Eczema Story

Eczema Story Eczema Story team are here to educate and help you with your fight with eczema

25/07/2018

Apa itu intoleransi Histamin? (leaky gut part 2)

Apabila histamin yang dihasilkan lebih cepat daripada ia boleh dihuraikan oleh badan, intoleransi terhadap histamin boleh berlaku.

Pada individu yang sihat, histamin diprocess oleh enzim N-methyltransferase (HMT) dalam sistem saraf pusat dan di dalam usus oleh enzim diamine oxidase (DAO).

Enzim DAO, yang juga dikenali sebagai histaminase, adalah enzim utama yang bertanggungjawab untuk menghuraikan histamin yang kite makan. Jika enzim DAO ini tidak dapat melakukan tugasnya, histamin yang berlebihan ini akan diserap ke dalam darah di mana ia boleh menyebabkan pelbagai simtom2 tak elok.

Tanda-tanda dan simtom-simtom yang biasa dalam intoleransi histamin adalah:

Sakit kepala
Gatal-gatal
Mengeringkan kawasan muka dan leher
Peningkatan Kadar degupan jantung
Bimbang dan / atau serangan panik
Mulut kering / peningkatan keperluan untuk cecair
Kesesakan hidung dan bersin
Keletihan
Pening atau vertigo
Pembengkakan tisu
Kesukaran tidur
Putaran Haid tidak teratur
Tekanan darah rendah

Jika jumlah terkumpul histamin melampaui kemampuan tubuh untuk memprocess / menghurai, lebihan histamin akan melimpah ke dalam darah, Inilah apabila semua masalah mula muncul.

09/07/2018

Apa itu histamines? (Leaky Gut part 1)

Histamine adalah sejenis bahan kimia semulajadi. Histamin memainkan peranan dalam sistem kekebalan dan saraf kita. Histamin berfungsi sebagai neurotransmitter, menghantar mesej dari badan ke otak, dan membantu mengawal asid perut kita (Asid hidroklorik atau HCL) supaya kita dapat mencerna makanan.

Histamines biasa dikaitkan dengan alahan, biasanyer terhadap haiwan peliharaan, habuk dan alahan kepada makanan. Yang penting ialah apakah tahap histamin yang betul untuk fungsi badan normal.

Histamines mempunyai banyak fungsi dengan mengikat ke reseptor, yang terletak di seluruh badan. (Inilah sebabnya mengapa gejala histamin boleh dilihat di banyak kawasan di badan.)

Reseptor dan fungsi histamin termasuk:

Reseptor H1: Terletak di seluruh badan; menyebabkan saluran darah utk vasodilate
Reseptor H2: Terletak di perut; memberi signal pelepasan acid perut, meningkatkan kadar degupan jantung
Reseptor H3: Terletak di dalam otak; mengawal saraf, kitaran tidur dan selera makan
Reseptor H4: Terletak di usus kecil dan kolon; memainkan peranan dalam tindak balas keradangan badan

Seperti yang anda dapat lihat histamines memainkan peranan penting dalam kesihatan kita. Isu timbul dalam sistem histamin apabila molekul-molekul ini tidak boleh diprocess dengan betul. Proses ini adalah apa yang biasa dipanggil intoleransi terhadap Histamine.

26/06/2018
ANAK EKZEMA? IBU YANG HARUS DIPERSALAHKAN..!!!Aik dah kenapa p**ak ibu yang kene dipersalahkan ni? Nak cakap kita tak sa...
26/06/2018

ANAK EKZEMA? IBU YANG HARUS DIPERSALAHKAN..!!!

Aik dah kenapa p**ak ibu yang kene dipersalahkan ni? Nak cakap kita
tak sayang anak ke apa...😡😡😡

Oke kalau nak tahu kene baca sampai habis ye 😉

Ramai ibu2 tak tahu bahawa DIET EKZEMA adalah KOMPONEN PERTAMA yg TERPENTING dalam terapi merawat ekzema diikuti dengan "lifestyle" dan "produk".

