Mr.Clean Laundry & Dry Cleaning Services

Mr.Clean Laundry & Dry Cleaning Services Fokus pada perkara penting, biar kami uruskan dengan pengalaman sejak 1993. 🌟

✨ Trusted Laundry Expert Since 1993! ✨
Kami sedia membantu dengan:
🧺 Servis walk-in untuk cucian segera,
🚪 Pickup & hantar balik di rumah,
Cuci langsir & banyak lagi! A one stop clothing care specialist that offers full range of laundry services - from professional dry cleaning to special fabrics cleaning treatments.

Salam dan Selamat Pagi Semua. Kadang-kadang kita rasa kita boleh buat semua sendiri, tapi kita tak sedar benda-benda kec...
09/01/2025

Salam dan Selamat Pagi Semua.

Kadang-kadang kita rasa kita boleh buat semua sendiri, tapi kita tak sedar benda-benda kecil macam ni sebenarnya mencuri masa dan fokus kita.

Dah Penat, Tapi Bila Nak Ada Masa Untuk Diri Sendiri?Siti seorang ibu bekerja. Setiap hari, hidup dia penuh dengan rutin...
08/01/2025

Dah Penat, Tapi Bila Nak Ada Masa Untuk Diri Sendiri?

Siti seorang ibu bekerja. Setiap hari, hidup dia penuh dengan rutin yang sama.

Pagi-pagi bangun, uruskan anak-anak, hantar ke sekolah, pergi kerja.
Balik dari kerja, dia sambung lagi. Masak, kemas rumah, buat laundry, lipat baju.

Kadang-kadang, masa untuk diri sendiri? Langsung tak ada.

Malam tu, Siti terduduk di dapur.
Dia termenung sambil tengok baju yang bertimbun nak dilipat. Pinggan masih penuh di sinki. Anak-anak dah tidur, dan suami dah lama rehat depan TV.

Dia rasa penat sangat.
Penat fizikal, penat mental.

Dalam hati, dia fikir...
"Sampai bila aku nak terus macam ni? Bila masa untuk aku? Kenapa semua kerja rumah aku yang kena buat?"

Siti buka telefon, scroll media sosial. Dia ternampak satu iklan:
“Trial Servis Laundry RM1 — Pickup, Cuci, Lipat, Hantar Balik.”

Dia baca lagi...
"Lebih banyak masa, lebih tenang, lebih bahagia."

Tanpa fikir panjang, Siti daftar trial RM1 tu.
Dia terus ambil pakej bulanan pickup tiga kali seminggu.

Minggu pertama, dia rasa beza yang sangat besar.
Tak perlu lagi risau tentang laundry. Tak perlu lagi duduk lipat baju sampai tengah malam.

Petang Jumaat, dia dapat buat sesuatu yang dah lama dia tak buat.

Dia bawa diri ke kafe kegemaran. Minum kopi sambil baca buku. Tenang.

Malam tu, dia cakap dengan suami,
"Abang, minggu ni rasa lain. Saya rasa tenang sikit. Boleh rehat. Saya rasa saya perlukan servis ni setiap bulan."

Dan suami dia setuju.
“Tak salah kalau buat sesuatu untuk mudahkan hidup.”

Kadang-kadang yang kita perlukan bukan lebih masa dari 24 jam, tapi servis-servis yang boleh ringankan beban.           ...
08/01/2025

Kadang-kadang yang kita perlukan bukan lebih masa dari 24 jam, tapi servis-servis yang boleh ringankan beban.

"Hadiah Terindah Buat Isteri"Kamal sering buntu setiap kali tiba hari lahir isterinya, Suraya.Walaupun dia berusaha, had...
07/01/2025

"Hadiah Terindah Buat Isteri"

Kamal sering buntu setiap kali tiba hari lahir isterinya, Suraya.
Walaupun dia berusaha, hadiah-hadiah yang dibelinya sebelum ini jarang menggembirakan hati isterinya.

Pernah dia belikan beg tangan, tapi Suraya jarang memakainya. Pernah juga dia hadiahkan set periuk mahal, tapi hanya mendapat senyuman yang hambar.

