28/05/2026
"IPOH WHITE COFFEE.... It's a WRAP!!!" 🎬
Alhamdulillah, selepas beberapa bulan bertungkus-lumus, akhirnya usaha untuk menjayakan idea IPOH WHITE COFFEE dah masuk ke fasa terakhir iaitu Post Production!
Actually, masa mamu tulis posting ni, almost 90% offline editing dah siap dan alhamdulillah, mamu sendiri berpuas hati dengan hasilnya setakat ini 🤍
Idea asal bermula di Restoran Haji Ghani bersama Zulkifli Abdul Aziz disaksikan Teh Tarik Padu. Dan seterusnya direalisasikan penulisannya oleh Pearl Saharudin yang sentiasa kritikal untuk memastikan plot tidak cliche dan mudah dibaca penonton.
Untuk memastikan plotnya tidak terlalu mudah dibaca, penambahan subplot dilakukan untuk menghasilkan "penutup" yang lebih impactful buat nakshah ini.
Semua pelakon dan crew terutamanya DOP Meor Muhammad Aslam memang bagi komitmen terbaik sepanjang 4 hari penggambaran berlangsung. Penat memang penat… tapi hasil dan pengalaman sepanjang perjalanan projek ni memang sangat bermakna.
Mamu juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada portipoh sebagai funder utama projek ini. InsyaAllah dana yang diberikan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan semua pihak mendapat hasil yang terbaik.
Terima kasih juga kepada semua funder dan penaja lain seperti Time Tunnel Ipoh, SUITO, The Coffee Diver, Inkterest Studylounge, Suhaimi Cafe, Rezeal Sdn Bhd dan ramai lagi yang sudi bekerjasama dan menyokong perjalanan projek ini 🤍
Korang boleh follow Facebook diorg kat sini:
• portipoh
• SUĪTO
• Suhaimi Cafe
• Rezeal Sdn Bhd
• Inkterest Studylounge
• The Coffee Diver
• The Coffee Diver Ipoh Old Town
• Time Tunnel Ipoh Old Town
Yang mengarang, Mamu Faindra Jabbar
InsyaAllah, projek ni dijangka siap sepenuhnya sekitar pertengahan bulan June nanti.
Dan kat mana nak tonton nanti? 👀
Seperti biasa… mamu takkan terus upload kat YouTube hehe… atau mana-mana social media 😆
Mungkin mamu akan “gerakkan” projek ni jauh sikit sebelum release kepada public. Mana tahu ada official screening ke… festival ke… siapa tahu kan 👀✨
Doakan yang baik-baik guys 🤍🎬