Blouse Muslimah Kak Reen

Blouse Muslimah Kak Reen Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Blouse Muslimah Kak Reen, Kampong Gong Badak.

Tugas kita hanya berusaha, doa & tawakal. Hasil akhir tetap Allah yang Maha Kuasa. Percayalah bahawa Allah tidak pernah ...
14/01/2019

Tugas kita hanya berusaha, doa & tawakal. Hasil akhir tetap Allah yang Maha Kuasa. Percayalah bahawa Allah tidak pernah salah menimbang segala keringat & air mata.

Part llJujurlah dengan diri dan senaraikan satu persatu kebaikan, pengorbanan, kesusahan yang dilalui oleh suamimu demi ...
13/01/2019

Part ll
Jujurlah dengan diri dan senaraikan satu persatu kebaikan, pengorbanan, kesusahan yang dilalui oleh suamimu demi keselesaanmu.
Kerana nanti kau akan menyedari bahawa kesakitan dan kelukaan yang kau rasakan sekarang bukanlah kerana kesilapan dan kekurangan suamimu.
Tetapi kesakitan ini adalah kerana kau terlalu dekat dengan suamimu sehingga kabur segalanya, terlalu lama dimanjakan sehingga semua kesenangan jadi hambar dan tiada lagi yang istimewa.
Terlalu lama bersama sehingga keindahan dan kenyamanan itu menjadi hal yang biasa.
Kau sakit kerana kau lupa untuk melihat bagaimana hidupmu nanti tanpa suamimu. Kau sakit kerana kau lupa satu hari nanti kematian akan tetap memisahkan kau dengan dia.
Dan di saat itu mungkin baru kau menyedari bahawa betapa kasih sayang dia lebih besar dari yang pernah kau beri padanya.
Hidup ini bukan tentang mencari kesempurnaan di luar. Bukan tentang mendapatkan segala sesuatu dari orang lain. Tetapi hidup ini adalah tentang menerima, mensyukuri dan melengkapi apa yang tiada.
Perkahwinan bukan sekadar tempat untuk berbagi kasih sayang dan merasa aman. Tetapi perkahwinan juga adalah arena untuk mendewasakan kita dan juga penyempurnaan jiwa kita.
Arena untuk mendalami erti kasih sayang tanpa syarat. Sebagai mana Tuhan menyayangimu tanpa syarat dan melampui kekurangan dan kesilapanmu yang berulang kali.
Arena untuk membangun kekuatan hatimu untuk memaafkan, sebagaimana Tuhan sentiasa memaafkan kesilapan dan kealpaanmu yang bertahun lamanya.
Arena untuk merasakan dan mensyukuri kemudahan, kasih sayang dan kenyamanan yang dihadiahkan oleh-Nya melalui seorang lelaki yang bernama suami.
Kesempurnaan sebuah ikatan bukanlah dengan terpenuhnya segala impian, fantasi dan mendapatkan keseronokan yang berpanjangan.
Tetapi kesempurnaan itu adalah ketika kau bertumbuh menjadi sumber cinta itu. Bertumbuh dari anak kecil yang dahagakan cinta menjadi wanita luar biasa yang menjadi cinta itu.
Kesempurnaan itu adalah ketika kemaafan dihatimu lebih besar dari kelukaan hatimu. Dan kesempurnaan itu juga ketika kau menerima ketidak sempurnaan suamimu sebagaimana Tuhan menerima ketidak sempurnaan dirimu.
Syukuri dan nikmati apa yang ada hari ini.

Part lKhas untuk anda saya berikan coretan istimewa ini untuk diri anda yang begitu bernilai.Sayang, bila-bila merasa ke...
13/01/2019

Part l
Khas untuk anda saya berikan coretan istimewa ini untuk diri anda yang begitu bernilai.
Sayang, bila-bila merasa kecewa dan terluka dengan suamimu, izinkanlah dirimu untuk berehat sebentar dan lakukan ini..
Sekarang, letakkan jari telunjukmu di antara dua kening dan lihat jari itu. Pasti jarimu itu kelihatan samar-samar atau seakan-akan hilang.
Dan sekarang, cuba kau jauhkan p**a jarimu itu dari keningmu, seberapa jauh yang mungkin. Dan lihat kembali jarimu itu.
Lihat apa bezanya?
Pasti kau akan melihat sangat jelas jarimu bukan?barulah nampak bentuk jarimu, warna dan texturenya.
Begitu juga dengan suamimu sayang, bila sudah lama kau hidup merapat dengannya (terlalu dekat) pasti kebaikan dan cintanya suamimu itu semakin samar dan sepertinya tidak kelihatan.
Sebab itu ramai isteri yang berkeras mahu bercerai bila terluka dan kecewa, namun akhirnya menderita bila bercerai. Ramai yang meminta dibantu bagaimana untuk dapatkan kembali rasa sayang bekas suami setelah berpisah.
Kerana bila menjauh baru ia sedar dan terlihat kembali akan kebaikan dan kasih sayang suaminya. Bila menjauh baru sedar apa yang hilang yang tidak terlihat dan tidak dihargai selama ini.
Bila berpisah baru terlihat jelas akan kebaikan suami yang memudahkan hidupnya selama ini.
Bila sudah tiada ikatan, baru terasa rindu akan hangatnya tubuh suami yang membuat dia lena tidur dan bangkit bersemangat keesokkan harinya untuk mencipta hidupnya yang lebih baik.
Bila sudah terlepas, baru teringat-ingat kenangan s**a duka bersama suaminya dalam membina banyak hal yang membuatnya bahagia.
Bila semuanya sudah berakhir, baru dia mengerti bahwa kehilangan dan perpisahan itu lebih besar sakitnya dari kelukaan ketika bersama.
Jadi, hari ini izinkanlah dirimu jujur melihat ke dalam diri. Menjauh sebentar dari melihat kekurangan, kesalahan dan kesilapan suamimu.
Hari ini izinkanlah hatimu terbuka untuk menyedari apakah yang bakal hilang dari hidupmu bila suamimu tiada?
Apakah kemudahan, keselesaan dan kenyamanan yang bakal pergi dari hidupmu bila suamimu tiada?
Apakah hal-hal yang s**ar bagi suamimu yang telah dia lalui dan bina demi membuatmu nyenyak terlena di malam hari?