Bukan Suraya tidak menghargai… tapi mungkin yang Kamal berikan bukanlah apa yang benar-benar dia perlukan.

Suraya adalah seorang ibu dan isteri yang cekal. Setiap hari dia sibuk menguruskan rumah — memasak, membersihkan rumah, menjaga anak-anak, dan paling membebankan, melipat dan mencuci baju tanpa henti.

Kamal perasan perubahan pada Suraya. Dia semakin keletihan. Senyumannya makin pudar, dan tawa riangnya semakin jarang kedengaran.

Satu malam, ketika Kamal sedang melayari telefon, dia ternampak iklan tentang Percubaan Servis Laundry RM1 untuk Seminggu.

Kamal tersenyum kecil. “Mungkin inilah hadiah yang Suraya perlukan…”

Pada hari lahir Suraya, tiada kotak berbalut hadiah di meja. Sebaliknya, Kamal menyampaikan sesuatu yang jauh lebih bermakna.

“Sayang, mulai hari ini kita tak perlu risau tentang laundry lagi. Abang dah daftar untuk servis pickup tiga kali seminggu. Semua baju kotor kita akan diuruskan.”

Suraya terpaku. Matanya berkaca. “Betul ke, abang?”

Kamal mengangguk sambil tersenyum. “Abang nak Suraya ada lebih masa untuk diri sendiri, untuk anak-anak, dan untuk kita.”

Suraya tak mampu menahan air matanya. Bagi dia, ini adalah hadiah paling ikhlas yang pernah dia terima. Bukan sekadar hadiah, tapi keprihatinan dan kasih sayang yang benar-benar menyentuh hati.

Kemudian, mereka pergi bercuti bersama — percutian kecil yang tak pernah dapat dirancang sebelum ini kerana terlalu sibuk dengan rutin harian.

Dan kali ini, Suraya tersenyum ikhlas. Dia tahu, suaminya akhirnya memahami satu perkara penting:

Kadang-kadang, hadiah terbaik bukanlah benda mahal.

Tapi kelegaan dari beban dan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Happy Birthday to you... Apa perancangan korang untuk bagi hadiah pada Isteri tahun ini? Cuba share idea...             ...
06/01/2025

Happy Birthday to you... Apa perancangan korang untuk bagi hadiah pada Isteri tahun ini? Cuba share idea...

"Tak Adil... Penatnya Tak Sama."Ainul ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Suaminya, Razif, bekerja di pejabat dari pa...
06/01/2025

"Tak Adil... Penatnya Tak Sama."

Ainul ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Suaminya, Razif, bekerja di pejabat dari pagi sampai malam. Setiap kali pulang, Razif akan bersandar di sofa sambil menonton TV.

Ainul? Dia tak pernah berhenti.
Bangun awal pagi. Siapkan anak-anak ke sekolah. Masak sarapan. Hantar anak ke sekolah. Balik. Masak lagi. Basuh baju. Sidai. Lipat baju. Kemas rumah. Petang, ambil anak balik. Malam, masak lagi. Dan ulang semua esoknya.

Satu hari, Ainul penat sangat. Dia rasa lemah. Letih yang tak tertanggung. Tapi Razif tak nampak semua tu. Bagi dia, “Aku kerja cari duit. Kau kat rumah, buatlah kerja rumah. Itu adil, kan?”

Tapi adil ke?

Ainul cuba bercakap dengan Razif. “Abang, saya nampak iklan servis laundry ni. Murah je. Boleh kurangkan kerja saya sikit. Saya rasa dah tak larat.”

Razif pandang sambil mengeluh.
“Lagi nak kena bayar? Dah tu, apa kerja awak kat rumah kalau semua nak serah pada orang lain?”

Ainul diam. Dia rasa hati dia remuk. Bukan sebab tak boleh buat kerja, tapi sebab dia tak rasa dihargai.

