Batik WLS

Batik WLS Batik WLS Menawarkan Kaftan dan Sutera Crepe yang dilukis dengan tangan dengan harga yang berpatutan. Semuanya setakat ini didatangkan daripada Terengganu...

=======================================ANDA S**A DIKEJUTKAN DARI TIDUR ANDA??=======================================Saya...
18/11/2016

=======================================
ANDA S**A DIKEJUTKAN DARI TIDUR ANDA??
=======================================

Saya Sangat Teruja Dan Berbesar Hati, Menyusuri Seketika Minda Anda Dengan Perkongsian Menarik Hari Ini.
Lebih Menarik Lagi, bila berjumpa sendiri Guru Saya Tn Hj Fadzli Yusof Dari NLP Malaysia, pengasas Program IMPAK.
Apa Yang Menarik?
Ya, Keberkesanan Nya Bila Anda Dengarkan sendiri perkongsian ILMU secara LIVE daripada beliau dari atas PENTAS KECEMERLANGAN.
Kenapa?
Sebab, Anda PENAT Jika Terus Biarkan Hidup Anda Tanpa Perubahan Lebih Baik, Sama Ada Kepada PERIBADI, KELUARGA & KERJAYA Anda.
Bila Perkongsian Ini?
Minggu DEPAN yang semakin HAMPIR.
Izinkan Saya Berikan Hadiah Exclusive Ini Hanya Utk Rakan Rakan Saya Dalam Group Ini Sahaja.
Perkongsian NLP Programme Bulan November Ini.
-
Kerana Antara Komplikasi Nya Adalah..

Anda Pernah Beriklan Tapi TIDAK Memberansangkan??
Bagaimana Perubahan Yang Boleh Saya Bantu Anda Sekarang?
Jika Anda Memahami NLP, Tahukah Anda Boleh Ulang Kejayaan Itu Bila Bila Masa Diperlukan.. Taw kah..?
-
Jadi,.
Tahniaah Anda CEPAT, PANTAS Dan BERTINDAK Sebagai Seorang JUARA.
Apabila Anda Fikirkan, Diri Anda Sekarang, Telah Mendaftarkan Set VVIP...
Tentu Teruja Utk Terokai Pengisian Program NLP Ini, Kan?Kemudian Anda Menerima Lamaran LINK Dibawah Ini.
-
Jangan Anda Daftarkan Lagi, Jika Anda Memilih Tidak Inginkan KEJAYAAN. Saksikan Sahaja Perkongsian Video Seminar Ini Di Laman You Tube Anda Di Rumah. Anda Bersetuju Dengan Saya?
-
TAWARAN Terhad, Ditutup Bila Bila Masa Bila Kuota Penuh.
-
Ia Telah Mampu Merubah Hidup Ramai Orang Dan Juga Mampu Merubah 360 Kitaran Hidup Anda.
Terima Kasih,
Temui Saya Dan Bersama Rakan Lain Yang Berjaya, Di NLP Program Seminar IMPAK.

Info Link: bit.ly/createyoursuccessstory

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah. Moh hijrah diri lebih baik daripada semalam. Dah lama menyepi di sini. Selamat da...
26/10/2014

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah.

Moh hijrah diri lebih baik daripada semalam.

Dah lama menyepi di sini. Selamat datang kepada yang sudi menyinggah.

Tak lama lagi nak buat sesuatu kat page ni.

Tunggu....

28/08/2014

”Cerita kau hari tu pasal teh daun gaharu tu, aku minatlah.” ”Eh, tiba-tiba aku TERselalu datang meja kau. Sedaplah jajan ni. Nak beli banyak boleh? Hehe.” Ini pengalaman adik perempuan saya sendiri di pejabat. Dia bukannya selebriti pun, iras-iras artis jauh sekali. Nak kata ramai kawan pun, biasa-…

Selamat Beramal.....
30/01/2014

Selamat Beramal.....

Lagi Sutera Crepe yang digayakan oleh teman sepejabat ... yang lain-lain sekadar model hiasan. Cantik bila dah jadi baju...
23/01/2014

Lagi Sutera Crepe yang digayakan oleh teman sepejabat ... yang lain-lain sekadar model hiasan. Cantik bila dah jadi baju, dan yang menariknya, si pemakai tampak lebih langsing... :) Tq Kak Dil

Lihat sendiri :(
19/01/2014

Lihat sendiri :(

Kesan Makan Maggi Pada Kesihatan. Maggi sangat beracun lebih dari syabu Consumer Info, Discussion

08/11/2013

Haaa salam petang jumaat yang baraqah... Kepada semua bakal pengantin, sila ambil perhatian... :)

12/10/2013

Tempoh hari, tentang yogurt & perut.. kali ini tentang antioksidan dan organ dalaman p**a!

