Kolej Komuniti Bukit Mertajam

Kolej Komuniti Bukit Mertajam https://bio.link/kolejkomunitibm Kolej Komuniti Bukit Mertajam menawarkan Kursus Sijil Fesyen Dan Pakaian.

Kolej Komuniti berperanan menjadi sebuah gedung ilmu yang memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

πŸŽ‰ Tahniah diucapkan kepada pasukan Techno Threads dari Kolej Komuniti Bukit Mertajam atas kejayaan terpilih sebagai Fina...
15/07/2026

πŸŽ‰ Tahniah diucapkan kepada pasukan Techno Threads dari Kolej Komuniti Bukit Mertajam atas kejayaan terpilih sebagai Finalis Program InnoPRENEUR 4.0: Smart Innovation, Future Entrepreneurs dan layak menyertai Bootcamp InnoPRENEUR 4.0.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan hasil daripada usaha, komitmen dan semangat inovasi yang ditunjukkan oleh para pelajar serta pensyarah pembimbing.

🌟 Selamat menjalani Bootcamp InnoPRENEUR 4.0 yang akan berlangsung selama 3 hari, 14 hingga 16 Julai 2026 di Bangi Golf Resort, Selangor.
Sepanjang program ini, para peserta akan mengikuti pelbagai sesi intensif bagi memperkukuh idea inovasi mereka, antaranya: βœ… Penyediaan Business Model Canvas (BMC) βœ… Teknik Pitching yang berkesan βœ… Pengukuhan model perniagaan dan strategi pengkomersialan βœ… Bimbingan daripada mentor serta pakar industri

Semoga pasukan Techno Threads dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini, menimba ilmu, mengasah kemahiran keusahawanan dan seterusnya mengharumkan nama Kolej Komuniti Bukit Mertajam di peringkat yang lebih tinggi.
Selamat maju jaya dan semoga terus melakar kejayaan! πŸ’™βœ¨

πŸ“’ Penyertaan Kolej Komuniti Bukit Mertajam ke Mini Pitching Sempena Community College Competition (MP4C) 2026 Peringkat ...
14/07/2026

πŸ“’ Penyertaan Kolej Komuniti Bukit Mertajam ke Mini Pitching Sempena Community College Competition (MP4C) 2026 Peringkat Kebangsaan.

Kolej Komuniti Bukit Mertajam (KKBM) mengucapkan selamat maju jaya kepada wakil Pelajar Keusahawanan KKBM iaitu Muhamad Adam Bin Abd Khani dan Shamsiah Binti Mohd Zamri yang menyertai Mini Pitching Commercialization Competition @ Community College (MP4C) 2026 sempena Simposium Pengkomersialan Politeknik dan Kolej Komuniti (SIPPKO) Peringkat Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung di Mydin Bukit Mertajam.

Penyertaan ini menjadi platform kepada para peserta untuk membentangkan idea inovasi serta potensi pengkomersialan produk di peringkat kebangsaan, di samping mengasah kemahiran pitching, komunikasi dan keusahawanan.

Semoga para peserta KKBM dapat memberikan persembahan terbaik, memperoleh pengalaman yang bermakna serta mengharumkan nama Kolej Komuniti Bukit Mertajam.
Selamat berjaya dan semoga dipermudahkan segala urusan! πŸ’™πŸ’›

🧡 KURSUS ASAS PENGHASILAN ARTIKEL JAHITAN BERSAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUNKU BAINUNπŸ“… 10 Julai 2026πŸ“ Kolej Kom...
10/07/2026

🧡 KURSUS ASAS PENGHASILAN ARTIKEL JAHITAN BERSAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUNKU BAINUN

πŸ“… 10 Julai 2026
πŸ“ Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Tenaga Pengajar : En Muhammad Khair bin Mad Idris
Pembantu Pengajar : Pn Siti Aisyah binti Idris

Kursus Asas Penghasilan Artikel Jahitan telah berlangsung dengan jayanya bersama pensyarah dan staf IPG TUNKU BAINUN. Peserta didedahkan kepada kemahiran asas mengendalikan mesin jahit, memotong fabrik dengan teknik yang betul dan cara menjahit tote beg. Peserta dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam bidang jahitan.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjana pendapatan di masa hadapan.






