Seri Butik

Seri Butik Rangkaian koleksi Muslimah gaya moden & bercitarasa. Menutup aurat matlamat utama. Redha Allah swt k KAMI MENYEDIAKAN KOLEKSI YANG TERBAIK UNTUK ANDA!

Butik pakaian muslimah yang mementingkan gaya kemodenan namun masih menutup aurat. Penampilan yang bersederhana tampil segar mampu menambah keyakinan dalam penggayaan harian. Waktu urusniaga: Isnin - Jumaat (10am - 5pm)
Proses order: Secara online sahaja. Whatsap: 0176435207 (waktu bekerja sahaja)

Instagram: seributik.my
Facebook: seri butik

TERIMA KASIH KERANA PERCAYAKAN KAMI! MOTTO
"Bergaya & Bersyariat"

02/05/2024

TIPS ELAK NASI MUDAH BASI

"Eh! Aku masak nasi malam tadi lepas isyak. Nak makan waktu pagi, nasi dah berair dan bau masam. Kenapa ek? Macam tak logik je ni. Ke dalam rumah aku ni ada saka?" - hah! ke situ p**a perginya.

Saya kongsikan sedikit petua yang diturunkan oleh nenek belah mak kepada saya. Ramai di kalangan kita alami situasi ini. Yang mungkin sampai sekarang belum ada jalan penyelesaiannya.

-

Petua 1: Basuh Beras Sekurang-kurangnya Tiga (3) Kali Basuhan

Ambil beras, masukkan dalam periuk. Letak bawah air mengalir dan basuh lah beras itu sehingga bersih. Takat mana nak bersih tu? Sehingga awak nampak air bilasan beras itu tadi bertukar kepada warna putih. Itu tanda kanji yang melekat di beras tu dah hilang.

-

Petua 2: Panaskan Periuk Nasi atas Dapur

Basuhkan periuk nasi yang kita selalu guna tu sehingga bersih. Kemudian letakkan periuk tadi atas dapur dengan api gas yang sederhana besar.

Tujuannya adalah kita nak matikan kulat yang masih tersisa di dasar periuk nasi tu tadi. Berapa lama nak panaskan tu? Gunakan api sederhana untuk 10 minit sehingga 15 minit. Mana-mana yang kita yakin periuk nasi tu dah bebas dari kulat.

Tapi kan. Untuk kaedah ini, saya add-on idea sendiri. Masa panaskan periuk nasi yang kosong tu, saya letak sedikit garam dalam tu. Nak letak banyak mana? Anggaran garam dua sudu teh.

Lepas dah panaskan selama 15 minit. Saya basuh periuk nasi tu tadi seperti biasa. Dan masak nasi seperti biasa.

-

Petua 3: Letakkan Sedikit Garam

Basuh beras sehingga diyakini bersih. Masukkan sedikit garam ke dalam beras tadi. Sedikit tu banyak mana anggarannya? Anggaran secubit hujung-hujung jari awak je. Kemudian masukkan air tapisan seperti biasa mengikut s**atan kebiasaan yang awak guna.

-

Petua 4: Simpan Nasi Dalam Peti Ais

Kaedah ini paling mudah dah senang dilaksanakan. Nasi yang tidak habis tu awak simpan dalam peti ais bahagian bawah. Esoknya, sebelum makan, sila lah panaskan dahulu nasi itu.

Kena rajin lah ya. Tak mungkin nak makan nasi yang sejuk dan keras tu. Agak-agak la kalau 'kurang' kerajinan sekali pun.

-

Petua 5: Beli Periuk Baru

Hah! Petua ni terpaling senang. Kalau awak dah penat sangat ikut petua itu ini, pergi berguru dengan orang itu ini. Semata-mata nak pastikan nasi tidak basi dan nak elak pembaziran.

Awak pergi pasaraya, terus ke bahagian barangan elektrik dan cari periuk nasi yang baru sesuai dengan budget. Selesai masalah!

Selamat Mencuba.

Nota: Jika ada dikalangan kawan-kawan ada petua baru untuk elak nasi dari jadi mudah basi. Sangat dialu-alukan untuk berkongsi di ruangan ini.

