14/01/2023
Kita hidup di dunia ni tak lama..
Jaga la hati.. jangan dibiarkan hati berpenyakit.
Ada 3 jenis hati :
1. Hati Sihat
2. Hati Sakit
3. Hati Mati
Mana satu pilihan kita?
Pilih la hati yang sihat.
Acap kalilah lihat cermin agar sentiasa nampak kekurangan diri.
Untuk apa? Untuk kita sedar, kerdilnya diri kita, seorang hamba yang pendosa.
Agar dapat didik diri kita, hindari dari sombong diri & merasakan diri sendiri sahaja yang betul.
Jika kita sayang hati kita, jagalah hati kita sebaiknya.
Jika kita sedar, rasa hati kita berada di hati yang sakit, rawatlah ia, agar tidak melarat sampai menjadi hati yang mati.
Banyakkan lah beristighfar..
Astaghfirullah…
Allah Maha Pengampun.
Jaga Hati ❤️
Azimah Zuki
14 Jan 2023