17/01/2022
Ramai Yang Tertipu & Ditindas Semasa Membeli Baju Bundle‼️
👕Seiring dengan kemajuan industri bundle yang mencapai tahap antarabangsa ini, ramai peminat bundle dari setiap pelusuk tanah air kian memahami apa erti dan nilai sebenar sesuatu item yang dijual.
👕Penggemar bundle terbahagi kepada beberapa jenis termasuklah 'collectors', peniaga bundle online dan pembeli biasa.
Disini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk anda yang mungkin baru saja cuba untuk menceburi bidang ini💯. Ternyata ia bukanlah sekadar hobi dan minat, ia juga dapat menjana pendapatan sehingga ada yang menjadi Peniaga Bundle Online sepenuh masa📌.
📌No1. Pastikan Apa Brand dan Corak yang Anda Minat
-Terdapat banyak baju-baju yang berjenama yang semestinya anda tidak mampu untuk membelinya di butik atau pasaraya🙌🏻. Dengan mendapatkannya di kedai bundle, anda boleh membelinya dengan harga berlipat kali ganda jauh lebih murah💥.
Macam mana nak tahu brand tersebut mempunyai tinggi nilainya?
Anda boleh terus search di google dan cuba lihat harga jualan pasarannya💯. Anda juga boleh buat research terlebih dahulu di website official brand tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah keistimewaan & kemewahan yang ada pada brand tersebut.
👕No2. Check Tag Brand
-Hal ini cukup sinonim dengan peminat bundle khususnya yang betul-betul mendalami Brand yang diminati💯. Tag Baju atau Tag Brand di setiap baju perlu diambil kira sebelum kita membeli untuk memastikan item itu benar-benar original!
Kebiasaan nya tag baju terletak di leher atau di sisi bawah baju. Anda perlu pastikan ianya betul-betul menepati spec seperti yang tulen/original.💥
Seperti yang kita tahu, brand-brand ternama kerap di-copy oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dijual pada harga yang lebih murah daripada yang original. Jangan terkejut jika mereka dapat tiru 97% sama macam original!
Bagi Peminat item Vintage p**a, tag untuk brand baju ini kadang kala berubah mengikut peredaran tahun. seperti sesetengah tag ada yang berubah design, warna, bentuk dan sebagainya.
📌No3. Check Jahitan
-Bagi Peminat item Vintage, jahitan pada baju juga diambil kira sebelum mereka membelinya. Jahitan yang saya maksudkan adalah jahitan di lengan, bahu, bawah baju, jahitan ketiak, tengkuk dan sebagainya.💯
Kebiasaannya jahitan lengan dan bawah terbahagi kepada 2 iaitu Single Stitch dan Double Stitch. Perbezaannya adalah satu line jahitan atau dua line jahitan.
Jahitan tulang tepi baju juga seringkali diambil kira oleh mereka yang betul-betul mendalami item vintage. Kebiasaannya baju vintage tidak mempunyai tulang tepi tapi jangan kata yang ada tulang tepi tak vintage p**ak! Ada juga item vintage yang mempunyai tulang tepi atau jahitan disisi baju.📌
👕No4. Check Jenis Fabrik & Kondisi
-Sebelum anda membeli, pastikan jenis fabrik untuk item tersebut. Jika tshirt di Malaysia, kebiasaannya nilai fabrik 50% Cotton 50% Polyester atau lebih dikenali dengan 'Kain 5050' lebih tinggi nilainya berbanding 100% Cotton.💯
Perkara ini dapat dipastikan melalui info yang diletakkan pada tag baju tersebut. Kalau yang dah betul-betul berpengalaman, pegang kain pun dah tau kain 100 or kain 5050.
📌No.5 Check Harga Market & Pasaran Sebelum Membeli!
-Akhir sekali dan paling penting, jangan mudah terburu-buru untuk membayar sebelum anda periksa semua detail di atas!
Yang paling penting pastikan anda periksa harga market sebelum membeli. Jangan Main Bayar Je! Harga Mahal Tak Semestinya Rare!💯
Adalah lebih baik untuk bertanyakan kepada rakan-rakan yang lebih arif untuk menilai sesuatu item samaada berpadanan atau tidak dengan harga yang diletakkan.🔥
Jangan lupa like dan comment page dan share pada kawan yang lain✌🏻
https://www.facebook.com/Topek-Bundle-108833001686256/