11/06/2026
Anak asyik nak ngadap gadget je? Meh nak sharekan 5 aktiviti simple nak latih fine motor skills anak kat rumah:
1. ​Main sepit baju - Minta dorang sepit dekat tepi kotak. Benda ni latih jari dorang buat 'pincer grasp' (cubit).
2. ​Koyak kertas - Bagi surat khabar lama, suruh dorang koyak kecil-kecil. Serius bagus untuk kekuatan tangan.
3. ​Main playdough - Uli, picit, golek. Sambil main, sambil exercise otot jari!
4. ​Masukkan butang dalam botol - Buat lubang kat penutup botol, minta anak masukkan butang satu-satu. Latih fokus sekali.
5. ​Kupas telur rebus - Next time masak telur, suruh anak tolong kupaskan. Nampak renyah tapi skill ni mahal tau.