Wan Optometry

Call Directions Website Contact the business

Wan Optometry Kepakaran kami adalah membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan dan mengenalpasti masalah kesihatan mata.
(1)

08/08/2026

MATA JULING BOLEH DIRAWAT. BUKAN SEKADAR ISU RUPA.

Strabismus atau mata juling berlaku apabila kedua-dua mata tidak menghadap ke arah yang sama.

Ada mata yang menyimpang ke dalam.
Ada yang ke luar.
Ada yang ke atas atau ke bawah.

Ramai ingat rawatannya cuma pembedahan.

Sebenarnya, rawatan bergantung kepada punca, umur dan tahap strabismus.

Antara rawatan yang boleh dilakukan:

1. Cermin mata

Jika juling berkaitan masalah rabun tertentu, terutama rabun jauh pada kanak-kanak, cermin mata yang sesuai kadangkala boleh membantu mata kembali lebih selari.

2. Rawatan “mata malas”

Kanak-kanak yang mengalami strabismus berisiko mendapat amblyopia atau mata malas.

Otak mula bergantung kepada mata yang lebih kuat dan “mengabaikan” imej daripada mata yang juling.

Rawatan mungkin melibatkan penutup mata atau kaedah lain untuk menggalakkan penggunaan mata yang lemah.

Sebab itu rawatan awal sangat penting.

3. Prisma pada cermin mata

Dalam sesetengah kes, prisma boleh membantu mengurangkan penglihatan berganda dan membantu kedua-dua imej bercantum dengan lebih baik.

4. Latihan mata

Latihan tertentu boleh membantu bagi sesetengah jenis masalah koordinasi mata.

Tetapi bukan semua jenis juling boleh “senam sampai lurus”.

Ia perlu dinilai oleh pakar mata.

5. Suntikan botulinum toxin

Dalam kes terpilih, suntikan pada otot mata boleh digunakan untuk mengubah tarikan otot dan memperbaiki kedudukan mata.

6. Pembedahan otot mata

Jika kedudukan mata masih tidak selari, pembedahan boleh dilakukan untuk menguatkan, melemahkan atau mengubah posisi otot yang menggerakkan mata.

Kadang-kadang satu pembedahan mencukupi.
Ada juga kes yang memerlukan rawatan lanjut.

Yang penting, matlamat rawatan bukan sekadar untuk nampak cantik.

Ia juga bertujuan membantu fungsi penglihatan, koordinasi kedua-dua mata, persepsi kedalaman dan mengurangkan penglihatan berganda.

Untuk kanak-kanak, jangan tunggu “besar nanti baik sendiri”.

Tempoh awal perkembangan penglihatan sangat penting. Jika mata malas sudah terbentuk dan terlambat dirawat, penglihatan mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya.

Dan jika orang dewasa tiba-tiba mengalami mata menjadi juling atau penglihatan berganda, terutama bersama sakit kepala, muka senget, lemah anggota badan atau masalah pertuturan, dapatkan pemeriksaan segera.

Mata juling bukan semuanya sama.

Rawatan yang tepat bermula dengan pemeriksaan mata yang betul.

Public Health Malaysia

Selamat berhujung minggu! Ada yang masih belum buat routine eye check up untuk 2026?Boleh datang ke Wan Optometry untuk ...
04/07/2026

Selamat berhujung minggu!
Ada yang masih belum buat routine eye check up untuk 2026?

Boleh datang ke Wan Optometry untuk complete eye test ya 😊

Ramai parents ingat lazy eye dan mata juling benda yang sama.Sebenarnya tak sama.Satu masalah penglihatan.Satu lagi masa...
23/06/2026

Ramai parents ingat lazy eye dan mata juling benda yang sama.

Sebenarnya tak sama.

Satu masalah penglihatan.
Satu lagi masalah kedudukan mata.

Tapi dua-dua boleh berlaku serentak — dan paling penting, lagi awal detect, lagi baik peluang rawatan.

Parents, pernah tak perasan mata anak macam “lari” bila penat?

Awal Muharram bukan sekadar pertukaran tahun, tetapi peluang untuk kita bermula semula dengan niat yang lebih baik.Semog...
17/06/2026

Awal Muharram bukan sekadar pertukaran tahun, tetapi peluang untuk kita bermula semula dengan niat yang lebih baik.

Semoga tahun 1448H membawa lebih banyak keberkatan, rezeki dan kebahagiaan buat kita semua.