Mukaddimah;

Saya selalu terfikir begini, luka diluar boleh kita letak ubat, apa-apa krim daripada farmasi atau madu untuk tujuan penyembuhan luka tersebut.. tetapi bagaimana p**a luka dalaman, kerosakan organ atau kerosakan sel-sel dalaman kita yang memang kita tidak pernah dan tidak akan pernah melihatnya???

Jika tahu pun, setelah kegagalan organ berfungsi dengan baik, contohnya diabetes iaitu kencing manis.. penyakit yang terhasil daripada kerosakan pada pankreas..

Memang betul ada cara merawatnya, dengan mengambil ubat yang diberi oleh doktor perubatan moden atau berubat kampung.... bermacam-macamlah petua makan itu, ini dan sebagainya.. Selalunya kita termasuk saya juga akan fokus kepada pemakanan, dan selalunya APA YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN... iaitu makanan manis. Sila jangan salah faham di sini ye, saya bukan penghidap diabetes.. Selalunya kita hanya fokus kepada apa yang tidak boleh dimakan untuk megurangkan paras gula dalam darah sedangkan pada masa yang sama kita sepatutnya juga perlu fokus kepada pemakanan yang boleh memulihkan kerosakan pada pankreas tersebut!

Kerosakan sel-sel dalam badan yang boleh membawa kepada penyakit-penyakit dalaman yang kita tidak akan nampak.... mereka dinamakan pembunuh senyap ye kawan-kawan... contohnya sakit jantung, kanser, kencing manis, sakit buah pinggang dan sebagainya...

Apa yang mendorong berlaku kerosakan-kerosakan ini? Banyak faktor.

Pemakanan
Pencemaran
Aktiviti lasak berlebihan
Sinaran Matahari
merokok
dan macam-macam lagilah..

Proses ini dinamakan pengoksidaan, macam besi.. besi baru yang berkilat -memang kuat.. pengoksidaan bagi besi menghasilkan karat iaitu bila ia dibiarkan dalam keadaan yang tidak dijaga permukaannya, lama-lama ia akan berkarat dan akhirnya rapuh sehingga boleh dipatahkan.. kita pun begitu juga..

Pengoksidaan bagi manusia menghasilkan radikal bebas, yang bila mana terlalu banyak dalam badan akan menyebabkan badan kita sendiri tidak sempat untuk meneutralkan radikal bebas, yang akhirnya boleh menyebabkan penyakit....

Perlu diketahui ye, dalam badan kita memang ada antioksidan, tapi bila dah terlalu banyak radikal bebas, antioksidan dalam badan pun dah tentu tak cukup, di sinilah perlunya untuk kita mengambil antioksidan daripada luar.... antioksidan daripada sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan dan juga daging-daging haiwan-haiwan yang diberi makanan yang kaya antioksidan...

Cuba anda ingat siapa di antara rakan-rakan anda yang sebahagian besar pemakanannya adalah sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan... ? Bagaimanakah kualiti fizikal dan kesihatan beliau? Kulit cantik dan jarang jatuh sakit bukan? Wajahnya pun jauh lagi muda daripada umur sebenar....

Apa lagi, mari pakat ramai-ramai cari antioksidan.. bukan untuk nampak cantik sahaja kawan-kawan.. tapi yang lebih penting memulihkan sel-sel dalaman, organ-organ penting kita yang kita tak nampak tuu... nak sapu apa-apa krim dah tentu tak boleh....

2 dalam 1, sihat dan cantik... semua orang mahu!! Tetapi, mana nak cari antioksidan ni?

Semua sayur ke?
Semua buah ke?
Semua ulam ke?

Fokus kepada kandungan antioksidan yang tinggi. Makanan yang kaya dengan beta carotene, vitamin A, C & E....

Ape tunggu lagi..google lah smile

p/s: Kalau begitu, saya fikir, antioksian juga sangat baguslah untuk ibu2 selepas bersalin, setujuuu?

