Mr.Gjoes_Store

Mr.Gjoes_Store gjoes_store
📍 🇲🇾
📍💯 Authenthic Used/Prelove Item From 🇯🇵
📍Seller of Any Vin

Selalunya bila sebut kes mahkamah melibatkan adik-beradik, mesti kita terbayang isu perebutan harta pusaka atau tanah. T...
05/12/2025

Selalunya bila sebut kes mahkamah melibatkan adik-beradik, mesti kita terbayang isu perebutan harta pusaka atau tanah. Tapi kisah benar yang berlaku di Arab Saudi ini sangat berbeza dan cukup untuk buat kita rasa sebak.

Seorang lelaki tua bernama Hizam Al-Ghamdi terpaksa berlawan dengan adiknya sendiri di hadapan hakim. Mereka bukan bergaduh sebab duit, sebaliknya masing-masing tak nak mengalah siapa yang patut jaga ibu mereka yang dah sangat uzur.

Hizam berkeras dia nak terus jaga ibunya macam yang dia buat selama ini sebab itu nyawa dia. Tapi si adik p**a tak setuju sebab dia nampak abangnya sendiri pun dah tua dan perlukan rehat.

Keadaan di mahkamah jadi sangat emosi bila dua-dua merayu dekat hakim supaya diberikan hak penjagaan. Hakim yang buntu akhirnya panggil ibu mereka masuk untuk buat pilihan sendiri.

Jawapan ibu mereka sangat menyentuh hati bila dia cakap dia tak mampu nak pilih sebab dua-dua anak itu ibarat matanya kiri dan kanan. Disebabkan ibu tak sampai hati nak pilih, hakim terpaksa buat keputusan berdasarkan logik akal.

Mahkamah memutuskan hak penjagaan diserahkan kepada si adik sebab faktor usia dan tenaga yang lebih kuat berbanding Hizam. Saat keputusan itu keluar, suasana jadi pilu bila Hizam terus menangis teresak-esak di situ juga.

Dia menangis bukan sebab takut atau sedih kena hukuman. Air mata itu tumpah sebab dia rasa dia dah 'kalah' dan hilang peluang keemasan untuk berbakti pada ibunya di sisa hidup yang ada.

Kredit to Viral Superking

13/07/2025

Celebrating my 7th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉

TAKDIR ALLAH ITU TIDAK PERNAH TERSILAP. SEMUANYA SEMPURNA PADA WAKTUNYA.Bas itu…Sepatutnya dipandu oleh abahnyaTapi mala...
11/06/2025

TAKDIR ALLAH ITU TIDAK PERNAH TERSILAP. SEMUANYA SEMPURNA PADA WAKTUNYA.

Bas itu…
Sepatutnya dipandu oleh abahnya
Tapi malam tu, abahnya tak dapat bawa, sebab kena hantar anak-anak ke KL.

Maka digantikan dengan pemandu lori yang baru sahaja masuk jadi driver gantian.

Dan malam itu…
Bas itu terbalik.

Di tempat lain p**a, ada seorang pelajar , yang terlambat 10 minit .
Lalu pada malam itu, bas pun berlalu pergi tanpa dia.

Mungkin masa tu dia menangis.
Rasa kecewa.
Rasa terkilan sebab tak sempat naik.

Tapi siapa sangka…
10 minit itu sebenarnya yang menyelamatkan nyawa dia.

Bila kita renung balik , kita nampak betapa semua ini bukan kebetulan.

Allah yang atur setiap detik.
Setiap siapa yang naik, siapa yang tak sempat.
Siapa yang bawa, dan siapa yang tak jadi bawa.

Hinggakan siapa yang duduk seat kiri, siapa duduk seat kanan, siapa duduk depan, siapa duduk belakang juga memberi kesan berbeza pada impact pelanggaran.

Namun… ini bukan bermakna mereka yang pergi itu tidak bernasib baik.
Sama sekali tidak.

Sebenarnya, Allah telah pilih mereka.
Kerana itulah hari yang Allah sudah tetapkan sebagai hari p**ang mereka.

Hari yang sudah tertulis dalam Lauh Mahfuz bahkan sebelum mereka dilahirkan lagi.

Dan mungkin…
Mereka lah yang pergi dalam keadaan paling tenang.

Ada yang sedang tidur.
Ada yang tidak sempat rasa sakit.

Pulang di usia muda, lalu terselamat dari fitnah dan godaan dunia yang semakin dahsyat ini.

Mungkin itulah sebaik-baik penutup untuk mereka.
Suci. Redha. Terpelihara.

Dan pada pemandu bas gantian malam itu, pasti ada trauma yang menghimpit.

Mungkin ada teguran dari Tuhan bukan untuk dia semata tapi untuk kita semua pengguna jalan raya yang kadang juga leka atau memandu sesedap rasa.

Dan abah yang sepatutnya bawa, pasti kerana belum masa dia.
Allah masih beri peluang untuk menambah amal, menebus dosa, dan terus memberi kasih kepada keluarga.

