03/01/2021
Ramai orang pm saya berkenaan bila sesi persekolahan bagi tahun 2021 akan bermula.
Kelmarin Yb Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri sendiri mengumumkan takwin persekolahan bagi sesi 2021 tidak berubah.
Sekolah tetap akan dibuka pada 20 Januari 2021 nanti. Hanya pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 sahaja akan masuk pada 8 Mac, namun perlu diingat; sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 tetap akan bermula pada 20 Januari 2021 juga.
Bezanya pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan belajar secara atas talian (online). 8 Mac baru masuk ke sekolah untuk belajar secara bersemuka.
Ramai juga yang sangsi sekolah boleh dibuka pada tarikh 20 Januari 2021 memandangkan kes COVID-19 makin meningkat.
Kes meningkat atau menurun, pembelajaran dan sesi persekolahan tetap akan bermula pada 20 Januari 2021 juga.
Bezanya cuma, jika kes terus meningkat, mungkin semua aliran akan belajar secara online, tidak secara bersemuka. Mungkin sahaja, bukan pasti tau. Kemungkinan begitu.
Bahkan KPM dan LPM juga mengumumkan mereka sudah bersedia sekiranya perlu untuk menangguhkan tarikh peperiksaan SPM, SVM, STAM dan STPM.
Diulang, sekiranya perlu sahaja. Sementara itu, tarikh peperiksaan SPM, SVM dan STAM masih kekal pada 22 Februari 2021 dan STPM pada 8 Mac 2021.
Sehingga ada pengumuman sahih dan terkini dari KPM, itulah tarikh persekolahan dan tarikh peperiksaan.
Usah sebarkan rumours yang tak sahih ya. Tunggu sahaja pengumuman dari KPM yang sahih baru kita kongsi.
Fadli Salleh