01/06/2026
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Seluruh warga Kumpulan Jakel mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan yang berpanjangan.
Semoga Kebawah Duli Tuanku terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kemakmuran.
Dirgahayu Tuanku.
Ikhlas daripada,
Kumpulan Jakel