29/04/2024

Kesan yang berkemungkinan wujud jika kita suami isteri tiada simpanan. Antaranya adalah:-

Keperluan Kewangan yang Tidak Dijangka: Tanpa simpanan, suami dan isteri mungkin terdedah kepada risiko kewangan jika berlaku kecemasan atau keperluan mendadak seperti sakit, kecederaan atau kehilangan pekerjaan.

Tekanan Emosi: Kurangnya simpanan boleh menyebabkan tekanan emosi dan ketidakstabilan dalam hubungan. Ketidakpastian status kewangan boleh menyebabkan masalah dari segi konflik rumah tangga berterusan, rasa tidak selamat dan kebimbangan dalam rumah tangga.

Ketidakupayaan Menghadapi Krisis: Tanpa simpanan, suami dan isteri mungkin tidak dapat mengharungi krisis yang tidak dijangka, seperti kehilangan pendapatan atau perbelanjaan besar yang tiba-tiba datang.

Kesederhanaan di waktu Persaraan: Tanpa simpanan yang mencukupi, persaraan boleh menjadi masa yang s**ar di mana suami dan isteri mungkin terpaksa bergantung pada bantuan luar atau mengurangkan gaya hidup mereka. Atau mungkin terpaksa bergantung bantuan kewangan dari anak-anak sepenuhnya. Situasi ini menjadi agak kurang menggembirakan apabila anak-anak hidupnya sekadar ada cukup makan.

Peningkatan Risiko Hutang: Tanpa simpanan, suami dan isteri mungkin terdedah kepada risiko hutang. Di mana terpaksa bergantung kepada pinjaman saudara mara dan jiran tetangga dalam situasi kecemasan atau keperluan mendadak.

Kurangnya Peluang untuk Membangunkan Harta Bersama: Simpanan adalah asas untuk membina kekayaan jangka panjang dan membantu mencapai matlamat kewangan bersama. Tanpa simpanan, suami dan isteri mungkin kurang berpeluang untuk melabur atau membina kekayaan bersama. Ini adalah faktor yang ramai pasangan terlepas pandang.

Oleh itu, adalah penting untuk suami dan isteri berkomunikasi secara jujur ​​dan bina perancangan kewangan masa depan bersama-sama. Ini termasuk lah menyediakan simpanan kecemasan, perancangan di waktu persaraan dan pengurusan hutang dengan bijak.

Merancang lah hari ini!
Usah bertangguh!

Noraini Ahmad
Isnin - 29 April 2024

Kerongsang baju melayu yang gah, mewah dan bergaya! Suami pastinya teruja untuk bergaya di pagi hari raya nanti. Survey ...
22/02/2024

Kerongsang baju melayu yang gah, mewah dan bergaya! Suami pastinya teruja untuk bergaya di pagi hari raya nanti. Survey di sini
>>> https://shope.ee/9pG8B7CVr5

Ramai pastinya terpesona dengan keayuan koleksi ni. Betul tak? Labuh dan terletak elok di bahu. Survey sini>>>  https://...
22/02/2024

Ramai pastinya terpesona dengan keayuan koleksi ni. Betul tak? Labuh dan terletak elok di bahu. Survey sini>>> https://shope.ee/2Aqje8S9CK

Mencari tema sedondon ibu dan anak? Baju kurung modern ni ada set color sama. Cantik kan? Nampak mewah je. https://shope...
17/02/2024

Mencari tema sedondon ibu dan anak? Baju kurung modern ni ada set color sama. Cantik kan? Nampak mewah je. https://shope.ee/4AblBFc9cD

SELESAKAN IBADAH IBU AYAH DI BULAN PUASA!Musim Haji & Umrah sekarang ni kan? Boleh hadiahkan mak ayah koleksi sejadah je...
02/02/2024

SELESAKAN IBADAH IBU AYAH DI BULAN PUASA!

Musim Haji & Umrah sekarang ni kan? Boleh hadiahkan mak ayah koleksi sejadah jenis premium ni. Ada offer sekarang di https://shope.ee/5pjah3qqy6 sini.

