10/03/2018
~ Mom love baby sharing ~
🌺Tips penjagaan bayi yg baru dilahirkan..🌺
🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀
Di bawah ini ada beberapa tips berguna untuk penjagaan bayi bagi ibu yang baru melahirkan bayi mereka.
💙Cuci pakaian yang baru dibeli ataupun lama untuk mengelakkan bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.
💜Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakan bayi anda sejuk di bahagian dada.
💚 Selepas mandi, lapkan tali pusat bayi sehingga kering kemudian disapukan dengan ubat yang diberikan oleh doktor.
💛Kemudian sapukan minyak angin/telon ke perut, betis belakang dan tapak kaki bayi kerana minyak ini boleh menghangatkan bayi selepas mandi dan dapat mengelakkan bayi kembung.
💙 Pakaikan barut bayi serta ikatkan dengan kemas dan jangan terlalu kuat, ini menyebabkan perut bayi sakit.
💚Bagi ibu-ibu yang menggunakan lampin pakai buang,hendaklah sentiasa peka dan membuang lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah kerana ia boleh terjadinya ruam lampin.Pakaikan bayi anda dengan pakaian dan pastikan ia tidak kesejukan.
❤Rendam dan rebus botol susu bayi anda kedalam air panas untuk mematikan bakteria yang terdapat di botol tersebut.
💛 Puting botol susu hendaklah kerap ditukar untuk mengelakan bayi terkena ulser mulut.
.paling penting pastikan bayi memakai pakaian yg selesa..