Galeri Fesyen Hijab Muslimah

Galeri Fesyen Hijab Muslimah Reseller produk Hijab dan Muslimah
Fesyen dan Hijab PATUH SYARIAH
Tempoh penghantaran 3-7 hari bekerja

01/01/2026

"Selamat datang 2026!
Tahun ini adalah kanvas kosong untuk kita melakar kejayaan yang lebih luar biasa. Jadikan setiap rintangan sebagai penguat semangat untuk terus mara ke hadapan. Dengan tekad, cita-cita dan istiqamah yang jitu, tiada puncak yang tidak boleh kita daki.
Mari kita cipta sejarah baharu yang lebih gemilang.

Cukuplah Allah utk kita, menemani setiap waktu sepanjang perjalanan 2026.
"Selamat Tahun Baru!"

27/11/2025

Allah Al Bari' - Maha Perancang.
Kita merancang tapi Allah dah sediakan sebaik-baik PERANCANGAN buat kita.

Berdamailah dgn rancangan Allah.
Nescaya kita menjadi insan reda dan patuh

Kunci orang BERJAYA adalah punyai nekad dan tekad yg kuat.Walau apa pun rintangan dan dugaan mendatang, mereka akan teru...
16/06/2022

Kunci orang BERJAYA adalah punyai nekad dan tekad yg kuat.

Walau apa pun rintangan dan dugaan mendatang, mereka akan terus bergerak untuk mencapai apa yg dicitakan...

Assalamualaikum semua...
Semoga segala urusan anda dipermudahkan...aamiin

17/10/2020

Saya ini orang berjaya dan bermanfaat untuk orang lain!
Saya benci kalau hidup saya sia-sia!

Assalamualaikum uols.Hari ni Jumaat Saiyidul Ayyam.Penghulu segala hari.Semoga kita semua mendapat banyak ganjaran   dan...
16/10/2020

Assalamualaikum uols.
Hari ni Jumaat Saiyidul Ayyam.
Penghulu segala hari.
Semoga kita semua mendapat banyak ganjaran dan pahala hari ini sempena KEBERKATAN JUMAAT.Apa lagi pada waktu Zuhur @ SOLAT JUMAAT sedang berlangsung.Perbanyakkanlah berdoa,bertasbih,bertahmid dan berselawat.
Kak Jab nak berikan hati untuk uols yg setia mengunjungi page GFHM.Terima kasih atas sokongan anda.
Kak Jab sasarkan 1000 followers SEHINGGA hujung bulan ini.Korang support dan sharekan PAGE GFHM kalau korang rasa page ni boleh dan banyak memberi manfaat bersama...
Sayang uols 200 kilometer tau...hehehe
Nah...ambik luv Kak Jab ni...💝💝💝

Setiap pagi bermula hari baru untuk kita bangkit dan mencipta SEJARAH.Selepas 24 jam hari ini akan menjadi semalam yg ha...
15/10/2020

Setiap pagi bermula hari baru untuk kita bangkit dan mencipta SEJARAH.Selepas 24 jam hari ini akan menjadi semalam yg hanya tinggal kenangan.Hari kita hanya akan berhenti bila dititikkan dengan kematian di dunia ini.
SEJARAH APAKAH YG MAHU KITA CORETKAN HARI INI?

Assalamualaikum uols!Apa khabar semua terutamanya rakan-rakan peniaga Kak Jab tak kisahlah yg baru cuba-cuba nak berniag...
24/09/2020

