20/11/2018
Macam2~ TIPU/Reka tarikh last menstrual period (LMP) mmg terjadi di kalangan ibu2 terutamanya yg nak elakkan doktor/nurse 'membebel' sebab jarak dekat sgt dgn baby sebelum itu.
Memang saya sendiri pernah jumpa banyak kes tipu tarikh last period yang mendatangkan banyak masalah & komplikasi.
Memang ramai yang taknak doktor/nurse 'bising' sebab jarak dgn baby sebelum terlalu rapat, maka mereka akan 1) lambat buka buku pink 2) tipu tarikh last menstrual period 3) Buat2 lupa tarikh last period walaupun mmg ingat...
Jom kita tgk antara efek yg boleh berlaku, sy bg cth antara yg simple & mudah dipahami, walaupun lagi b*k efek lain yg lebih complicated. Nak buat ibu2 senang paham ye.
1) tarikh edd(estimated due date) kita akan lari, kalau baby lahir awal, (tapi sebenarnya mengikut tarikh LMP sebenar, baby dah cukup bulan) tapi ikut tarikh yg ditipu, baby akan dilabel prem baby, akan diberi suntikan matangkan paru2 dan lain2 yg sepatutnya tak perlu pun...(sedangkan LMP yg betul pun lari 1-2 minggu, apatah lagi LMP yang ditipu! Kan bahaya tu)
2) Bila doc scan, tgk eh lain pertumbuhan janin berbanding usia kandungan (ikut tarikh yg ditipu tadi) semua parameter akan jadi lebih tinggi (baby lebih besar) mula la kena minum air gula dan sebagainya, pastu ibu2 juga yg bising kenapa kena minum air gula π
3) mungkin kita rasa xpe la tipu tarikh last period dalam 3-4 minggu, tapi kita taktau efek dia besar, kerana setiap perubahan/pertumbuhan pada kandungan itu penting.
4) Kalau kandungan kita pertumbuhan dia lambat, tapi ikut scan berdasarkan tarikh yg ditipu, pertumbuhan dia normal tp sebenarnya adalah tak normal π« macam mana doktor nak tau kalau tarikh kita tipu...
Utk mengelakkan 'bebelan', kita pilih utk merisikokan nyawa kandungan kita? Pikir2kanlah.
Bukan nak salahkan sesiapa, tapi kadang2 sebab kita x tahu atau kurang ilmu tentang kehamilan, kita akan buat\terikut apa yang orang suruh...
Jangan percaya atau terikut dengan fakta2 yang tak berapa nak betul di media sosial~ Pastikan datang dari sumber yang benar dan bertanyalah pada yang pakar.
P/S: Jom dapatkan buku baby otw~ panduan sepanjang kehamilan anda π