MArriAGe...... It bUiLd ThE ChAraCTeR...but it Also TesT the ChAraCTeR TOO...
09/01/2019

MArriAGe...... It bUiLd ThE ChAraCTeR...
but it Also TesT the ChAraCTeR TOO...

"Kenapa kita harus bertemu dengan orang yang salah?"Dia tenang mendengar pertanyaan tersebut.Lalu menjawab,"Tidak ada is...
07/01/2019

"Kenapa kita harus bertemu dengan orang yang salah?"

Dia tenang mendengar pertanyaan tersebut.

Lalu menjawab,

"Tidak ada istilah tersalah jumpa. Setiap pertemuan Allah sudah takdirkan ia berlaku dalam qada' dan qadarnya.

Bila, di mana, bagaimana, dengan siapa.

Banyak sebab dan hikmahnya.

Walau hal itu mungkin meninggalkan kesan yang sangat besar.

Sama ada duka atau bahagia.

Sama ada luka atau kenangan manisnya.

Tidak ada pertemuan yang sia-sia atau saja-saja.

Pasti ada asbab besar Allah nak sampaikan 'sesuatu."

" Sesuatu apa tu?"

Dahi berkerut memikirkan sejenak.

" Jika dia meninggalkan kesan luka yang dalam, Allah ingin kita belajar menjadi orang yang berganda sabar.

Sabar bila disakiti. Sabar bila dikhianati.

Sabar bila difitnah dan dijatuhkan.

Tidak membalas keburukan dengan keburukan.

Untuk kita belajar menjadi hamba yang lebih tunduk dan tawaduk kepada-Nya.

Menangis merayu dan mengadu kepada-Nya.

Untuk kita menjadi lebih baik dengan merapat kepada-NYA.

Sedar hanya Allah pemilik mutlak segalanya.

Jika dia memberikan kesan bahagia, Allah juga ingin kita belajar.

Bahagia itu cuma sementara.

Cuma pinjaman di dunia sebelum beralih ke akhirat yang nyata.

Untuk Allah bagi kita selalu sedari bahawa syurga itu bukan percuma.

Yang bukan mampu dimasuki dengan hanya sekadar manis-manis sahaja tanpa ditempuh ujian yang peritnya.

Pandanglah Allah yang memberi pertemuan.

Bukan pada manusia yang kita berjumpa itu.

Pandanglah Allah yang Maha penyayang, bukan pada manusia yang serba kekurangan itu.

Maka hati kita akan segera berdamai dengan takdir-Nya, mengikhlaskannya dan berlapang dada dengan apa yang telah berlaku.

Paling utama adalah saat pertemuan dengan-Nya.

Maka ingatlah, mungkin pertemuan sekarang inilah menjadi asbab untuk kita sama-sama menghadap bertemu-Nya kelak."

Allahu Ya Kareem.

Duhai Tuhan yang Maha mulia, bukakanlah hikmah dan ajarkan kepada kami ilmu yang benar.

Kalau aku jahat, tolong perbaiki diriku. Kalau aku degil, tolong cubit pipiku. Kalau aku nakal, tolong tarik telingaku.T...
04/01/2019

Kalau aku jahat, tolong perbaiki diriku. Kalau aku degil, tolong cubit pipiku.
Kalau aku nakal, tolong tarik telingaku.
Tapi kalau aku setia, tolong jaga hatiku. 😒

Yeeezzzzaaa Caliana blouse sis! 😍😍😍😍Siapa pernah menyesal x grab dlu.. lekaiihh jgn lepaskn peluang!! Pernah dilamar maj...
29/12/2018

Yeeezzzzaaa Caliana blouse sis! 😍😍😍😍
Siapa pernah menyesal x grab dlu.. lekaiihh jgn lepaskn peluang!!
Pernah dilamar majalah. Sebab keunikan design. Pernah jugak diambil sebagai lukisan poster oleh org luar kerana kemanisan design muslimah ni
RM55 shj sehelai FREE pos (Np: RM79).. biasa harga promo pun RM 75 okeyyyyy...
GRAB NOW or menyesal lagi, lagi dan lagi??? . . whatsapp kak yen utk order http://www.wasap.my/60132992137/caliana+blouse

Address

Kampong Gong Badak

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Blouse Muslimah Kak Reen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Blouse Muslimah Kak Reen:

Shortcuts

Share