20/08/2026
Proton Aapico Motors 3S-Cheras saya sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Team di AAPICO Motors Cheras menunjukkan sikap yang mesra, bertanggungjawab dan sangat membantu. Mereka bukan sahaja menjalankan servis dengan baik, tetapi turut memberikan penerangan yang jelas dan memastikan saya sebagai pelanggan benar-benar memahami keadaan serta keperluan kenderaan saya.Sebagai pemilik Proton X90, pengalaman seperti ini membuatkan saya lebih yakin untuk terus mendapatkan servis di AAPICO Motors Cheras. Saya berharap pihak HQ Proton dapat memberikan penghargaan kepada team AAPICO Motors Cheras kerana telah memberikan pengalaman after-sales yang sangat positif dan mencerminkan imej Proton dengan baik.
Terima kasih AAPICO Motors Cheras. Keep up the excellent service and teamwork. You have definitely earned my trust and recommendation! 👍🏻