Mak ayah mesti bangga ada anak yang sentiasa ingatkan mereka. Sentiasa hantar hadiah, sentiasa call walaupun tinggal jauh. Kita buat baik pada maka ayah, anak-anak kita akan buat baik pada kita jugak (bila dah ada anak nanti).

Shawl ni cepatkan masa bersiap kita kurang dari 10 minit!Shawl Butterfly bidang besarYang bestnya kain jenis mudah bentu...
15/01/2024

Shawl ni cepatkan masa bersiap kita kurang dari 10 minit!


Shawl Butterfly bidang besar
Yang bestnya kain jenis mudah bentuk dan senang nak ikut gaya yang kita s**a.

Material jenis Chiffon Korea. Paling best, ada 2 saiz untuk kita pilih. Saya tak berapa s**a shawl yang terlalu labuh.

Kelabuhan sekadar 'just nice' sederhana labuh. Jadi saya pilih saiz L (anggaran labih tudung bidang 50).

Saiz XL p**a merujuk bidang 60 kelabuhannya.

Potongan shawl bentuk curve dan flowly gitu. Selepas digayakan, memang sangat cantik dan kemas.

Walaupun ia labuh, tapi mudah "jadi". Boleh bergaya cantik kurang dari 5 minit.

Banyak warna menarik di sini:-
>> https://shope.ee/1LGhoHgzz6
>> https://shope.ee/1LGhoHgzz6

Tudung labuh cotton berdagu (defect) hanya RM12.00 sahaja!Saya dah order 3 helai untuk mak pakai pergi mengaji. Walaupun...
15/01/2024

Tudung labuh cotton berdagu (defect) hanya RM12.00 sahaja!

Saya dah order 3 helai untuk mak pakai pergi mengaji.

Walaupun kategori defect, tapi boleh digayakan dengan sempurna.

Sebab defect dia tu sama ada pada kotoran atau bahagian jahitan jerr.

>> https://shope.ee/6Uynz9fn5l
>> https://shope.ee/6Uynz9fn5l

Dah banyak color yang sold out. Jika ada yang berkenan, kena order laju-laju.

Sejadah Turkish Mewahkan Hantaran Nikah! Tidak Diragukan lagi. Lain dari yang lain.Ukuran dia 65cm × 120cmSenang nak bas...
13/01/2024

Sejadah Turkish Mewahkan Hantaran Nikah! Tidak Diragukan lagi. Lain dari yang lain.

Ukuran dia 65cm × 120cm
Senang nak basuh sebab sejadah jenis berzip
Tapak sejadah jenis yang anti slip (tak licin senang cerita)

RM94 excluding postage
Harga mampu milik👍


Betul ke bagus?
Nak....kita kasi testimoni fresh!

Testimoni sebenar:-😊

"Punya lah tebal memang boleh buat tidur. Apa² pun produk seperti yang digambarkan"

"Beli untuk mak...sedap pakai untuk orang sakit lutut, tebal puas hati"

"Sangat selesa! Lutut dan tumit kaki pun tak rasa sakit"

"Gebu dan tebal, macam karpet. Sangat sesuai untuk ibu ayah yang sakit lutut"

Eh...kejap! Kejap!

Testimoni banyak ke arah untuk mak ayah yang sakit lutut jer ni🫣

Macam tak sesuai je nak suggest pada you all untuk nikah🤣🤣🤣

Tapi...
Sangat direkomenkan untuk hantaran nikah.
Tak rugi la senang citer.
Nampak exclusive dan nampak mewah gitu...

Sejadah ni ada 2 saiz ketebalan
Iaitu 3cm dan 5cm
Boleh pilih nak tebal atau nak nipis sikit
Banyak warna menarik untuk dipilih.


Untuk penghantaran, akan ambik masa sikit. Seller dari Indonesia.

Jika tak nak ada isu kelewatan untuk majlis, kena order hari ini!
Janggan tangguh.


Order di sini ya
>>> https://shope.ee/3feaZyqwks
>>> https://shope.ee/3feaZyqwks

Selamat Membeli Belah you alls
Dah nak dekat puasa Ramadhan

Elok la beli sekarang!
Nanti courier jammed🫠


Address

Jln. Seri Putra 2/3, Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seri Butik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Seri Butik:

Share