12/11/2024
Alhamdulillah, selesai sudah tugasan patik sekalian dalam mendampingi YAM Tengku Arif menuju alam perkahwinan
Dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan akhirnya ke Jogjakarta, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah tampil berseri dalam pelbagai busana yang unik, setiap satunya mencerminkan warisan dan keindahan tradisi. Setiap persalinan dihasilkan dengan penuh keikhlasan dan ketelitian oleh patik sekalian di Omar Ali, satu penghormatan besar untuk turut serta dalam detik-detik bersejarah ini.
Di Kuala Lumpur, Baju Melayu merah yang digayakan oleh Tengku memancarkan keberanian pada hari persandingan yang penuh bermakna. Di Kuantan, persalinan songket putih melambangkan kemurniaan manakala di Jogjakarta, busana adat Jawa yang dihiasi sulaman emas menonjolkan keagungan budaya.
Patik sekalian ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Tengku, menjadikan setiap persalinan ini simbolik dalam perjalanan yang penuh berkat. Semoga ikatan cinta antara YAM Tengku Arif Bendahara dan YM Tengku Natasya Puteri kekal abadi dan diberkati sepanjang hayat.
Photos credit to:pahang