Johor Vintage Festival adalah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Peniaga Bundle Malaysia Cawangan Negeri Johor. Ianya satu program untuk memberi pendedahan pengetahuan kepada masyarakat mengenai pakaian terpakai sambil memberi peluang kepada peniaga bundle menambah pendapatan . Ianya bukan sekadar pakaian terpakai semata-mata, tapi ianya lebih bernilai dari itu dari segi sejarah d
an pendidikan. Industri Bundle bukan terhad hanya di dalam Malaysia sahaja, tapi ianya diminati diseluruh dunia. Tahun 2018 adalah tahun pertama program Johor Vintage Festival ini dijayakan pada bulan Kemerdekaan. Lebih 80 peserta/vendor telah terlibat menjayakan edisi pertama. Bukan hanya peserta/vendor dari seluruh Malaysia sahaja, malah peserta/vendor dari luar negara seperti Thailand dan Indonesia juga terlibat hadir menjayakan program ini. Jumlah pengunjung yang hadir juga terdiri dari dalam dan luar negara. Impak dari program ini secara tidak langsung telah merancakkan industri perlancongan. Sekurang-kurangnya, hampir 10 ribu pengunjung telah hadir ke Johor Vintage Festival. Susulan dari program yang pertama yang berjaya dengan sambutan yang menggalakkan dari pengunjung. Maka program ini diteruskan pada tahun kedua 2019. Untuk tahun kedua penambahan pengunjung melebihi angkat 15 ribu dari dalam dan luar negara. Namun program ini tidak dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya kerana negara kita dilanda pandemik Covid-19. Hampir 3 tahun program ini tergendala. Diharap tahun 2022 dapat diteruskan kembali program Johor Vintage Festival Vol.3