Bila tak tahu tu, memang macam2 la kita bantai makan kan. Sapu cream macam2 kat anak pun still tak baik2 lagi. Lepas tu STRESS yakmat..!!!

Siapa macam ni angkat tangan😅

Meh kami terangkan dengan lebih lanjut...

Ramai ibu2 tak tahu penyakit EKZEMA berkaitrapat dengan usus iaitu USUS BOCOR ataupun "leaky gut".

Usus bocor bermaksud usus kita menjadi TELAP kepada apa yg kita makan. Ini termasuklah BAHAN BUANGAN TOKSIK dan BAKTERIA.

Dengar pun dah takutkan...😣

Sebab tu la kalau nak rawat
kene bermula dan pantau dari
apa yang kita makan.

Antara benda2 yang tak boleh dimakan:

✔️Jangan makan benda yang BERPERAM seperti belacan, budu,ikan pekasam, kicap, cencaluk, ikan masin jeruk.

✔️Jangan makan IKAN GATAL seperti ikan kembung, cencaru, talapia, tongkol, kerang, ikan keli bela. Boleh makan ikan selar, merah, siakap.

✔️ELAK makanan yang menyebabkan radang (INFLAMMATORY FOODS) seperti gluten, jagung, soya, susu.

✔️Makan makanan ANTI-INFLAMMATORY seperti salmon, tuna, sardine, badam, walnut.

✔️Makan AYAM KAMPUNG/ORGANIC yg makan rumput (GRASS-FED). Tiada vaksin atau hormon yang disuntik.

✔️Makan makanan yang ada ANTI HISTAMINE seperti apple, cauliflower, brocolli, apple cider vinegar.

✔️Makan makanan yang RENDAH BACAAN GLYCEMIC (kurang dpd 55) seperti keladi, yogurt, buah anggur, epal, mushroom, beras perang.

✔️Elak makanan yg berGLUTEN seperti roti, biskut, pasta, barley, kicap.

Ibu yg sedang breastfeed juga perlu mengamalkan diet ekzema jika mempunyai anak yg ekzema☺️

Marilah bersama-sama kita berjuang demi mereka.

LIKE & SHARE JIKA ANDA RASA POST INI BERMANFAAT UNTUK RAMAI ORANG! 😘




26/06/2018

Jom sama-sama kita tonton perkongsian pengalaman oleh Pn. Harlinda Halim, founder tentang bagaimana beliau merawat anak ekzemanya sendiri selama setahun setengah.. 😊

Jangan lupa SHARE kat wall anda sekali ye. Mana tahu video ni dapat membantu memberi sokongan emosi dalam perjuangan menjaga anak ekzema mereka..InsyaAllah.. 😘

Pembetulan ye..dalam video tu Pn. Harlinda sebut anak beliau ekzema bermula pada tahun 2017. Sebenarnya bukan 2017. Tapi pada tahun 2016.

Dah setahun setengah dah anaknya, Daffa Iman pegang title .. 😂

InsyaAllah, tahun ni adik Daffa Iman dah boleh pegang title baru p**a.. 😁

26/06/2018

5 jenis ikan yang kene pantang kalau sedang flare eczema

1. Ikan Kembung
2. Ikan Tongkol
3. Ikan Cencaru
4. Ikan Bawal
5. Ikan Pari

25/06/2018
25/06/2018
25/06/2018
Parents kat luar tu, tolong ambil SERIUS ye dan usaha rawat ekzema anak dengan cara yang betul.
23/06/2018

Parents kat luar tu, tolong ambil SERIUS ye dan usaha rawat ekzema anak dengan cara yang betul.

SEORANG bekas pelajar kejururawatan menikam mati ibu bapanya sebelum membunuh diri kerana menyalahkan mereka ‘menurunkan’ penyakit ekzema teruk yang dihidapinya sejak kecil.

Address

Jalan Medan Pusat Bandar 8A
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eczema Story posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share