Pihak pengurusan Kolej Komuniti Bukit Mertajam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sem...
08/07/2026

Pihak pengurusan Kolej Komuniti Bukit Mertajam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menyertai Program Gotong-Royong KKBM Kebersihan & Keceriaan Kampus pada 8 Julai 2026. Kerjasama, disiplin dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan telah menyumbang kepada persekitaran kampus yang lebih bersih, selesa dan ceria. Semoga budaya menjaga kebersihan dan menghargai kemudahan kampus terus menjadi amalan kita bersama.

Pengarah serta seluruh warga Kolej Komuniti Bukit Mertajam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia (UNES...
06/07/2026

Pengarah serta seluruh warga Kolej Komuniti Bukit Mertajam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia (UNESCO) Georgetown yang disambut pada 7 Julai setiap tahun.

Semoga sambutan ini terus menyemarakkan rasa bangga dan tanggungjawab kita dalam menghargai serta memelihara warisan sejarah, budaya dan seni bina yang menjadi identiti Georgetown.

Pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO membuktikan nilai sejarah dan kepelbagaian budaya yang unik, sekali gus menjadi khazanah yang perlu terus dipelihara untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia (UNESCO) Georgetown!




05/07/2026
02/07/2026

πŸŽ‰ KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI SESI I 2026/2027 TELAH DIBUKA!

Bagi calon yang membuat rayuan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, anda kini boleh menyemak keputusan rayuan mengikut kategori permohonan seperti berikut:

πŸ“Œ Lepasan SPM (UPUOnline)
πŸ—“οΈ Tarikh Semakan: 2 Julai 2026
πŸ•› Masa: Mulai 12.00 tengah hari

Semakan boleh dibuat melalui:
βœ… UPUOnline – http://upu.mohe.gov.my
βœ… Aplikasi UPUPocket
βœ… Aplikasi MyGOV

πŸ“Œ Lepasan SPM & Selain SPM (eBorang MyPOLYCC)
πŸ—“οΈ Tarikh Semakan: 2 Julai 2026
πŸ•” Masa: Mulai 5.00 petang

🌐 Semakan di:
https://ambilan.mypolycc.edu.my

βœ… PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN
πŸ—“οΈ 2 – 8 Julai 2026

Pastikan anda membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tawaran terbatal.

πŸ“… Tarikh Pendaftaran Pelajar: 8 Julai 2026

Tahniah kepada semua yang berjaya!





01/07/2026
πŸ–₯️ KURSUS ASAS AI GENERATIFπŸ“… 27 Jun 2026Hari ini telah berlangsung Kursus Asas AI Generatif sebagai topik penutup dalam ...
28/06/2026

πŸ–₯️ KURSUS ASAS AI GENERATIF
πŸ“… 27 Jun 2026

Hari ini telah berlangsung Kursus Asas AI Generatif sebagai topik penutup dalam Program BAKAT Penghasilan Clutch Bag yang disertai oleh 20 orang peserta.
Kursus ini bertujuan memperkenalkan penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam membantu proses penjanaan idea, penghasilan kandungan pemasaran, penulisan promosi serta penjenamaan produk bagi memperkukuh kemahiran keusahawanan peserta.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mengembangkan perniagaan serta meningkatkan daya saing usahawan seiring dengan perkembangan teknologi digital.
Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada kejayaan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SMK Machang Bubuk dan SMK Sama Gagah atas jemputan kepada Kol...
27/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SMK Machang Bubuk dan SMK Sama Gagah atas jemputan kepada Kolej Komuniti Bukit Mertajam (KKBM) untuk menyertai Karnival Kerjaya yang berlangsung pada hari ini.

Penyertaan ini merupakan satu peluang yang amat bermakna untuk berkongsi maklumat mengenai program pengajian, laluan pendidikan serta peluang kerjaya yang ditawarkan di KKBM kepada para pelajar.

Terima kasih atas layanan yang mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga jalinan kerjasama antara KKBM dan kedua-dua sekolah ini akan terus erat pada masa akan datang.




Address

No 2, Jalan Koperasi, Tmn Koperasi Guru, Jln Tanah Liat
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6045378357

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share