NOOR Collections "Pekan Rabu"

NOOR Collections "Pekan Rabu" Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NOOR Collections "Pekan Rabu", Clothing Store, 1 A 63, KOMPLEKS PEKAN RABU. 05200, Jalan TUNKU IBRAHIM, Alor Setar.

08/06/2024

Inilah rendang saya yang telah mendapat 587k share.
Katanya sangat sedap....

Dalam resepi masakan sudu' bererti 'sudu besar dan kalau sudu kecil , barulah akan disbut ' sudu kecil".
Inilah resepi saya untuk cicah ketupat dan lemang.

RENDANG AYAM ini sangat sesuai untuk cicah ketupat lemang.

Dah siap resepinya....

RENDANG AYAM @ DAGING IDASHAHIDA
Sila guna resepi yang sama .

saya baru lepas buat rendang ayam style saya.rendang ni sangat sangat sedap untuk dimakan dengan nasi, ketupat dan lemang.saya masukkan daun kunyit sama untuk menambahkan selera dan kesedapannya.

Bahannya:

Daging 1-1 1/2 kg dipotong kecil agak seketul untuk sesuap ketupat.

ATAU
1 ekor ayam sederhana besar (2kg )
Potong 12@18 ketul seekor.
Serai 12- 15 batang* (jika saiz serai besar dan gemuk sila kurangkan)
Bawang putih 1 labu*
Bawang merah 20 biji* ( bawang kecil)
Halia 3 inci*
Lengkuas 2 inci*
Cili mesin 4 sudu
Santan kotak 800- 1000ml( dibahagi 2) atau 3 biji santan pekat ( separuh santan pekat dan separuh lagi santan cair)
Kerisik 4 sudu besar
Garam 1 sudu besar
Gula 4 sudu besar
Ajinomoto 1/2 sudu kecik
1 /2 sudu kecil serbuk kunyit
Serbuk ketumbar 1 sudu besar
Serbuk Jintan manis 1 sudu besar
Serbuk Jintan putih 1/2 sudu besar
Serbuk Lada putih 1/2 sudu besar
Rempah 4 sekawan( kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkeh)
( kalau guna yang biji -dikisar halus
Daun kunyit 6-8lembar dihiris halus

Letak kuali yg besar atas dapor. Buka api:-
Rendang ini Dimasak tanpa minyak

Masukkan ayam
bahan bahan kisar tadi

Masukkan:

serbuk kunyit
Jintan manis
Jintan putih
Lada putih
Ketumbar
Cili kisar
Garam
Gula
Rempah 4 sekawan

Kacau dan sebatikan semuanya. Terus balik balikkan sampai ayam keluar air.selepas 10 minit masukkan santan setengah kotak(250ml)
Gula
Garam
Kiub ayam/ serbuk perasa
kacau lagi sebab nak elak berkerak dibawah.
Agak dalam15 minit dikacau masukkan santan lagi separuh tadi (250ml). Waktu ini anda boleh rasa sikit apa yg kurang boleh tambah ikut selera anda.kacau lg dalam 20 minit.
Terus kacau sampai kuah agak pekat anda masukkan kerisik.kacau lg selama 10 minit.
( bila dah nampak kuah mulai pekat waktu ini anda mesti keluarkan ketulan ketulan ayam tersebut sebab nak elakkan isi ayam jadi pecah atau hancur( masukkan isi ayam sahaja kedalam mangkuk).
Kuahnya biarkan didalam kuali dan masukkan daun kunyit yang kita potong kecil kecil tadi. Kacau dan balikkan selama 5 minit.
Lepastu anda masukkan isi ayam tadi semula dalam kuali dan sebatikan semuanya dengan kuah yang dicampur daun kunyit tadi. Dalam 5 minit lepas dikacau tutup api. Sebab biar daun kunyit tu masih nampak segar lg dan masih bewarna hijau.

Kuahnya dah kering seperti mana yang anda kehendaki boleh pindahkan kedalam periuk dan tudung. Dah siap.

Perkongsian : Ida Shahida

Merancang nak pergi Kedah semasa musim cuti sekolah ini? Jangan lupa singgah destinasi terbaik untuk cenderahati tempata...
23/05/2024

Merancang nak pergi Kedah semasa musim cuti sekolah ini? Jangan lupa singgah destinasi terbaik untuk cenderahati tempatan Kedah! Temui koleksi Tshirt bertema dengan reka bentuk custom, boleh dibuat untuk saiz kecil hingga besar. Jom bagi cenderahati unik ini untuk orang kesayangan bila kembali pulang❗❗❗
Sebarang Pertanyaan--->https://wa.link/utsc30

T-SHIRT KEDAH ANDA MENCARI BAJU ,JERSI DAN SEBAGAINYA BOLEH DATANG KE NOOR COLLECTION DI PEKAN RABULOCATION:T SHIRT KEDA...
02/12/2023

T-SHIRT KEDAH

ANDA MENCARI BAJU ,JERSI DAN SEBAGAINYA BOLEH DATANG KE NOOR COLLECTION DI PEKAN RABU

LOCATION:
T SHIRT KEDAH
1 A 63 ,KOMPLEK PEKAN RABU.
05200.JLN TUNKU IBRAHIM.
ALOR SETAR,KEDAH.

02/12/2023

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ

Address

1 A 63, KOMPLEKS PEKAN RABU. 05200, Jalan TUNKU IBRAHIM
Alor Setar
05200

Telephone

+601124389329

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NOOR Collections "Pekan Rabu" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category