Telekung Siti Khadijah_Srikandi Sue

Telekung Siti Khadijah_Srikandi Sue Authorised Agent cm Personal Shopper for Telekung Siti Khadijah Original.

Setelah hampir sedekad saya tidak keluarkan reka bentuk muka terbaru, hari ini dengan penuh rasa syukur, lahirlah wajah ...
01/07/2025

Setelah hampir sedekad saya tidak keluarkan reka bentuk muka terbaru,
hari ini dengan penuh rasa syukur, lahirlah wajah baru dari Siti Khadijah:
MAHARANI.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,
“Kenapa begitu lama tunggu reka bentuk muka baru?”
Kerana pada saya… ini bukan soal trend semata.
Setiap reka bentuk muka yang saya hasilkan lahir
daripada proses eksperimen, research, dan ujian berulang kali.

MAHARANI ni hasil gabungan rekebentuk muka Original dan Harmoni.

Sejak dari rekabentuk muka Original, hingga ke Harmoni,
kekuatan telekung Siti Khadijah terletak pada
keselesaan, ketelitian, praktikaliti dan
bagaimana ia menaikkan kecantikkan dan seri si pemakai.
Begitu juga dengan MAHARANI.

Tapi,
MAHARANI bukan sekadar rekaan muka baru.
Tapi ia adalah lambang cinta kami kepada semua wanita.
Lambang kekuatan, ketabahan dan kelembutan seorang wanita yang lahir dalam satu helaian telekung.

MAHARANI juga lambang jiwa dan jerih perih pas**an SK selama lebih 15 tahun ini.
Setiap liku perjalanan kami, ada di sebalik lipatan kain dan rekaan ini.

Alhamdulillah.
Hari ini Maharani dilancarkan, dengan harapan ia terus
menemani langkah para wanita… dalam ibadah, dalam doa, dan dalam perjuangan hidup seharian.

Coretan : Puan Padzilah Enda Sulaiman


Salam Jumaat semuaaa🥰HAPPY HOUR‼️Modish AsanohaNow RM 200!(Np RM 288)Material Kuf,selesa👍🏻Nak pm laju2wasap.my/601954964...
23/05/2025

Salam Jumaat semuaaa🥰

HAPPY HOUR‼️

Modish Asanoha
Now RM 200!
(Np RM 288)

Material Kuf,selesa👍🏻
Nak pm laju2

wasap.my/60195496443/asanoha

Tahu tak, masih ramai isteri2 yang tak pernah pakai barang kemas selama bertahun2 perkahwinan sebab tak pernah cukup dui...
23/01/2025

Tahu tak, masih ramai isteri2 yang tak pernah pakai barang kemas selama bertahun2 perkahwinan sebab tak pernah cukup duit nak beli walau sebentuk cincin pun?

Masih ramai ya. Bukan kerana suami tak mahu belikan, bukan kerana tak mahu ada aset atau menyimpan emas. Tapi wang digunakan utk banyak keperluan yg lain. Untuk anak2 dan keluarga. Untuk sesuatu yg lebih penting kepada mereka.

Dan istri2 ni tak pernah meminta, tak p**a merungut atau tk puas hati. Kalau ada yg sebegini sebagai pasangan hidup, hargailah. Walau emas sekarang menjadi trend, mereka tetap bersyukur walau tak ada perhiasan diri.

Sebab mereka tahu, yg utama adalah memahami suami dan tidak membebankannya. Hargailah pasangan sebegini, yang sanggup susah senang bersama.

Masih ramai isteri yang merasakan tidak perlu pun bersaing walau terpaksa hidup dalam kekurangan. Bersyukurlah, kalau kalian salah satu dari mereka. Moga Allah swt melimpahkan rahmat dalam rumahtangga yang penuh kesyukuran.

Masih ada, isteri yang hidup apa adanya. Walau org lain dan jauh kehadapan, mereka tetap setia utuh bersama. Walau terpaksa duduk di rumah, berpenat lelah menjaga anak dan mengurus hal rumahnya. Walau tak pernah disajikan kemewahan dan tak pernah dibawa bercuti kerana kurang kemampuan pasangannya. Dia tetap bahagia. Kerana bahagia itu milik Allah dan kurniaan Allah swt kepada hambaNya.

Rumahtangga yang bahagia bukanlah harta, bukan rupa dan bukan juga kedudukan. Tapi keikhlasan menerima segala kekurangan pasangan dan bersyukur sentiasa. InshaaAllah.

Sumber : Suffiyah Ramadhani

Semasa sarapan bersama pagi tadi, Ayah tidak banyak bercakap. Memang dari dulu Ayah agak pendiam orangnya. Cuma pendiam ...
23/01/2025

Semasa sarapan bersama pagi tadi, Ayah tidak banyak bercakap.