Assalamualaikum uols!
Apa khabar semua terutamanya rakan-rakan peniaga Kak Jab tak kisahlah yg baru cuba-cuba nak berniaga atau dah lama berniaga😊
Korang mesti pernah rasa macam Kak Jab kan,stres wooo bila nak jual sesuatu kat orang tapi krik..krik jer.Orang lain menjual masyukkk jer,hari-hari kaching..kaching.
Kita berniaga mulut dah macam kambing termakan racun rumput berbuih-buih..bercerita pasal produk😩
Jari-jemari pun letih menaip layan wasap,buat pos di media sosial.Sorang pun tak sangkut-sangkut😭
Akhirnya kita yg give up....😖😖
Jangan macam tu gais.
Uols jangan patah semangat.Diaorang semua Tu masih sukar nak percaya dan yakin dengan uols sebab tu tak membeli.Teruskan iklan jangan putus asa.Rugi tau kalau tinggal setengah meter jer lagi nak sampai pada punca mata air,korang dah berhenti.Alih-alih orang lain sambung gali terus dapat buat telaga.
Cari ilmu macam mana nak tangkap kepercayaan orang untuk membeli hanya dengan kita seorang...hehehe😈(abaikan ayat tamak Kak Jab..🤭)
Lagi satu gais,kita ni selalu sibuk-sibuk cari prospek-prospek pelanggan baru.Kita lupa kat Cik Bedah adik kita,Cik Minah adik ipar kita(cikgu kat Sekolah Rendah Kg Pinang Sebatang),kita ni selalu membawang dengan geng-geng mesyuarat tingkap,kita lupa yg dekat kedai kopi Pak Mail ramai orang kampung datang mengeteh.Kita lupa nak guna khidmat Kak Senah si pencanang berita seluruh kampung.Sekali berita dia bawak satu kampung boleh tergempar..😆
Jangan malu,jangan segan,jangan kedekut nak bagi si tukang-tukang canang tak bergaji yg dekat dengan kita...buat kerja.
Menyampaikan berita barang jualan kita...Amacam?Berani Cuba?
Ingat ke dak ni,gais?
Jenuh taw Kak Jab menaip ni...🤭🤭

Merdeka!Merdeka!Merdeka!Alhamdulillah uols,negara kita dah 63 tahun MERDEKA.Negara kita aman,makmur bahagia walau berbil...
31/08/2020

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Alhamdulillah uols,negara kita dah 63 tahun MERDEKA.
Negara kita aman,makmur bahagia walau berbilang bangsa rakyatnya.Perselisihan faham serta permusuhan besar jarang-jarang berlaku kerana toleransi bangsa.
Kita semua kena jaga negara kita,Malaysia tau!
Kita tak ada negara lain dah kalau Malaysia musnah.
Sayangi Malaysia
Sayangi KEMERDEKAAN kita.
Merdekakan pemikiran.
Merdekakan hati dan jiwa dari permusuhan serta sengketa.
Kak Jab sayang,uols!

Assalamualaikum dan selamat pagi,luvlies!Dah bergerak memulakan hari baru?Sedikit renungan buat kita semua pagi ni.Janga...
18/08/2020

Assalamualaikum dan selamat pagi,luvlies!
Dah bergerak memulakan hari baru?
Sedikit renungan buat kita semua pagi ni.
Jangan sempitkan REZEKI dengan batasan.
Kemudahan menyelesaikan sesuatu,isteri,anak dan suami yg soleh serta solehah itu rezeki,ada kenderaan yg murah tapi mampu membawa kita ke mana-mana adalah rezeki,cukup sempurna sifat dan minda juga rezeki.
Dapat bernafas lagi melalui hari ini dengan baik dan bahagia juga rezeki...
P/s:-
Ucapkanlah kata-kata HAMDALAH...
Panjatkan kesyukuran selalu...
Rezeki setiap orang ALLAH cukupkan mengikut keperluan masing-masing.Rasa KECUKUPAN itu perlu...
Anda rasa cukup BAHAGIA hari ini?
Alhamdulillah,itu juga satu REZEKI...


Assalamualaikum dan selamat pagi.Hari semalam dah tinggal sejarah.Hari ini permulaan baru untuk mencipta sejarah.Dah ber...
12/08/2020

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari semalam dah tinggal sejarah.
Hari ini permulaan baru untuk mencipta sejarah.
Dah bersedia ke nak mulakan perjalanan hari ini?
Kak Jab doakan semoga semuanya melalui hari yang manis dan dipermudahkan urusan harian....

Address

Selayang
Batu Caves
68100

Telephone

0176042569

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri Fesyen Hijab Muslimah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share