02/07/2026
Kerana enggan menandatangani surat 'perjanjian', lelaki membunuh teman wanita dengan menekupnya guna bantal hingga hingga sesak nafas dan meninggal dunia.
Amirul Amin Amirruddin, 23 dihukum penjara 32 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh kekasihnya dengan cara menekupnya dengan bantal hingga sesak nafas dan meninggal dunia
Mangsa, Nurul Shahira Abdullah, 24, meninggal dunia akibat sesak nafas selepas mukanya ditekup menggunakan bantal.
Kejadian berlaku selepas pertengkaran apabila tertuduh enggan menandatangani surat perjanjian yang diminta mangsa supaya tidak meninggalkannya.
Hakim memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tiada unsur provokasi melampau.
Mahkamah turut mendapati tertuduh mempunyai masa untuk berfikir serta memilih tindakan lain, namun tetap terus menekup muka mangsa sehingga tidak lagi bernafas. Tertuduh mengakui melihat mangsa bernafas perlahan dan tersekat-sekat ketika mukanya ditekup menggunakan bantal.
Hukuman penjara berkuat kuasa bermula 24 Ogos 2022, iaitu tarikh tangkapan.
Peguam memohon hukuman minimum atas faktor usia muda dan perubahan positif tertuduh ketika dalam tahanan.
Pendakwaan p**a memohon hukuman mati kerana pembunuhan dilakukan secara kejam ketika mangsa bergelut untuk bernafas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan jika hukuman mati tidak dikenakan.
Sebelum ini, tertuduh dihukum penjara tujuh tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh, namun keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan yang mengarahkan dia dibicarakan atas pertuduhan membunuh.
Sumber: Sinar Harian
Foto: BERNAMA