Inilah Qada’ dan Qadar..
Rukun Iman keenam yang kita harus percaya…

Setiap orang yang pergi, yang tinggal, yang tertinggal, semuanya sedang berada dalam takdir terbaik yang Allah pilih untuk mereka.

Ya Allah…
Ampunkan dosa-dosa mereka yang telah pergi.
Tempatkan mereka dalam kalangan hamba yang Engkau kasihi.
Dan kuatkan hati semua keluarga yang sedang merawat luka.

Dunia cuma tempat singgah…
Bukan tempat tinggal, tapi hamparan mengumpul amal.

AlFatihah buat semua mangsa tragedi bas ini.

8 anggota FRU maut nahas dengan lori batu di Teluk IntanTELUK INTAN - Sekurang-kurangnya lapan dilaporkan maut dalam nah...
13/05/2025

8 anggota FRU maut nahas dengan lori batu di Teluk Intan

TELUK INTAN - Sekurang-kurangnya lapan dilaporkan maut dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus -Sungai Lampam di sini pada Selasa.

Maklumat awal memaklumkan, kesemua mangsa yang maut merupakan anggota FRU dengan sebahagiannya cedera parah akibat tersepit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan jam 8.54 pagi melibatkan kenderaan FRU membawa 15 penumpang dan pemandu.

"Setakat ini mangsa yang disahkan maut seramai lapan orang. Mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke hospital.

"Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan p**ang ke Ipoh selepas tugas Op Chariot di Teluk Intan.

NORMAWATI ADNAN
13 May 2025 10:09 am

Artikel ➡️ Sinar Harian
-------------------------------------
Anggota yang meninggal dunia di tempat kejadian.

1. Sjn 1444998 Perumal A/L Sugunanathan
2. Kpl 175697 Nurit Ak Pandak
3. Kpl 182015 Amiruddin Bin Zabri
4. Kpl 158356 Mohd Pozli Bin Jaudin
5. Kpl 192419 Akmal Bin Muhamad
6. Kpl 191640 Mohamad Hilmi Bin Mohd Azlan
7. L/Kpl 212315 Damarrulan Bin Abdul Latif
8. Konst 240170 Akmal Wafi Bin Annuar

10 anggota yang cedera di bawa ke Hospital Teluk Intan.

1.kpl 145958Haslizal bin mohd Ali
2.kpl 195894 Syed isfan bin syed mohd
3.sjn 139425 mazlan bin mat
4.sjn 145088 Mohd Parih bin Ali
5.kpl 187267 Mohd harrisul ikhsan bin mohd mahabudin
6.kpl 160486 Nizam bin tarmizi
7.kpl 196255 Mohammad Zulnaidi bin Muhammad Zullkifli
8.kpl 162748 Mohd Izwan bin Hj ishak
9 SJN 151074 Mohd Roslan bin Abd Rahim
10.lkpl 213379 Muhammad Aniq Taufiq bin Rozi

Untuk makluman.
Kredit to

07/05/2025

Innalillahiwainnailaihirojiun

Seorang Pelakon Terkenal Drama NUR meninggal dunia , Jika tidak sibuk sedekahkan Al-Fatihah 🤲🏼

Laman web penting buat mak ayah yang ada anak lepasan SPM dan lepasan STPM setaraf perlu tahu.Kalau boleh, mohon saja se...
25/04/2025

Laman web penting buat mak ayah yang ada anak lepasan SPM dan lepasan STPM setaraf perlu tahu.

Kalau boleh, mohon saja semua. Tak rugi pun. Setakat ni yang saya tahu, UPU saja kena beli nombor pin.

Ingat! Biar pening memilih daripada pening tak dapat.

1. Laman web UPU. Ini untuk permohonan 18 (lepasan SPM setaraf) 20 (lepasan STPM setaraf) universiti awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Mara dan Kolej Profesional MARA -
https://upu.mohe.gov.my/

2. Laman web UPTVET. Setakat ini, ini laman web yang saya jumpa.
Laman web utama - https://mohon.tvet.gov.my/
Katalog kursus (mungkin akan dikemaskini) - https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog

3. Laman web Matrikulasi KPM. Sudah dibuka bermula 1 Disember 2024 -
https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm

4. Laman web IPG. Sedang dikemaskini -
https://pismp.moe.gov.my/

5. Laman web TVET Mara (KKTM, MJII dan IKM) -
www.tvetmara.edu.my

6. Laman web KPTM (Pendidikan Tinggi MARA) -
https://www.kptm.edu.my/ms/

7. Laman web UPTM (Pendidikan Tinggi MARA) -
https://www.uptm.edu.my/

8. UniKL (Pendidikan Tinggi MARA) -
https://intake.unikl.edu.my/

9. GIATMARA (Institusi Pendidikan TVET MARA) -
https://giatmara.edu.my/

10. German-Malaysian Institute (Institusi Pendidikan TVET MARA) -
https://www.gmi.edu.my/

11. Semakan ke tingkatan 6 -
https://sst6.moe.gov.my/semakant6/index.cfm

Sumber gambar: Careercube.
Sumber teks : Abdul Muiez

Address

Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mr.Gjoes_Store posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category