarna, main puzzle atau baca buku supaya mereka tak terlalu fokus pada rasa lapar.
𝟰. 𝗕𝗲𝗿𝗶 𝗣𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 & 𝗚𝗮𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 🥰❤
Puji usaha mereka walaupun puasa tak penuh! Boleh juga janjikan hadiah kecil atau masak juadah berbuka kegemaran mereka sebagai pembakar semangat.
Semoga si comel kita semua bersemangat nak berpuasa tahun ni! 💜