Selamat Menyambut Awal Muharram daripada keluarga Wan Optometry. 🌙✨

Cikgu sebenarnya antara orang terawal yang perasan kalau kita ada masalah rabun 👀“Kenapa asyik salin salah?”“Kenapa dudu...
17/05/2026

Cikgu sebenarnya antara orang terawal yang perasan kalau kita ada masalah rabun 👀

“Kenapa asyik salin salah?”
“Kenapa duduk depan sangat?”
“Kenapa squint tengok papan putih?”

Dan selalunya… dari situlah parents mula bawa kita pergi check mata.

So shoutout untuk semua cikgu — terima kasih sebab bukan saja mengajar, tapi juga ambil berat ❤️

Selamat Hari Guru!
(Sorry terlewat sehari :P)

Masa tahun 3 degree Optometri di UKM dulu, saya terjumpa semula dengan seorang kawan sekolah menengah di Klinik Low Visi...
13/05/2026

Masa tahun 3 degree Optometri di UKM dulu, saya terjumpa semula dengan seorang kawan sekolah menengah di Klinik Low Vision.

Masa tu baru saya tahu dia sebenarnya seorang OKU penglihatan.

Tapi yang kagum — dia tetap berjaya tamatkan ijazah undang-undang 👏

Dia ada tunjuk beberapa features iPhone yang sangat membantu kehidupan harian dia:

• baca teks pada skrin
• describe gambar
• bunyi semasa menaip
• sebut emojis 😊

Benda yang ramai orang biasa anggap kecil, sebenarnya sangat membantu untuk komuniti low vision dan blind.

Saya juga pernah diberitahu oleh staf di Malaysian Association for the Blind, ramai pengguna blind memang prefer iPhone sebab accessibility dia lebih mudah digunakan untuk daily life.

💐 Selamat Hari Ibu 💐Hadiahkan ibu sesuatu yang cantik, selesa & bermakna ✨🎁 Diskaun 40% untuk koleksi terbaru BONIA Eyew...
10/05/2026

💐 Selamat Hari Ibu 💐

Hadiahkan ibu sesuatu yang cantik, selesa & bermakna ✨

🎁 Diskaun 40% untuk koleksi terbaru BONIA Eyewear
📅 10–13 May sahaja

Jom datang ke Wan Optometry 💖
📲 011 6328 0484

09/05/2026
Alhamdulillah, selesai sudah program At-Taqwa Walkathon Ukhwah 🤍Pihak Wan Optometry ingin mengucapkan terima kasih kepad...
09/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah program At-Taqwa Walkathon Ukhwah 🤍

Pihak Wan Optometry ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid kerana menjemput kami untuk turut serta memeriahkan program yang sangat bermanfaat dan penuh ukhuwah ini.

Terima kasih juga kepada semua peserta yang hadir ke booth Wan Optometry untuk:
👓 Pemeriksaan mata asas
🕶️ Melihat koleksi cermin mata kami
💬 Berkongsi masalah penglihatan & mendapatkan konsultasi

Kami sangat menghargai sokongan dan sambutan yang diberikan sepanjang program berlangsung 🙏

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan komuniti dan meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan mata dalam masyarakat ❤️

Jumpa lagi di program akan datang 😊

📍 Wan Optometry Kajang
“Your Eyes, Our Focus”

Ramai parents ingat anak malas belajar…  Padahal kadang-kadang anak sebenarnya tak nampak jelas 👀📱 Duduk dekat TV  📖 Hil...
06/05/2026

Ramai parents ingat anak malas belajar…
Padahal kadang-kadang anak sebenarnya tak nampak jelas 👀

📱 Duduk dekat TV
📖 Hilang fokus baca
😵 Cepat pening atau penat mata

Sebab tu pemeriksaan mata kanak-kanak penting — bukan sekadar check power.

Kalau anak anda ada tanda macam ni, jangan tunggu lama 🙏

📲 WhatsApp Wan Optometry: 011-6328 0484

Address

16 Jalan BM2/1 Seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota
Bangi
43000

Opening Hours

Monday 11:00 - 19:30
Tuesday 11:00 - 19:30
Wednesday 11:00 - 19:30
Thursday 11:00 - 19:30
Friday 11:00 - 19:30
Saturday 11:00 - 19:30
Sunday 11:00 - 19:30

Telephone

01163280484

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wan Optometry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wan Optometry:

Shortcuts

Share