05/06/2024
Sebab Utama Mengapa Perlu Cuci Muka Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur
Penting sebenarnya untuk kita cuci muka kita selepas bangun & sebelum tidur. Kotoran yang terkumpul di wajah adalah antara sebab utama kenapa perlu cuci muka dua kali sehari. Walaupun tidur, kotoran tetap hinggap di muka kita.
Sebab sebab lain adalah untuk -
1) Elak bakteria sebab kita tak sedar yang kita banyak kali sentuh muka kita menggunakan tangan kita yang kotor!
2) Kurangkan pertumbuhan jerawat. Mencuci muka dua kali sehari akan mengurangkan penghasilan minyak yang boleh menghasilkan jerawat baru.
3) Membentuk tisu baru. Bila kita cuci muka, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendiri nya.
Jadi kalau nak lebih cantik, wajib cuci muka dua kali sehari!