Abe Awe

Abe Awe Simple life. Humble mindset ✌️

Outdoor | Fishing | Football | Nature lover | Visual | storytelling

Hari Perlawanan Liga Super🔥Saksikan siaran langsung perlawanan hari ini:-Kelantan Red Warrior FC 🆚 Kuala Lumpur City FC ...
04/09/2026

Hari Perlawanan Liga Super🔥

Saksikan siaran langsung perlawanan hari ini:-

Kelantan Red Warrior FC 🆚 Kuala Lumpur City FC jam 9 malam di Astro Arena Bola 2 (804), Astro GO dan Sooka

Selamat pagi. Selangor FC vs Melaka FC 6/9/26 (Ahad)
04/09/2026

Selamat pagi.

Selangor FC vs Melaka FC 6/9/26 (Ahad)

03/09/2026

Dia ni memang mantap!

PIALA FA: Kelantan City FC Menang Ke Atas Negeri Sembilan FC 2-0Alhamdulillah. Terbaik! 🫡
02/09/2026

PIALA FA: Kelantan City FC Menang Ke Atas Negeri Sembilan FC 2-0

Alhamdulillah. Terbaik! 🫡

Faisal Halim tidak perlu menunggu lama. Beraksi 5 minit pada separuh masa kedua— lakukan bantuan gol — jaringan menarik ...
02/09/2026

Faisal Halim tidak perlu menunggu lama. Beraksi 5 minit pada separuh masa kedua— lakukan bantuan gol — jaringan menarik tercipta!

Chrigor Moraes menambah satu lagi jaringan untuk musim ini buat Selangor FC 👍

Keputusan perlawanan berkesudahan dengan seri 2-2 di Stadium Likas.

Keputusan semasa yang agak mengejutkan. Negeri Sembilan FC masih ketinggalan.
02/09/2026

Keputusan semasa yang agak mengejutkan. Negeri Sembilan FC masih ketinggalan.

Kedua pasukan saling berbalas serangan. Tamat separuh masa pertama terikat 1-1.SFC -1SBH FC - 1
02/09/2026

Kedua pasukan saling berbalas serangan. Tamat separuh masa pertama terikat 1-1.

SFC -1
SBH FC - 1

02/09/2026

Ini merupakan salah satu dari sorotan perlawanan yang boleh menimbulkan banyak persoalan.

Ramai mempertikai dari keputusan pengadil 👍

KUCHING CITY FC HANYA MAMPU BERTAHAN SELAMA 24 MINIT! Kuching City FC (KCFC) seolah-olah membuktikan bahawa kehadiran ra...
02/09/2026

KUCHING CITY FC HANYA MAMPU BERTAHAN SELAMA 24 MINIT!

Kuching City FC (KCFC) seolah-olah membuktikan bahawa kehadiran ramai pemain pinjaman dari JDT masih belum cukup untuk membantu mereka mencuri tiga mata berharga di Kota Bharu.

Sebaliknya, KCFC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 di gelanggang lawan.

Lebih menarik, mereka membawa bersama reputasi sebagai wakil kelab Malaysia di pentas ACL2 — namun tetap gagal memecahkan benteng Kelantan Red Warriors FC (KRWFC) yang tampil penuh disiplin dan semangat juang.

Bagi KRWFC p**a, ini adalah pengalaman demi pengalaman yang sangat berharga.

Seperti yang ramai sedia maklum, KRWFC masih berdepan sekatan terhadap pendaftaran pemain import dan ketika ini hanya bergantung kepada dua pemain import, iaitu Mbarga dan Musa.

Selebihnya, mereka hanya menggunakan khidmat pemain tempatan, termasuk ramai pemain muda.

Namun begitu, kekangan tersebut tidak menghalang KRWFC daripada tampil berani dan penuh semangat juang.

Mereka bermain secara terbuka, agresif danturut berjaya mencipta beberapa peluang untuk menghasilkan jaringan.

Menariknya, 24 minit pertama menjadi antara perkara yang paling mencuri perhatian.

KCFC tidak menurunkan sepenuhnya barisan utama pada awal permainan. Selepas itu, perubahan mula dilakukan apabila seorang demi seorang pemain utama dibawa masuk.

Tetapi hasilnya tetap sama.

Gol yang dicari tidak kunjung tiba.

Walaupun mempunyai barisan pemain yang lebih berpengalaman, KCFC masih gagal menghasilkan satu jaringan untuk memecahkan kebuntuan sehingga wisel penamat.

Jadi, apakah pengajaran terbesar daripada perlawanan ini?

KCFC perlu lebih serius apabila berhadapan dengan pasukan yang mereka belum cukup kenal 'wajah' sebenar pasukan lawan.

Manakala bagi KRWFC, keputusan ini boleh menjadi suntikan keyakinan yang sangat besar menjelang aksi timbal balik di Kuching nanti.

Mereka kini mempunyai sebab untuk percaya bahawa KCFC bukanlah pasukan yang mustahil untuk ditumbangkan.

Jika mampu mengekalkan semangat, disiplin dan keberanian seperti yang ditunjukkan di Kota Bharu, tidak mustahil aksi kedua nanti akan menjadi satu lagi pertembungan yang menarik untuk disaksikan.

Akhir sekali, besar harapan para penyokong agar aksi timbal balik di Kuching nanti terus menyajikan perlawanan berkualiti, sengit dan penuh semangat juang daripada kedua-dua pasukan.

Selamat maju jaya buat KCFC dan KRWFC.
Terima kasih kerana menghiburkan kami semua! ⚽🔥

Alhamdulillah. Kita tentukan nanti pada aksi timbal balik kedua di Kuching ✅
01/09/2026

Alhamdulillah. Kita tentukan nanti pada aksi timbal balik kedua di Kuching ✅

Address

No. 13
Kajang
53100

Telephone

+601121013245

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abe Awe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share