Memang dari dulu Ayah agak pendiam orangnya. Cuma pendiam Ayah masih boleh dibawa bicara. Ada topik tertentu yang kami boleh bualkan bersama. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya Ayah lebih s**a mendengar berbanding dengan berbicara.

Tetapi pagi tadi Ayah lebih diam dari biasa. Mungkin faktor cuaca. Ataupun tatkala di umur senja seperti ini, Ayah semakin kurang berbicara.

Ayah memesan roti telur dan kari kambing. Kami biarkan sahaja Ayah memesan apa sahaja yang dis**ainya. Moga Ayah gembira dengan kep**angan kami berdua menziarahinya di kampung.

Itulah rutin bulanan kami semenjak dari dahulu. Sebulan sekali kami cuba usahakan untuk p**ang menziarahi orang tua di kampung walau sesibuk mana kami sekalipun. Alhamdulillah, rutin lebih 20 tahun itu masih tidak berubah.

Dulu setiapkali kami p**ang, Ayah rajin menyediakan sarapan untuk anak-anak. Ada sahaja hasil tangan Ayah untuk melayan selera kami semua.

Namun semuanya telah berubah setelah pemergian Emak. Kerja-kerja di rumah juga seakan terhenti. Rumput-rumput di sekeliling rumah sudah mula tumbuh meliar tidak seperti dahulu. Ruang di dalam rumah juga sudah mula berhabuk. Menunjukkan sudah agak lama tidak dikemas.

Sedikit barangan Emak yang masih ada, tetap tersimpan kemas di tempatnya. Itulah sisa-sisa kerinduan yang tinggal buat diri Ayah.

Kalau dulu, ada teman buatnya untuk berbual. Kini dia sendirian meneruskan hari-hari tuanya di rumah yang mereka bangunkan bersama suatu masa dahulu.

Sekali-sekala kiranya ada urusan atau jemputan yang perlu disantuni, Ayah akan datang ke rumah anak-anaknya. Tetapi selepas satu ataupun dua hari, Ayah mahu segera p**ang.

Emak masih lagi bertahta di hati Ayah. Setiap pagi tanpa lelah, Ayah akan mengunjungi pusara Emak. Di situlah Ayah meluangkan masa selepas solat Subuh untuk berehat "bersama" Emak.

Pusara Emak dijaga dengan begitu bersih sekali. Di situlah dunia Ayah. Semangat Ayah seolah-olah telah turut pergi dengan pemergian Emak. Tugas kami ialah cuba untuk mengisi kesunyian di hati Ayah.

Moga baki masa yang ada bersamanya dapat kami gunakan sebaik mungkin. Di dalam kehidupan serba kesunyian, kami sebagai anak-anak masih berharap yang kami dapat memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada insan yang amat kami kasihi ini.

Kredit : Dr Khairul Nahar Aminduddin

Big shout out to my newest top fans! 💎 Salbia Ali Al HajDrop a comment to welcome them to our community,
23/01/2025

Big shout out to my newest top fans! 💎 Salbia Ali Al Haj

Drop a comment to welcome them to our community,

FLASH SALE🔥🔥NEW ARRIVAL‼️Modish Jasmina ReSize MRM 150✅(Np RM 178)Yg nak cari telekung bajet..telekung utk infaq/hadiah ...
15/01/2025

FLASH SALE🔥🔥

NEW ARRIVAL‼️
Modish Jasmina Re
Size M
RM 150✅
(Np RM 178)

Yg nak cari telekung bajet..
telekung utk infaq/hadiah boleh grab ni👆🏻

wasap.my/60195496443/pgmodishjasminare

Hot Colour!Hot Selling🔥🔥Telekung yg paling ringan & friendly travel.Soon dah nak cuti sekolah knSo ada yg akn travel per...
15/01/2025

Hot Colour!Hot Selling🔥🔥

Telekung yg paling ringan & friendly travel.

Soon dah nak cuti sekolah kn
So ada yg akn travel pergi bercuti..balik kg

Meh grab 1..standby dlm kereta..

RM 268✅
FREE POSTAGE!

Stock sngatlah limited!
Nak meh wasap laju2

wasap.my/60195496443/ariarosewoodpg

NEW ARRIVALModish Jasmina ReDesign simple tp nampak manis😍Np RM 178Tapi kalau beli 2 sue bg less RM30!Dpt 🗓FREE SK Kalen...
07/01/2025

NEW ARRIVAL
Modish Jasmina Re

Design simple tp nampak manis😍

Np RM 178
Tapi kalau beli 2 sue bg less RM30!