Baca di sini tentang radikal bebas;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Radikal_bebas

Antioksidan / Bahan antioksida;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Antioksidan

03/10/2013

Jemput-jemput Rezeki???

Bercakap-cakap tentang rezeki, rezeki yang sedikit tapi cukup sebab ada berkat?

Selalu kita dengar sesungguhnya yang berkat itu sikit, tapi cukup untuk semua orang... Umpama seketul roti, jika wujud keberkatan di situ, boleh mengenyangkan beberapa orang, bukan hanya seorang...

Sana sini rezeki sikit la..
tapi kalau cukup untuk semua orang, berkatla tuuu... :) insha Allah..

Itu bab keberkatan.. sikit tapi cukup...

Bagaimana p**a rezeki banyak dan melimpah ruah? Pasti semua orang tersenyum...

Lalu ku belek buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'. Ku lihat senarai kandungannya.

Bagusnya buku ini menampilkan kompilasi formula untuk menjemput rezeki. Rezeki yang banyak. Rezeki kurniaan Allah. Juga mengajak kita untuk bertakwa..

1-Mengutamakan solat
2-Solat Tahajjud
3-Solat Dhuha
4-Zikir
5-Doa
6-Mendoakan orang lain
7-Sedekah
8-Membaca Al-Quran
9-Asma ul Husna
10-Bersyukur
11-Tekun Berusaha

Ianya perkara yang semua orang tahu! Cuma buat atau tidak. Sikit atau banyak. Konsisten atau tidak konsisten.

Kalau ikut formula kasar menjemput rezeki di atas,

rezeki = Buat No 1 hingga 10

akan tetapi, kalau anda perasan No 1 hingga 10 itu juga adalah jalan meningkatkan taqwa seseorang, setuju?

Maka formula kita akan jadi seperti begini;

rezeki = Buat No 1 hingga 10 = taqwa

Mari kita buat mantik sikit... yang ni dalam Matematik ada ni...
Jika A= B = C
Maka Banyak A= Banyak B = Banyak C

Jadi;
Jika rezeki = Buat No 1 hingga 10 = taqwa
Maka banyak rezeki = banyak buat No 1 hingga 10 = banyak taqwa , setuju?

Mode : Mari membuat pilihan di Hari Jumaat yang mulia. Rezeki itu milik Allah jua.... :)

BUAT YOGURT SENDIRI CARA SENANG, MUDAH DAN MURAH
29/09/2013

BUAT YOGURT SENDIRI CARA SENANG, MUDAH DAN MURAH

"...Kalau hendak yogurt anda rasa lebih berkrim masukkan sesudu penuh susu tepung ke dalam susu kotak sebelum dimasak, kacau rata-rata dulu supaya tidak berketul. Abang Long Sewel tanya kalau boleh guna Yakult. Boleh, masukkan dalam susu tadi, campurkan Yakult dengan susu kita...."komen aku:1) ...I…

28/09/2013

Manfaat makan yogurt ? Selalu makan, ingat untuk perut je.. tapi ada juga kebaikan lain...

Yogurt atau bahasa melayu kita panggil susu masam. Asal perkataan yogurt adalah daripada Bahasa Turki, baru tahu.... Yogurt memang masam sebenarnya. Dulu masa sekolah menengah, saya ambil subjek sains dan dalam salah satu topik, saya diberitahu kalau sakit perut minum susu masam iaitu yogurtlah. Jadi masa-masa sakit perut / cirit birit, memang saya akan cari susu masam atau minuman yogurt. Nak tepat, yogurt aslilah.... Kalau minuman yogurt yang didatangkan dengan jus dan juga gula, mungkin menyebabkan lebih teruk sakit perut tersebut.

Ada apa dengan susu masam ni ya? Kalau kita tengok iklan-iklan Vitagen, Yakult dan minuman Yogurt Nestle Bliss... semuanya mengajak kita untuk jaga perut dengan minuman yogurt mereka.. sebabnya dalam minuman ini ada LIVE CULTURE---> bakteria baik yang boleh tolong perut kita laa. Bahasa mudah boleh menyediakan salur cerna kepada keadaan penghadaman yang lebih baik kalau diambil secara konsisten .... Nak tahu lebih lanjut sejarah yogurt ni boleh tanya Pakcik Google.. Keluar berjuta-juta lemon cerita tentang sejarah yogurt ni. Kat sini saya cume nak berkongsi faedah-faedah makan yogurt yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada perut sahaja.... Haaa ape lagi jom baca...