Sampai satu malam…

Razif pulang lambat. Dia nampak Ainul tertidur di meja makan.
Di sebelah Ainul, ada kain baju yang belum siap dilipat.
Di dapur, ada pinggan mangkuk yang belum dibasuh.

Razif rasa bersalah. Dia tak pernah nampak betapa penatnya Ainul.

Esok paginya, Razif buat keputusan. Dia ambil telefon, buka iklan yang Ainul tunjuk hari tu.

“Abang dah subscribe servis laundry ni. Awak tak perlu buat semua sendiri lagi.”

Ainul hampir menangis. Bukan sebab laundry, tapi sebab akhirnya… Razif faham.

Kadang-kadang, kita tak sedar beban pasangan kita.
Penat kerja tak sama dengan penat urus rumah.

Berikan mereka masa lebih dengan bantuan kecil.
Serahkan urusan laundry pada kami.

Bila kita pilih untuk ringankan kerja dia, sebenarnya kita tengah jaga hati dan cinta dalam keluarga. Fikir-fikirkan lah...
06/01/2025

Bila kita pilih untuk ringankan kerja dia, sebenarnya kita tengah jaga hati dan cinta dalam keluarga. Fikir-fikirkan lah.

05/01/2025

Pergi kedai beli patin tempoyak,
Sambil minum teh tarik,
Penat Kerja, jangan koyak,
Serah laundry, hidup lebih cantik!

"Pernah Rasa Penat Urus Segalanya? Ini Kisah Yang Mungkin Mengubah Hidup Anda…"Kisah Fazura (Bukan Nama Sebenar), dah pe...
03/01/2025

"Pernah Rasa Penat Urus Segalanya? Ini Kisah Yang Mungkin Mengubah Hidup Anda…"

Kisah Fazura (Bukan Nama Sebenar), dah penat urusakan semua benda sendiri...

Dia seorang wanita muda, baru sahaja mula bekerja selepas tamat pengajian. Setiap hari penuh dengan mesyuarat, projek, dan deadline. Malah, hujung minggu pun tak pernah cukup untuk berehat. Dia selalu rasa penat, terkejar-kejar nak uruskan semua perkara—kerja, rumah, dan tentunya... baju.

Setiap kali balik rumah, dia lihat longgokan baju kotor yang menanti. Tentu sekali, tak sempat nak basuh dan lipat, lebih-lebih lagi bila kerja menimbun. Dah la penat, baju tak pernah siap. Tambah pulak, bila hujan, jemuran tak kering. Dobi pun jauh, masa pun tak ada.

Sampai satu hari, dia jumpa servis dobi pickup ni. Pada mulanya, dia agak skeptikal. Tapi, sebab penat sangat, dia cuba. Hasilnya? Hidup dia jadi lebih ringan. Baju yang kotor diambil, dicuci, dilipat, dan dihantar balik ke rumah. Semua urusan selesai tanpa dia perlu buat apa-apa.

Dia cakap, “Kenapa aku tak cuba dari dulu? Sekarang, aku ada lebih banyak masa untuk rehat dan buat apa yang aku s**a."

Kadang-kadang kita rasa macam kita boleh handle semuanya. Tapi, bila cuba servis yang betul, kita baru sedar betapa berharganya masa yang kita ada.

Kalau korang rasa macam tak cukup masa dan penat, cuba je servis ni. Memang berbeza!

Salam Jumaat dan Selamat Pagi Semua. Minggu pertama 2025 dah di penghujung guys. Jangan biarkan masa kita terbuang. Leve...
03/01/2025

Salam Jumaat dan Selamat Pagi Semua. Minggu pertama 2025 dah di penghujung guys. Jangan biarkan masa kita terbuang. Leverage kerja kerja dengan staff atau servis-servis yang ada.

02/01/2025

KENAPA AZAM TAHUNAN SELALU TERTUNDA? JAWAPANNYA ADA DI SINI...

Address

81, Jalan 10/91, Taman Shamelin Perkasa
Cheras
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mr.Clean Laundry & Dry Cleaning Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mr.Clean Laundry & Dry Cleaning Services:

Share

Category