Baju Hari Raya Elrah Exclusive

Baju Hari Raya Elrah Exclusive Baju Melayu Satu Set Dengan Harga Yang Terbaik Untuk Semua Miliki Menyambut Hari Lebaran

[BAJU MELAYU VIRAL] - BAJU MELAYU MAGNIFICENT BY ELRAH EXCLUSIVE 4.0 2023Tahun lepas ramai yang tak sempat nak beli Baju...
19/03/2023

[BAJU MELAYU VIRAL] - BAJU MELAYU MAGNIFICENT BY ELRAH EXCLUSIVE 4.0 2023

Tahun lepas ramai yang tak sempat nak beli Baju Melayu Elrah Exclusive.
Tahun ni jangan lepaskan peluang, dapatkan masa PROMOTION SEKARANG dengan harga RM189 sahaja !

☘️ BAJU MELAYU MAGNIFICENT 4.0
☘️ PRICE : RM189
☘️ MATERIAL : ABLOH CREPE
☘️ SIZE : XXS, XS, S, M, L, XL, XXL
💥 SLIM FIT (LEFT SIDE ZIP)


💓 FREE EXCLUSIVE LOGO PIN CHAIN
💓 FREE EXCLUSIVE BUTTON
💓 FREE HANDKERCHIEF
💓 FREE BOX

Jangan lepaskan peluang
Jangan lambat2 risau nanti hargai naik / colour & size yang korang nak habis

http://www.wasap.my/60134841143/Nakbajurayakacak

p/s: jgn tunggu nak raya, kang size tak de ..order je awal2






📌Tiada cod
📌Postage seluruh malaysia 📦

Kuala Lumpur: Jenama pakaian tempatan popular, Elrah Exclusive mencipta sejarah tersendiri apabila iklan baju rayanya se...
19/03/2023

Kuala Lumpur: Jenama pakaian tempatan popular, Elrah Exclusive mencipta sejarah tersendiri apabila iklan baju rayanya secara eksklusif menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw bersebelahan menara TRX sejak 15 Mac lalu.

Malah, jenama tempatan itu mencipta rekod dan sejarah pertama menghiasi sudut iklan lokasi berkenaan yang selama ini di dominasi jenama antarabangsa dan mewah.

Malah, projek mega iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari jam 8 hingga 12 tengah malam selama tempoh lebih kurang dua bulan itu dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit.

Pengasas jenama itu, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan.

"Kalau selama ini, sewaktu melintasi atau memandu kereta di jalan berdekatan menara bangunan itu, kita sering melihat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya.

"Tapi kini saya bangga dan puas jenama Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik gergasi itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi catatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014.

"Idea untuk meletakkan jenama Elrah di bangunan seperti itu terdetik ketika saya melancong di luar negara. Alhamdulillah kini jenama tempatan seperti Elrah Exclusive juga mampu bersaing dan buat pemasaran setanding jenama antarabangsa," katanya.

Iklan raya itu turut memaparkan dirinya selain wajah wakilan artis berpengaruh dan popular seperti Meerqeen, Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot.

Tak ketinggalan dua bintang TikTok popular, Aabias dan Wan Chai.

"Malah lebih mengujakan selain deretan bintang ternama dan berpengaruh itu, projek mega iklan ini juga menyatukan saya dengan pengedar yang juga pemilik dua butik Elrah Exclusive di Setapak dan Elrah Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim atau SASS SYED

"Jika diperhatikan di iklan itu memang khusus diletakkan dua nama butik kendaliannya di Platinum walk, Elrah Setapak dan di Pantai Klebang, Elrah Melaka.

"Saya puji usaha dan semangatnya. Dia juga antara anak muda yang menjana pendapatan menerusi jenama saya. Dia antara 36 pengedar atau pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia.

"Tak hanya di Malaysia, kita mempunyai 29 cawangan di Thailand, Brunei (2) dan Indonesia (2). Secara keseluruhan juga kita mempunyai lebih 10,000 ejen di seluruh negara," katanya.

Bercerita lanjut mengenai SASS, El Azman percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

"Dia berumur 26 tahun berasal dari Serdang, Selangor. Dia mempunyai diploma perakaunan di sebuah kolej di KL. Dia asalnya berniaga Chanrakter, air cincau karamel selama dua tahun, sebelum 'terjebak' dengan Elrah.

"Dipendekkan cerita, kami bersua dan dia menunjukkan minat untuk sama-sama meneruskan legasi empayar jenama saya bangunkan. Siapa sangka, dia mampu hidup senang dengan rangkaian perniagaan ini.

"Kebetulan baju jenama saya bangunkan jadi tular. Dia menyatakan keinginan untuk turut serta menjadi pengedar selain menyerap ilmu niaga dengan saya. Hingga kini, sudah tujuh tahun dia menjana pendapatan lumayan dengan Elrah," kata El Azman.

Jenama ini antara yang terus menaikkan martabat pakaian tradisional yang juga pakaian islamik seperti Baju Melayu, jubah dan kurta di persada Malaysia dan Asia khususnya.

Dijual dari serendah RM50 untuk kurta sehingga RM189 (baju Melayu), jenama berdaftar di bawah Elrah Trading Sdn Bhd ini meneruskan survival hingga kini.

"Saya sasarkan tahun ini dapat menjana keuntungan jualan sebanyak 250 juta setahun.

"Saya juga harap pengedar lain dapat mencontohi semangat SASS SYED yang berdaya saing dan berani melaburkan duit untuk menaikkan jenama ini walaupun hanya sekadar ejen" katanya.

Disiarkan pada: March 16, 2023 @ 12:14am

Address

Jalan Kuala
Alor Setar
05400

Telephone

+60134841143

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Baju Hari Raya Elrah Exclusive posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share