11/05/2026
NEW ZEALAND!, AKU DATANG!! ✈️🤣
Haha… nampak macam New Zealand kan? Tapi bukan weh… ni Taman Jubli Emas ja 😆
Kat mana tu? “Di sana menanti, di sini menunggu…” haa jadilah S**a Menanti 🤣
Tempat rekreasi ni memang tenang, tapi bila hujung minggu terus bertukar havoc 😮💨✨
Nak healing boleh, nak riuh pun boleh.
Kat sini ada kolam ikan, port paling best utk budak² 😆 Pengunjung boleh bagi makan ikan sambil layan suasana. Tak yah susah² nak cari makanan ikan sebab memang ada seller jual siap² 🐟
Pastu ada kawasan skaters jugak 🛹Bkn setakat ble main skateboard tp main beskal pun ble je.
Aha..Bukan teenagers je main tau… bapak budak pun join sekali 🤣 Kerlasss!
Kadang² situ ada juga ride kereta kuda 🐴
Naik ramai² satu family pun muat.
Bila musim angin cantik, mula la keluar geng layang² 🪁
Yang nak santai pun ramai..gelak sembang dengan family, lepak dengan kawan, ada yang briskwalk, jogging… nak catwalk pun silakan 🤭
Yang bestnya, ada surau jugak dekat sini ❤️
Datang awal atau takut terlepas waktu Asar, bolehlah singgah solat dulu.
Bab makanan… fuhhh memang syurga penega kecik 😭✨Hujung minggu memang lagi meriah!
Air balang, lok cing, kerabu megi, takoyaki, pisang goreng cheese, kopok lekor, laksa, nasi lemak, kek slice, cheese tart, nugget²… sampai baju budak & kasut budak & soft toys pun ada 👀🤣 (ehem… kita la tu 🤭)
Kat sini bukan setakat tempat orang mai makan & jalan²…Tapi tempat ramai penega kecilan cari rezeki 🥹❤️
Ada hari laku keras, ada hari tunggu customer sambil senyum je 😆 Tapi tetap seronok bila tengok orang ramai enjoy dekat sini.
So jangan lupa mai meriahkan lagi Taman Jubli Emas gais ✨
Dan paling penting… sapot la penega² kecilan macam kami ni 🥰
**Pssstt..cni port yg cun sesangat utk OOTD especially time sunset! 🔥