1. Membantu penghidap Lactose Intolerance - mereka boleh minum yogurt, terutamanya kanak-kanak yang tidak boleh minum susu disebabkan Lactose Intolerance. Bagi bayi umur sekitar 6 bulan hingga 1 tahun pun boleh minum yogurt, tapi yogurt dengan Bifidobacterium sp. yang menghasilkan asam laktat tipe L (+) sahaja. Hanya bila berumur 1 tahun dan ke atas baru boleh minum semua jenis yogurt - Selidik dulu ye ibu-ibu...

2. Mengurangkan kolestrol dalam darah - ini jarang kita dengar... saya pun baru tahu.. s**a yang ni sebab saya memang makan yogurt...!

3. Menghalau bakteria / patogen - kepentingan minum/makan pada masa cirit birit.. Kalau minum waktu perut okey apatah lagi

4. Meneutralkan antibiotik - bila kita makan antibiotik, semua bakteria baik pun kena bunuh sebab antibiotik tak pilih bulu okey.. semua dia sapu.. baik ke, jahat ke.. kecuali virus.. jadi bila makan yogurt, kita pun mengadakan balik bakteria baik dalam perut.. - jadi kalau makan antibiotik, jangan lupe makan yogurt juga.. bergantung kepada berapa kerap anda makan lah..

5.Antikanser saluran cerna - bakteria dalam yogurt juga boleh mengubah zat-zat pencetus kanser yang ada dalam saluran pencernaan hingga mampu mencegah apa-apa kanser di situ - aha.. ni pun baru tahu...

6.Mencegah Penyakit Jantung Koroner - disamping menurunkan kolestrol, bakteria baik dalam yogurt mampu menghasilkan asid folik dan juga vitamin B complex yang mampu mencegah penyakit ini... - ha yang ni selain makan yogurt setiap hari, kita juga boleh makan makanan tambahan (supplement) dalam kuantiti yang sepatutnya.. jom pakat ramai-ramai cari asid folik dan b complex sebab sememangnya kita sayangkan jantung kita... mencegah lebih baik daripada mengubat...

7.Membantu menurunkan berat badan - ini kalau makan yogurt tanpa lemak la ye.. tapi bukanlah bermakna makan yogurt je tiap masa dan ketika.. cuma yogurt ni boleh dijadikan salah satu pemakanan untuk menurunkan berat badan....harap maklum

Sekian perkongsian daripada saya. Banyak kan kebaikan minum /makan yogurt. Kalau ada lagi faedah minum/makan yogurt lain yang tiada di sini, sila tambah kat bahagian komen ye..

Kredit gambar:
http://id.wikipedia.org/wiki/Yoghurt
Sumber rujukan pembacaan :
http://id.wikipedia.org/wiki/Yoghurt
http://id.shvoong.com/medicine-and-health/nutrition/1928783-aneka-khasiat-manfaat-yoghurt-yogurt/
http://sakitjantung.net/
http://www.artikelkesehatan99.com/7-makanan-yang-membantu-menurunkan-berat-badan/ #
http://www.biovco.com/?pg=ik&no=203&tjk=kerintangan_antibiotik

17/09/2013

KAMI TAHU TETAPI KADANG-KADANG KAMI BUAT { # # NAK KATA TAK BUAT, KAN ADA YANG BUAT, MARAH DIA KAT KITA.... :) # #}

🌼 Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.

🌼 Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku s**ai daripada dunia dan seisinya."

🌼 Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

🌼 Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita p**a memandang ringan akan qiamullaill.

🌼 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita seding menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala

🌼 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.

🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?

Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kpd yg menyebarkannya.

Sumber: Group Whatsapp

Sudah gaharu cendana p**a,
Sudah tahu, marilah beramal p**a,
Jalan ke syurga sangat banyak tersedia,
Mahu buat atau tidak buat sahaja....

Address

Kajang
43000

Opening Hours

Monday 18:00 - 00:00
Tuesday 18:00 - 00:00
Wednesday 18:00 - 00:00
Thursday 18:00 - 00:00
Friday 18:00 - 00:00
Saturday 18:00 - 00:00
Sunday 18:00 - 00:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batik WLS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category