Dpt
🗓FREE SK Kalendar 2025
🛍FREE Retails Bag
🚚FREE Shipping

wasap.my/60195496443/modishjasminare

1 Rajab adalah hari penting bagi umat Islam kerana ia menandakan permulaan bulan Rajab, salah satu daripada empat bulan ...
31/12/2024

1 Rajab adalah hari penting bagi umat Islam kerana ia menandakan permulaan bulan Rajab, salah satu daripada empat bulan haram dalam Islam (Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan Rajab). Dalam bulan haram ini, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi dosa kerana ia adalah bulan yang dimuliakan Allah.

Antara sebab 1 Rajab dianggap istimewa:

1. Permulaan Bulan Haram
• Bulan Rajab adalah bulan di mana umat Islam digalakkan mempertingkatkan ibadah seperti puasa sunat, solat, dan berzikir.

2. Persediaan Menjelang Ramadan
• Rajab dianggap bulan untuk “pemanasan rohani,” diikuti oleh Syaaban sebelum memasuki Ramadan. Ia adalah waktu terbaik untuk memperbaiki ibadah.

3. Peristiwa Penting dalam Sejarah Islam
• Antara peristiwa yang dikaitkan dengan bulan Rajab ialah Israk dan Mikraj, walaupun tarikhnya berbeza pendapat. Ia berlaku dalam bulan ini dan menjadi peringatan kepada umat Islam tentang keutamaan solat.

4. Peluang untuk Taubat dan Kebaikan
• Rajab sering dikaitkan dengan rahmat dan keampunan. Ramai ulama menyarankan memperbanyakkan istighfar pada bulan ini.

Kesimp**annya, 1 Rajab adalah hari yang membuka peluang untuk umat Islam memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Bagi yang merancang amal sepanjang tahun, bulan ini adalah titik mula terbaik!

Dari : BosDin Magic Blue

KOUYOU QUILTED BASIC SEJADAHDtg dengan mist prayer wangiSiap kotakHarga RM100Beli 3 helai free sejadah mini 👇🏻wasap.my/6...
31/12/2024

KOUYOU QUILTED BASIC SEJADAH

Dtg dengan mist prayer wangi
Siap kotak

Harga RM100
Beli 3 helai free sejadah mini 👇🏻

wasap.my/60195496443/kouyouquiltedsejadah

NEHIR CARPET SEJADAHSejadah ala2 carpet mewah Tebal & lembutCorak minimal dgn gabungan colour2 softSelesa utk solat.Prom...
31/12/2024

NEHIR CARPET SEJADAH

Sejadah ala2 carpet mewah

Tebal & lembut
Corak minimal dgn gabungan colour2 soft
Selesa utk solat.

Promo kali ni mmg murah betul!

Buy 1 RM 150
Buy 2 RM 250(RM 125/pcs)

wasap.my/60195496443/nehirsejadahpg

Malam nie, malam pertama bulan Rejab...Malam yang sangat mustajab doa (kitab As-Sunanul Kubra karya Imam Al-Baihaqi - Im...
31/12/2024

Malam nie, malam pertama bulan Rejab...Malam yang sangat mustajab doa (kitab As-Sunanul Kubra karya Imam Al-Baihaqi - Imam As-Syafie menukilkan)

1. Hati-hati dengan mulut dan lidah.

Malam nie...Bila lihat anak, sebut yang baik-baik kerana mungkin apa yang kita sebut Allah angkat sebagai doa yang termakbul.

Banyakkan menyebut

Allahumma Faqqihhum Fiddiin
Wa 'allimhum ta'wiil.

Minta Allah kurniakan kefahaman kepada anak kita tentang agama dan juga ilmu yang terkandung dalam Al-Quran ( Tafsir )

Doa juga..

Ya Allah,

Cantikkanlah Akhlak anak2 ku sebagaimana indahnya akhlak Rasulullah SAW.

Ya Allah,

Berkatilah segala rezeki yang anak2 ku makan
jadikanlah mereka Ulama' dan juga Pemimpin yang Engkau redha 🤲

2. Istighfar

Astaghfirullaah
Waliwaalidayya

Rabbighfir lii
Warhamnii
Wa tub 'alayyaa

3. Laa Ilaaha illallaah (100 Kali)

4. Doa yang Rasulullah SAW baca dalam bulan Rejab.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Allâhumma bârik lanâ fî rajab wasya‘bân waballighnâ ramadlân.

(Lihat Muhyiddin Abi Zakariya Yahya bin Syaraf An-Nawawi, Al-Adzkâr)

5. Sedekah

دَاوُوا مَرضاكُمْ بِالصَّدقةِ

“Rawatlah pesakit itu dengan sedekah.”

(HR Abu Daud, dinilai Hasan)

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”

(HR Muslim)

Berkata Imam al-Syafie RA:

“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”. [Lihat: al-Um, 1:264]-IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-70: KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN ( Pejabat M***i Wilayah Persekutuan)

Aminah Mat Yusoff

Address

Chukai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Telekung Siti Khadijah_Srikandi Sue posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Telekung Siti Khadijah_Srikandi Sue:

Share