13/02/2022
4 Tips Mengajar Bayi Anda Tidur Sendiri
1. BAWA BAYI KELUAR PADA WAKTU SIANG
Pada waktu pagi atau petang, apabila keadaan cuaca adalah baik, bawa bayi keluar bersiar-siar atau bermain di luar rumah. Ini kerana, bukan sahaja kita, malah bayi juga akan tidur dengan lena apabila dapat menikmati udara segar dan membuat aktiviti luar di bawah cahaya matahari.
2. BEZAKAN WAKTU SIANG DAN MALAM
Menurut Robert Ballard, Pengarah Sleep Health Center di National Jewish Medical Center, Denver, sekiranya bayi masih menyusu, lakukan isyarat tertentu bagi membezakan penyusuan pada waktu siang dan malam.
Pada waktu siang, ibu boleh menyanyikan lagu yang rancak untuk bayi atau bergurau senda dengan menggeletek tapak kaki bayi dan sebagainya. Suasana menyusu pada waktu malam p**a seharusnya lebih tenang, dengan lampu malap serta elakkan sebarang perkara yang boleh mendorong bayi untuk terus aktif pada waktu tidur. Dengan cara ini, bayi pasti dapat membezakan waktu siang dan malam sekaligus bayi tidak perlu didodoi untuk tidur.
3. BIARKAN BAYI SEPARA SEDAR
Bayi sememangnya berasa sangat selamat dan selesa tidur dalam pelukan kita. Tidak salah jika kita menidurkan mereka dengan cara sebegini pada awalnya. Namun apabila mereka sudah mula terlena, kita boleh meletakkan bayi di katil dan buat sedikit gerakan yang akan membuatkan bayi terjaga separa sedar.
4. SENTUHAN SEMASA BAYI MULA TIDUR
Apabila bayi yang sedang tidur telah berjaya diletakkan di katil, usah bergegas tinggalkan bayi. Dalam keadaan bayi terjaga separa sedar sewaktu kita meletakkan mereka ini, beri sentuhan sama ada di tangan atau di kepalanya agar bayi dapat merasakan kehadiran kita di sisinya. Apabila bayi sudah terlena semula, barulah kita beredar.
kredit @ Eyza Faizah/siraplimau.com