24/10/2025
“Kenapa awak dan anak awak berdiri dekat bus stand sana? Awak tunggu siapa?” tanya Sufi lembut.
Syuhadah telan liur. Agak perit saat liurnya turun ke kerongkong. Bibirnya yang kering seperti mahu bergerak. Matanya yang sembab memandang tepat wajah Sufi. Sufi, menunggu jawapan yang keluar dari mulut Syuhadah dengan sabar.
“Saya… saya tak tunggu siapa-siapa,” jawab Syuhadah dengan nada tenggelam timbul.
Kening Sufi berkerut.
“Tak tunggu siapa-siapa? Habis, awak tunggu siapa kat situ? Bahaya malam-malam awak berdiri kat situ dengan anak awak ni. Nasib baik saya yang nampak awak, kalau orang jahat yang nampak awak? Awak nak saya hantar awak balik ke?”
Syuhadah lekas menggeleng saat Sufi menawarkan untuk menghantarnya p**ang. Sufi semakin hairan. Kenapa wanita ini berkeras tak mahu p**ang?
“Tolong jangan hantar saya balik, Cik Sufi,” rayu Syuhadah dengan wajah yang sedang ketak*tan.
“Kenapa? Kenapa awak tak nak balik? Apa yang jadi pada awak, Syuhadah? Cuba awak cerita kat saya.”
Sufi pandang dalam-dalam wajah Syuhadah. Syuhadah menunduk. Kedua-dua tangan mencengkam bajunya dengan kuat. Hujung bibir bawah digigit. Dia cuba untuk bertahan dari menangis.
“Saya…”
Syuhadah ketap bibir. Kepala semakin menunduk. Cengkaman di baju semakin kuat. Hatinya rasa pedih. Kejadian tadi serta-merta menerjah di iris matanya.
“Saya… suami saya dah halau saya. Dia… dia ceraikan saya, halau saya dengan anak kami tadi. Kami tak ada tempat nak tuju. Kepala saya kosong. Saya tak ada arah tuju. Yang saya nampak hanya bus stand tu. Hanya tempat tu saja yang boleh buat kami berteduh untuk malam ni.”
Iris Sufi membuntang saat mendengar pengakuan Syuhadah. Dia beristighfar. Tak sangka begitu berat ujian yang sedang dihadapi oleh wanita ini.
“Saya…”
Syuhadah tunduk lagi. Kali ini, air matanya laju menitik ke bawah.
“Saya bersalah dengan anak saya. Di sebabkan saya seorang isteri yang tak sempurna, selalu sakit dan menyusahkan suami saya, anak saya turut terkorban sama. Saya bukan ibu yang baik. Saya betul-betul berdosa dengan anak saya.”
Akhirnya, air mata yang ditahan-tahan terhambur keluar. Syuhadah menangis teresak-esak. Bahunya terhinggut-hinggut diiringi air mata laju turut ke p**i.
Sufi tak sampai hati melihat wanita itu menangis dalam kesakitan. Dia bangun dan mendapatkan wanita itu. Bahu Syuhadah dipeluk. Belakang wanita itu ditepuk-tepuk perlahan demi menenangkan wanita itu.
“Jangan salahkan diri awak. Awak dah buat yang terbaik. Awak tak minta semua ni. Awak tak salah. Kuat ya, Syuhadah. Kuat demi anak awak,” pujuk Sufi.
Untuk Tempahan/Pertanyaan :
https://www.wasap.my/60105457915/EBOOKSUFI