DMFK Exclusive

DMFK Exclusive Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DMFK Exclusive, Design & Fashion, Bangi.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*Berbakti Kepada Ibubapa*عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَس...
27/12/2021

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Berbakti Kepada Ibubapa*

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ

_*Daripada Abu Ad Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu letakkanlah ia atau jagalah ia baik-baik."*_ (Sunan Ibnu Majah No: 3653) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1. Ibu bapa ibarat pintu syurga bagi setiap anak.

2. Menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa nescaya Allah akan memberikan ganjaran syurga.

3. Al-Qadhi Baidhawi berkata: Cara terbaik untuk masuk syurga, dan cara mendapatkan darjat yang tinggi di syurga adalah dengan mentaati orang tua dan berusaha mengasihi dan berbakti padanya. Ada juga ulama yang mengatakan, ‘Di syurga ada banyak pintu. Yang paling selesa untuk dimasuki adalah yang paling tengah. Untuk membolehkan masuk ke syurga melalui pintu tengah itu adalah dengan berbakti kepada orang tua.’ (Tuhfatul Ahwadzi, 6/21).

4. Anak-anak yang tidak berbakti dan berbuat baik kepada orang tua, akan terlepas peluang ke syurga.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ

*Daripada Abu Hurairah dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu baginda ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)."* (HR Muslim No: 4628) Status: Sahih

Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa sama ada mereka masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia (dengan mendoakannya).

*Negara Rahmah Ummah Sejahtera*






28hb Disember 2021
23hb Jamadil Awal 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*Penyelamat Dari Neraka dan Memasukkan Ke Syurga*قُلْتُ ثِنْتَانِ أَسْأَلُكَ عَنْهُمَا مَا يُن...
02/07/2020

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Penyelamat Dari Neraka dan Memasukkan Ke Syurga*

قُلْتُ ثِنْتَانِ أَسْأَلُكَ عَنْهُمَا مَا يُنَجِّينِي مِنْ النَّارِ وَمَا يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ قَالَ فَنَظَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى السَّمَاءِ ثُمَّ نَكَسَ رَأْسَهُ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيَّ بِوَجْهِهِ قَالَ لَئِنْ كُنْتَ أَوْجَزْتَ فِي الْمَسْأَلَةِ لَقَدْ أَعْظَمْتَ وَأَطْوَلْتَ فَاعْقِلْ عَنِّي إِذًا اعْبُدْ اللَّهَ لَا تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا وَأَقِمْ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ وَأَدِّ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَصُمْ رَمَضَانَ وَمَا تُحِبُّ أَنْ يَفْعَلَهُ بِكَ النَّاسُ فَافْعَلْهُ بِهِمْ وَمَا تَكْرَهُ أَنْ يَأْتِيَ إِلَيْكَ النَّاسُ فَذَرْ النَّاسَ مِنْهُ

_*Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya daripada Ibnu Al-Muntafiq: Aku telah bertemu Rasulullah SAW di Arafah. Aku lalu berkata, "Aku ingin bertanya kepadamu dua perkara: Apakah yang dapat menyelamatkan aku daripada neraka, dan apa yang menyebabkan aku masuk syurga? ' Lalu Rasulullah SAW menengadahkan kepalanya ke langit dan menurunkannya lagi, kemudian menatapku dengan wajahnya, baginda bersabda: telah meringkaskan soalan kamu tetapi kamu telah bertanya sesuatu yang amat besar dan perjalanannya adalah jauh. Oleh itu berilah perhatian kepada jawapanku: sembahlah Allah dan jangan kamu sekutukan dengan sesuatupun, dirikan solat yang difardhukan, keluarkan zakat yang diwajibkan, dan berpuasalah pada bulan Ramadan. Jika kamu ingin supaya manusia melakukan sesuatu (kebaikan) kepadamu, maka lakukanlah kebaikan itu terlebih dahulu kepada mereka. Sebaliknya jika kamu benci orang lain melakukan keburukan itu kepadamu, maka kamu hendaklah terlebih dahulu tidak melakukan keburukan itu kepada mereka."*_ (HR Ahmad No: 25901) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

Rasulullah SAW memberikan peringatan perkara yang boleh menyelamatkan seseorang daripada neraka dan memasukkan seseorang ke syurga:

1. Menyembah Allah dan jangan melakukan perbuatan syirik

2. Menunaikan solat yang difardhukan

3. Mengeluarkan zakat yang diwajibkan

4. Berpuasalah pada bulan Ramadan.

*Jika kita ingin supaya orang lain melakukan sesuatu (kebaikan) kepada kita, maka lakukanlah kebaikan itu terlebih dahulu kepada mereka.*

_*Jika kita benci orang lain melakukan keburukan itu kepada kita, maka hendaklah terlebih dahulu kita tidak melakukan keburukan itu kepada orang lain. Ayuh lakukan amalan ahli Syurga*_

*Negara Rahmah Ummah Sejahtera*





03hb Julai 2020
11hb Zulkaedah 1441H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

30/06/2020
24/06/2020

LPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Keji dan Kasar Ke Neraka*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ وَالْإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنْ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

_*Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Malu itu dari iman dan iman ada di syurga, sedangkan perkataan keji itu dari perangai yang kasar dan perangai yang kasar ada di neraka."*_ (HR Ahmad No: 10108) Status: Perawi Tsiqah

*Pengajaran:*

1. Malu adalah hasil dari iman

2. Kata Ibnu Umar: Sesungguhnya sifat malu dan iman itu bersamaan, apabila salah satu tercabut, yang satu lagi turut tercabut.

3. Iman itu tempatnya di syurga

4. Perkataan keji kerana ketiadaan iman dan hilangnya sifat malu berpunca dari perangai kasar dan huduh antaranya mengumpat, memfitnah, dan mencaci maki antaranya melalui media sosial seperti FB, WhatsApp, Telegram, Instagram.

5. Perangai kasar dan buruk tempatnya di neraka

_*Ayuh kita miliki sifat malu dan menjauhi sifat buruk ahli neraka.*_

*Negara Rahmah Ummah Sejahtera*




25hb Jun 2020
03hb Zulkaedah 1441H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

10/01/2020

Hebatnya pengorbanan isteri yg sering di lupakan oleh suami! Jom tonton & jadi insaf

Prof Adjung Dr Pak Engku, Dr Mohammad Azlee & DMFK semasa sesi soal jwb di Seminar Rawatan Islam & Perangi Sihir, di UKM...
16/11/2019

Prof Adjung Dr Pak Engku, Dr Mohammad Azlee & DMFK semasa sesi soal jwb di Seminar Rawatan Islam & Perangi Sihir, di UKM ptg tadi. Moga bermanfaat kpd semua yg hadir. Aamiin.

Address

Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60103010697

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DMFK Exclusive posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share